post

Izzat, Helmi raih podium di Australia

2 pelumba negara berjaya meraih podium di Kejohanan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar the Bend Motorsport, Australia pada Sabtu , 22 April 2018.
Mohd Izzat Zairi berjaya memenangi Perlumbaan 1 kategori Underbone 150cc dalam Pusingan 2 selepas menamatkan tujuh pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16:23:831s sekaligus naik tangga teratas dengan nilai 58 mata.

Manakala seorang lagi pelumba negara, Md Helmi Azman dari SCK Rapido Hi Rev Honda Racing berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan mata keseluruhan 16:23:947s.

“Saya gembira dengan kemenangan pertama musim ini memandangkan agak ketinggalan pada awal perlumbaan selepas berlaku insiden melibatkan pelumba lain pada awal perlumbaan.

“Selepas itu, saya berjaya mengejar dan pada dua selekoh terakhir, Helmi dan Wahyu bersaing sesama sendiri dan membuka ruang untuk saya memecut dan memintas mereka seterusnya memenangi perlumbaan. Saya menghadiahkan kemenangan ini kepada pasukan dan semua yang menyokong dan membantu saya,” jelas Izzat.

Sumber :-Stadium Astro

Please follow and like us:
error0
post

Satu litar lumba setiap negeri

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebuah litar lumba akan dibina di setiap negeri bagi melahirkan lebih ramai bakat muda dalam sukan permotoran untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, KBS berhasrat untuk mencapai sasaran tersebut dalam tempoh lima hingga 10 tahun ini.

Sukan permotoran adalah antara sukan yang popular di negara ini, lihat sahaja jumlah penonton yang meningkat setiap tahun setiap kali kita menganjurkan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

“Oleh itu KBS komited dalam membangunkan sukan permotoran tanah air,” katanya ketika berucap merasmikan Litar Lumba Tangkak dan Kejuaraan Cub Prix Malaysia ke-25 di Tangkak semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan, Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang, Ismail Mohamed.

Khairy berkata, kerajaan telah membina litar-litar bagi menyokong dan menaikkan industri sukan permotoran negara dan yang terbaharu, kerajaan akan membina Litar Lumba Sukan Bermotor Negeri Pahang di Jengka pada tahun ini.

Beliau berkata, litar sepanjang 2.4 kilometer bernilai RM40 juta itu mampu menampung kapasiti penonton seramai 2,000 orang.

Katanya, pembinaan litar-litar lumba di seluruh negara diharap mampu menambah bilangan sirkit perlumbaan seperti Kejuaraan Cub Prix yang merupakan pemangkin kepada perkembangan sukan permotoran negara.

Tambahnya, kerajaan turut komited dalam menyediakan prasarana dan kemudahan sukan bermotor kepada rakyat Malaysia dan dalam tempoh 2014 sehingga kini, KBS telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi program pembangunan sukan permotoran.

“KBS turut melaksana Program Pembangunan Sukan Bermotor Negara dalam usaha mencungkil bakat-bakat terpendam antaranya ialah pelaksanaan Klinik Cub Prix KBS di 22 buah lokasi seluruh negara, penganjuran KBS Cub Prix Mini Bike Championship sebanyak lima pusingan dan Kejuaraan Malaysia Cub Prix Petronas AAM 2018 di beberapa lokasi terpilih,” katanya. – Bernama

Please follow and like us:
error0
post

Azlan Shah raih gelaran kelas SuperSports 600cc di Thailand

PENGALAMAN beraksi dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) membuktikan pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman layak untuk bergelar juara keseluruhan dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Bu­riram, Thailand semalam.

Kesungguhan Azlan menunggu saat akhir untuk menaiki podium tercapai apabila berjaya memintas pelumba Thailand, Chalermpol Polaimai (Yamaha Thailand Racing Team) pada pusingan terakhir untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga, sekali gus meraih 155 mata keseluruhan.

