post

Kuala Lumpur dikejutkan Melaka United di gelanggang sendiri

Pasukan Melaka United yang sebelum ini sering tewas apabila bertandang ke gelanggang lawan mula mencuri tumpuan selepas mendapatkan mata penuh pada perlawanan di Kedah tempohari.
Pada malam Selasa, sekali lagi pasukan Sang Kancil ini menunjukkan taring selepas menumpaskan tuan rumah. Kali ini pasukan Kuala Lumpur menjadi lawan yang dijinakkan oleh pasukan Melaka.
Pasukan Melaka menjaringkan gol pada minit ke 5 melalui penyerang import Zubovich. Pemain yang baharu sahaja menyertai skuad Sang Kancil, Syahrul Azwari menambah gol kedua pada minit ke 22. Pemain import Melaka Ifedayo menambah satu gol pada minit ke 34.
Kelekaan pertahanan pasukan Melaka United membenarkan pemain Kuala Lumpur menjaringkan gol pada minit ke 43.

Masuk ke separuh masa kedua, skuad tuan rumah melakukan asakan bertubi-tubi dan penjaring terbanyak KL, Guilherme De Paula menjaringkan gol pada minit ke 48.
Kesilapan pemain pertahanan Melaka, Khair Jones mengundang padah apabila bola terkena tangan sekaligus sepakan penalti disudahkan oleh De Paula pada minit ke 70.
Kalau ikutkan, Kuala Lumpur sepatutnya mendapat tonik untuk mendapatkan mata penuh di gelanggang sendiri namun gol kemenangan Melaka United pada minit 76 sekali lagi oleh Ifedayo menenggelamkan sorakan penyokong Kuala Lumpur.
Kemenangan akhirnya berpihak kepada skuad Melaka sekaligus membawa pulang 6 mata berturut-turut dari 2 perlawanan.

 

Please follow and like us:
error0
post

Melaka United kejutkan Kedah di gelanggang lawan

Pasukan Melaka United melakar kemenangan manis di Stadium Darul Aman pada perlawanan yang berlangsung pada hari Jumaat.
Walaupun beraksi di tempat lawan serta berada di kedudukan yang agak bawah namun pasukan Melaka United berjaya beraksi baik di bawah bimbingan jurulatih E Elavarasan.
Dengan kemasukan beberapa pemain baharu seperti Syahrul Azwari, S Venood barisan Melaka memulakan aksi dengan baik.
Gol pertama dihasilkan oleh Yahor Zubovich pada minit ke 42 selepas mendapat tolakan dari pemain import baharu Melaka dari Korea Selatan, Lee Changhoon.
Melaka berjaya menguasai perlawanan pada separuh masa pertama namun pasukan Kedah juga mencuba untuk menembusi gawang Melaka yang dikawal oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Pada separuh masa kedua, pasukan Kedah memasukkan pemain muda sensasi, Akhyar Rasid. Kemasukan pemain ini menambah sengat pasukan Kedah namun gol tidak kunjung tiba.
Jaringan oleh pemain import baharu Kedah, Paulo Rangel tidak disahkan selepas berada dalam kedudukan offside. Ketika Kedah cuba untuk mendapatkan gol penyamaan, pemain import baharu Lee Changhoon berjaya mendapat ruang terbuka hasil gerakan ‘counter attack’.
Berhadapan dengan penjaga gol, Lee Changhoon berjaya menjaringkan gol pada minit 90 walaupun cuba dihalang pemain pertahanan Kedah, Syawal. Perlawanan berakhir dengan kemenangan bagi pasukan Melaka United dengan keputusan 2-0.
Kemenangan pertama pasukan Melaka United selepas kali terakhir menang pada bulan Mac 2018 menentang PKNP dan merupakan kemenangan pertama di gelanggang lawan. Memang Jamal tabiklah dengan E Elavarasan kali ini. Nanti kalau ada pemain cedera boleh panggil Jamal main ye.

Cayalah lee Chang Hoon.. Kejutan terbaru dari Melaka United

Please follow and like us:
error0
post

Tahniah JDT, Melaka United

Mungkin sedikit terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada juara Liga Super dan Liga Perdana 2016. Selepas menyempurnakan perlawanan pada Jumaat lalu, kedua-dua pasukan mengesahkan kejuaraan bagi divisyen masing-masing tatkala berbaki 2 perlawanan.
Kedua-dua pasukan mencipta sejarah tersendiri. Pasukan JDT berjaya mencipta hatrik berturut-turut merangkul kejuaraan Liga Super manakala Melaka United meneruskan sejarah selepas berjaya menjuara Liga FAM pada tahun lalu.

Sememangnya transformasi yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan ini merancakkan kejohanan Liga Malaysia. Yang kita boleh lihat adalah betapa PENGURUSAN itu penting bagi memajukan kelab bola sepak itu sendiri. Pasukan Johor yang sebelum ini hanya sekadar menjadi pasukan pertengahan namun transformasi yang dibawa oleh Tengku Mahkota Johor cukup besar.
Ia mengubah terus pasukan yang kini semakin cuba mengintai di peringkat Asia pula. Tahniah pasukan JDT.

