post

Sukan Komanwel 2018 : Kedua-dua Wakil Skuash Negara Gagal Ke Akhir

Harapan untuk menyaksikan skuash membawa pulang emas berkecai. Ratu skuash negara yang juga lagenda skuash dunia, Datuk Nicol David terpaksa akur kemampuannya untuk memungut pingat emas berkecai.
Datuk Nicol David gagal dalam peringkat separuh akhir selepas tumpas kepada pemain New Zealand , Joelle King dengan keputusan 11-13, 5-11, 11-1, 5-11.
Nicol yang sebelum ini memberikan aksi bangkit ketika perlawanan suku akhir terpaksa akur apabila lawannya yang muda 4 tahun darinya lebih gagah apatah lagi kudrat Nicol telah dikerah sepenuhnya ketika aksi suku akhir semalam.


Nicol akan bertemu Tesni Evans dari Wales untuk cuba sekurang-kurangnya memungut gangsa bagi menutup tirai penyertaannya dalam Sukan Komanwel ini.

Perseorangan lelaki negara Nafiizwan Adnan yang mengejutkan juara Dunia Nick Matthew di suku akhir pada Sabtu tidak berjaya meneruskan momentum apabila gagal menyaingi James Willstrop di peringkat separuh akhir. Nafiizwan tumpas dengan keputusan 6-11. 10-12, 4-11 bagi mengakhiri pemburuannya melangkah ke akhir.


Walaubagaimanapun Nafiizwan masih mempunyai peluang untuk mencipta sejarah mendapatkan sekurang-kurangnya pingat gangsa esok hari. Semoga kedua-dua wakil ini mampu menyinar esok hari.

Please follow and like us:
error0