post

Trio memanah menang gangsa Kejohanan Memanah Asia

TRIO negara meraih pingat gangsa acara recurve berpasukan lelaki selepas menundukkan China pada Kejohanan Memanah Asia ke-20 di Dhaka, Bangladesh, hari ini.

Menurut laman web http://www.ianseo.net , gandingan mantap Haziq Kamaruddin, Khairul Anuar Mohamad dan Muhammad Akmal Nor Hasrin menang 5-3 menentang trio China, Jin Tao, Wang Yan dan Wang Dapeng, untuk mengesahkan pingat gangsa itu.

Terdahulu, Malaysia tewas 6-0 kepada Korea Selatan yang terdiri daripada Kim Jongho, Lee Woo Seok dan Lee Seungyun di pusingan separuh akhir.

Malaysia menamatkan saingan dengan hanya meraih satu pingat gangsa bagi acara berpasukan manakala tiada sebarang kemenangan dicatatkan bagi acara individu.

Pencapaian terbaik bagi pemanah recurve individu adalah melalui Muhammad Akmal yang terlepas pingat gangsa apabila tewas kepada pemanah Korea Selatan, Lee Seungyun di separuh akhir, semalam.

Sementara itu, pemanah remaja, Bryson Ting Tiew Luing dan Mimi Raihan Yazid, gagal layak ke Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina, Oktober tahun, selepas menduduki tangga kesembilan dan ke-10 pada kejohanan Asia itu.

Hanya lapan pemanah terbaik mara ke saingan suku akhir kejohanan Asia layak ke Sukan Olimpik Remaja 2018.

Malaysia hanya menghantar pasukan recurve lelaki serta dua pemanah remaja ke kejohanan itu yang juga merupakan kelayakan benua Sukan Olimpik Remaja 2018. – Bernama

Please follow and like us:
error0
post

2 pemanah raih pingat Piala Dunia 2016

Sukan memanah bukanlah sukan yang popular di Malaysia namun kita mempunyai nama-nama yang gah hingga ke peringkat dunia.
Pada kejohanan Piala Dunia Memanah Dalam Dewan 2016 yang berlangsung di Bangkok, Thailand minggu lalu menyaksikan wakil negara mencatat keputusan memberangsangkan.

Pemanah muda negara, Hannah Irdina Hazudin dan Hariez Izkandar Zainal Habsahli berjaya membawa pulang pingat perak dan gangsa dalam kategori remaja.
Hannah berjaya meraih perak dalam acara recurve novis wanita yang dimenangi oleh atlet tuan rumah, Sataporn Artsalee manakala pingat gangsa juga diraih pasukan tuan rumah melalui Nattapat Nkham.

Hariez pula berjaya mengondol gangsa dalam acara recurve Novice lelaki di belakang pingat perak oleh Aittiwat Scithog dari Thailand dan emas oleh Seyedabolfazl Hosseini dari Iran.
Satu kejayaan yang boleh dibanggakan oleh ‘Team Memanah’ negara. Sememangnya negara mempunyai bakat-bakat memanah bertaraf antarabangsa seperti Khairul Anuar Mohamad yang pernah beraksi di Olimpik 2012 dan 2016.
Semoga mereka mampu meneruskan kecemerlangan sekaligus mampu mencipta sejarah hingga ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti.

Please follow and like us:
error0