Hasil keputusan tersebut, Azlan yang beraksi bersama pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing dinobatkan sebagai juara musim ini, sekali gus meraih gelaran keduanya dalam kelas SuperSports 600cc ARRC selepas memintas rakan senegara, Mohd. Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Ra­cing) dengan perbezaan dua mata.

“Pasukan kami bekerja keras sepanjang malam untuk menyiapkan jentera saya selepas prestasi tidak begitu baik sewaktu perlumbaan pertama semalam (kelmarin). Saya berterima kasih kerana mereka tidak berputus asa dan sentiasa menyediakan yang terbaik untuk saya.

“Dari awal perlumbaan saya sedar perlu menamatkan perlumbaan di kedudukan terbaik tetapi ketika itu jentera Yamaha terlalu laju sehingga menyukarkan saya untuk memintas.

“Pada masa sama, saya perlu menjaga tayar jentera sehingga ke penamat. Strategi saya berjaya apabila memintas Chalermpol di selekoh pada pusingan terakhir. Apa pun saya ingin berterima kasih kepada pasukan Kawasaki yang sentiasa menyokong saya sehingga hari ini,” katanya sejurus tamat perlumbaan semalam.
Selain kejayaan tersebut, Azlan turut membantu pasukan Kawasaki muncul pasukan terbaik selepas kali terakhir mereka memenangi pada tahun 2011.

Penamat di tempat ketujuh meletakkan Zaqhwan sebagai naib juara ke­seluruhan dengan 153 mata. Taiga Hada (RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10) pula yang menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan terpaksa berpuas hati di tangga ketiga keseluruhan dengan 149 mata.

Sumber :-Kosmo

Please follow and like us:
error0
post

Hafizh Syahrin tamatkan saingan di tempat ke enam GP Sepang 2017

Alhamdulillah selesai sudah MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2017. Sempatlah juga Jamal singgah ke Sepang untuk menyaksikan aksi-aksi menarik penunggang motosikal bertaraf dunia.
Hebatnya tengok pemenang MotoGP, Andrea Dovizioso yang menamatkan perlumbaan dengan masa 44 minit dan 51.497 saat meninggalkan rakan sepasukan, Jorge Lorenzo yang mencata masa 44:52:240 saat sementara Johan Zarxo pula di tempat ketiga dengan masa 45:01.235 saat.
Juara bertahan Kejohanan Dunia Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda pula berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keempat manakala pelumba popular dari Itali , Valentino Rossi pula sekadar di tangga ketujuh.

Bagi pelumba Malaysia yang menyertai kejohanan itu, Hafizh Syahrin berjaya menamatkan perlumbaan 19 pusingan dengan berada di kedudukan ke enam. Menurut Hafiz Syahrin dalam laman facebooknya :-

Perlumbaan itu agak sukar tetapi saya gembira kerana dapat menamatkan saingan di tempat ke-6. Terdapat kurang cengkaman di bahagian hadapan dan saya hampir terbabas. Pada akhirnya, saya memutuskan untuk mengawal tunganggan saya supaya dapat menyelesaikan perlumbaan. Hujan turun ketika akhir perlumbaan dan saya boleh berusaha melakukan sesuatu dalam keadaan tersebut. Pada akhirnya, ia menjadi perlumbaan yang baik untuk saya dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sokongan yang diberikan.

Manakala bagi pelumba muda, Khairul Idham Pawi pula nampaknya mendapat pengalaman berguna bagi kejohanan kali ini. Beliau yang beraksi dalam Moto2 bersama Hafiz Syahrin gagal meneruskan perlumbaan selepas terlibat dengan kemalangan pada pusingan pertama lagi. Kemalangan itu melibatkan tiga pelumba lain dalam litar yang basah itu.
Dalam kategori Moto3 pula , Adam Norrodin terpaksa berpuas hati berada di kedudukan kesebelas. Beliau yang hampir-hampir berjaya menaiki podium tapi terjatuh pada pusingan kesepuluh.

