Ziyad Catat Rekod Dunia, Latif Pertahan Emas

Atlet Para Negara yang berjaya memenangi acara lontar peluru lelaki F20 pada Paralimpik di Rio tahun lepas, Muhamad Ziyad Zolkefli sekali lagi membuktikan keupayaan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London pada Sabtu. Kejayaan beliau memperbaharui catatan rekod dunia miliknya yang dilakukan pada tahun lepas iaitu 16.48 meter menjadi kebanggaan.

Tahniah Ziyad, Ridzuan julang emas di Sukan Paralimpik Rio 2016

Minggu ini 2 nama ini menyinar di dada media SUKAN Malaysia. Ini hasil kejayaan kedua-dua atlet menyumbang pingat emas di Sukan Paralimpik 2016 yang sedang berlangsung di Rio De Janeiro, Brazil. Ia pasti membanggakan apabila ia merupakan emas pertama sejak Malaysia menyertai temasya sukan di Heidelberg pada tahun 1972(yang dimenangi Ridzuan).