post

Khairul Idham Pawi juarai GP Jerman

Pelumba muda negara, Khairul Idham Pawi berjaya melakar satu lagi apabila menjuarai GP Jerman dalam saingan Moto3 di Litar Sachsenring pada hari Ahad (17 Julai 2016).

Kejayaan yang dicatatkan dalam litar basah, Khairul Idham menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 47 minit 7.763 saat. Ini merupakan kemenangan kedua pelumba berusia 18 tahun ini selepas berjaya menang di GP Argentina pada April yang lalu.

khairul

Beliau berjaya menamatkan perlumbaan 11 saat dihadapan pelumba tempat kedua, Andrea Loccatelli dari pasukan Leopard Racing. Perlumbaan ini juga menyaksikan kejutan apabila Khairul Idham bermula di tempat ke 20 namun masih mampu mengungguli perlumbaan.

Sumber : Stadium Astro

Satu pencapaian yang cukup hebat bagi pelumba muda negara. Moga dengan kejayaan ini akan memajukan lagi sukan permotoran di Malaysia. Diharap Khairul Idham terus konsisten dan tidak mustahil akan terus naik ke kategori yang lebih tinggi seperti Moto2 dan seterusnya ke MotoGP.

Please follow and like us:
error0