Tahniah kepada semua pelumba. Walaupun tiada podium tapi setiap pelumba negara memang pecut habis la. Teringat masa Jamal layan lap kat kampung guna Moto LC yang dah hilang kena curi. Kenangan tu. Sampai sekarang Jamal tak boleh lupakan bila menang sambil buat Willey kat kampung.
Tapi baguslah budak-budak pelumba ni sebab masih muda lagi. Takdelah nanti digelar Mat Rempit macam Jamal time muda-muda dulu.
Sorilah Jamal tak dapat kongsi gambar-gambar Jamal kat Sepang tu. Banyak gambar tak berapa nak cantik sebab pakai handphone murah. Boss pun tak berminat bila tengok gambar-gambar tu.

Please follow and like us:
error0
post

Hafizh Syahrin Juara Moto2 Eropah

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah memperagakan aksi cemerlang untuk memenangi Kejuaraan Moto2 Eropah pada pusingan pertama perlumbaan antarabangsa FIM CEV Repsol di Litar Albacete, Sepanyol, Ahad.

Pelumba Petronas Raceline Malaysia itu, yang memulakan perlumbaan dari petak pertama, berjaya merekodkan kemenangan dengan catatan masa 31 minit 13.926 saat, sekali gus meninggalkan pesaing tuan rumah, Hector Garzo di kedudukan kedua dengan perbezaan masa 5.016s.

Tempat ketiga dalam perlumbaan 20 pusingan itu dimenangi oleh seorang lagi pelumba tuan rumah, Augusto Fernandez yang mencipta masa 31:21.269s.

hafiz-syahrin-motogp

Kejayaan itu menyaksikan pelumba Malaysia berusia 22 tahun itu mendahului saingan dengan 25 mata diikuti Garzo (20 mata) manakala Fernandez di tangga ketiga dengan 16 mata.

| Kelab Peminat Hafizh Syahrin |

Pusingan kedua akan berlangsung di Litar Catalunya di Barcelona dari 16 hingga 18 Jun ini
Hafizh menyifatkan kemenangan itu sebagai inspirasi untuk menampilkan persembahan baik menjelang pusingan keempat Kejuaraan MotoGP Dunia di Litar Jerez, Sepanyol, Ahad ini.

“Saya amat gembira dengan usaha pasukan melakukan persediaan rapi dan ini memberi keyakinan tinggi untuk perlumbaan hujung minggu ini.

“Walaupun sesi latihan dalam keadaan litar yang basah tetapi berjaya mengawal keadaan pada sesi pemanas badan,”katanya seperti dipetik dalam laman web kejohanan website; www.fimcevrepsol.com.– Bernama 

 

Please follow and like us:
error0
post

Khairul Idham Dinobatkan Pelumba Motosikal Terbaik SIC-MAM 2016

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) — Khairul Idham Pawi menerima tonik tambahan bagi menghadapi musim 2017 apabila dinobatkan Pelumba Motosikal Terbaik pada Anugerah Sukan Permotoran Malaysia Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) 2016, malam ini.

Khairul Idham yang akan bersaing dalam kelas Moto2 bersama pasukan Idemitsu Honda Team Asia musim ini, menerima anugerah tersebut hasil prestasi cemerlangnya sepanjang perlumbaan Moto3 musim lepas.

Pelumba profesional negara, Jazeman Jaafar pula dinobatkan Pelumba Kereta Terbaik, manakala pelumba drift profesional negara, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel meraih Anugerah Kejuaraan Kebangsaan..
Tahniah Ligakampung ucapkan kepada pelumba muda negara. Pasti ia akan menjadi inspirasi kepada para pelumba di luar sana terutama mereka yang menjadi Mat Rempit. Seeloknya mereka menunjukkan skill mereka di tempat yang sepatutnya. Dengan menjadi pelumba sah, mereka akan mendapat imbuhan yang berlipat kali ganda serta dilindungin Insurans.
Okay, kami tidak mahu berceramah pula.Semoga beliau akan terus maju dalam kelas Moto2 pula dan tak mustahil mampu mencabar di peringkat MotoGP.

Please follow and like us:
error0
post

Khairul Idham Pawi bakal ke Moto2

SEPANG: Pelumba sensasi negara, Khairul Idham Pawi menyifatkan keputusannya untuk ‘naik pangkat’ beraksi dalam kelas Moto2 pada perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan sebagai tindakan yang tepat dan bukan terburu-buru. Selepas hanya setahun beraksi di Moto3 tahun ini, Khairul atau lebih dikenali SuperKIP sah akan beraksi pada kelas lebih tinggi bersama pasukan Idemitsu Honda Team Asia berganding bersama pelumba ternama Jepun, Takaaki Nakagami.

Mengakui ia cabaran yang sukar, Khairul yang mencipta sensasi menjuarai dua perlumbaan Moto3 musim ini di Argentina dan Jerman pada penampilan sulung di MotoGP tampil yakin tindakannya tepat sekalipun mengakui sedikit terkejut dengan keputusan itu.

“Saya juga tidak sangka kerana memang jangka masanya agak singkat (di Moto3) namun untuk beraksi di Moto2 adalah impian saya, malah bukan saya seorang namun semua pelumba. “Jadi lebih baik saya pergi ke Moto2 lebih awal kerana ia memang sasaran saya. Selain itu, ia memang perancangan pasukan. “Jadi saya akan cuba yang terbaik cuba beri keputusan yang baik kepada semua rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui pada majlis Apresiasi Boon Siew Honda bersama Media di sini, hari ini.

Mengulas mengenai sasarannya di Moto2 musim depan, Khairul yang baru berusia 18 tahun berkata dia lebih menumpukan terhadap proses pembelajaran. “Ini adalah tahun pertama saya di Moto2, jadi saya perlu sesuaikan dulu dengan jentera terlebih dulu kerana Moto3 berbeza dengan Moto2. “Apapun kalau boleh berada di kedudukan 15 terbaik dan dapatkan mata, ia boleh dianggap baik. Tetapi beri saya masa untuk sesuaikan diri dengan jentera terlebih dulu,” katanya.
-BHarian

Ligakampung.com merasakan ianya terlalu cepat untuk Khairul Idham beraksi dalam kelas yang lebih atas. Apapun ianya merupakan keputusan beliau. Semoga dalam Moto2 beliau mampu bersaing dan bukan sekadar hanya pelengkap jadual sahaja.

Please follow and like us:
error0
post

Zulfahmi sertai Kejohanan Superbike Dunia

Pelumba motosikal negara, Zulfahmi Khairuddin dijangka akan beralih arah pada tahun hadapan. Pelumba yang telah 6 tahun beraksi dalam kejohanan Dunia Moto3 akan beraksi untuk Kejohanan Dunia Superbike pada tahun hadapan.
Perbincangan telah diadakan dengan pasukan dari luar dan keputusan akan diumumkan selepas perbincangan tersebut dimeterai.

Pelumba berusia 24 tahun itu mengatakan akan beraksi untuk kejohanan Superbike Dunia (WSBK) pada tahun depan namun belum diumumkan secara rasmi.
Perbincangan mengenai objektif dan perancangan pasukan sedang diadakan antara agensi berkaitan.

Satu perkembangan baik untuk Zulfahmi yang sebelum ini disahkan tidak akan beraksi untuk MotoGP.Mungkin WSBK tidak segah MotoGP tapi pastinya banyak pengalaman yang dapat beliau kutip dalam persaingan tersebut.
Semoga beliau mampu mengembangkan kerjayanya dan menjadi inspirasi terutama kepada Mat Rempit di luar sana.

Please follow and like us:
error0