Bagi pasukan Melaka pula, perubahan yang dilakukan oleh Presiden baru, Datuk Seri Idris Haron menampakkan hasil. Dalam tempoh 3 tahun perubahan telah disaksikan. Melakukan branding ke Melaka United membuahkan hasil. Walaupun ada kritikan namun kejayaan pasukan MU menutup mulut pengkritik.
Semoga pasukan ini terus maju jaya.

Admin Ligakampung.com selaku anak Melaka cukup berbangga dengan peningkatan yang dilakukan oleh pasukan Melaka. Semoga akan terus maju lagi.

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan Liga Perdana 25 Julai dan Liga Super 26 Julai 2016

Perlawanan bola sepak Liga Super dan Liga Perdana memasuki perlawanan yang ke 15 bagi setiap pasukan.  Pastinya di saat ini setiap pasukan mula merencana untuk mengejar kedudukan terbaik dalam mencapai impian menjulang kejuaraan Liga.

Dalam Liga Perdana, pasukan Melaka United terus gah menjarakkan kedudukan apabila menundukkan pasukan Kuantan FA di gelanggang lawan manakala pencabar terdekat JDT II dan Kuala Lumpur tumpas pada lawan masing-masing.

melaka-united

Bagi perlawanan Liga Super pula, 5 perlawanan berlangsung pada 26 Julai 2016 manakala 1 perlawanan antara Terengganu menentang PDRM akan berlangsung pada 27 Julai 2016.

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA PERDANA 25 JULAI 2016

DRB Hicom vs Kuala Lumpur 1-0

ATM vs UiTM 3-1

Kuantan vs Melaka United 3-4

Perlis vs JDT II 1-0

Sime Darby vs Sabah 1-2

PKNS vs Negeri Sembilan 0-0

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 26 JULAI 2016

Pulau Pinang vs Kedah 3-2

  • Liridon Krasniqi (KED) minit 14
  • Jeong Sok Min (PP) minit 24
  • Jeong Sok Min (PP) minit 36
  • Mathias Jesus Cordoba(PP) minit 45
  • Thiago Augusto Fernandez (KED) minit 76

 

JDT vs Kelantan 1-0

  • Jorge Pereyra Diaz

Selangor vs Felda 1-2

  • Francis Forkey Doe(FELDA) minit 2
  • Patrick Ronaldinho Wleh (SEL) minit 58
  • Francis Forkey Doe(FELDA) minit 67

T-Team vs Sarawak 1-2

  • Patrick Dos Santos (T-Team) minit 15
  • Makeche Ndumba(SAR)  minit 42
  • Gilmar Jose Da Silva Filho(SAR) minit 73

 

Pahang vs Perak 1-2

  • Xhevahir Sukaj(PRK) minit 28
  • Jailton de Campos(PAH) minit 31
  • Xhevahir Sukaj(PRK) minit 73

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 27 JULAI 2016

Terengganu vs PDRM

 

** Bermula perlawanan malam ini, Ligakampung.com akan menyenaraikan gol yang dijaringkan oleh pemain import dan pemain tempatan (untuk perlawanan Liga Super sahaja). 

Gol dijaringkan : 15 gol

Pemain Import : 15 gol

Pemain Tempatan : 0

Please follow and like us:
error0
post

Liga Perdana 2016 : Melaka United kukuhkan cengkaman

Pasukan Melaka United kukuh di tangga teratas Liga Perdana selepas menumpaskan pesaing terdekat Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
Pasukan yang dibimbing bekas pemain kebangsaan, Mat Zan Mat Aris berjaya mendapatkan 3 mata selepas menang 2-1 di Stadium Hang Jebat.

Dalam aksi menarik itu, pasukan tuan rumah dikejutkan dengan gol awal hasil jaringan penyerang import Kuala Lumpur, Anselmo Arruda pada seawal minit pertama.
Pasukan Melaka United menyamakan kedudukan melalui penyerang berbisa, Ilija Spasojevic pada minit ke 27. Pemain tempatan, Jasmir Mehat berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 31.
Pasukan Melaka seterusnya dapat mengekalkan kedudukan tersebut hingga ke wisel penamat.

Kekalahan pasukan Kuala Lumpur itu dimanfaatkan oleh pasukan Negeri Sembilan yang merampas tempat kedua selepas menang menundukkan Perlis di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan.\
Pasukan Negeri Sembilan menang 3-1 hasil jaringan pemain import Alexander Smith, Taylor Regan dan Joel Chianese. Pasukan Perlis mendapatkan gol tunggal melalui Edward Junior Wilson.

Pasukan UiTM FC pula tumpas kepada pasukan PKNS FC dengan keputusan 0-3 manakala pasukan Kuantan FA pula berjaya menumpaskan pasukan Sime Darby dengan keputusan 4-2.Pasukan Sabah pula menang tipis pada pasukan JDT II dengan keputusan 1-0 di Stadium Likas.
Pasukan DRB-Hicom pula meraih kemenangan besar menumpaskan pasukan ATM dengan keputusan 4-0.

Please follow and like us:
error0
post

6 Perkara yang perlu dilakukan pasukan bolasepak Melaka untuk bersaing di Liga Perdana

Pasukan Melaka telahpun berjaya melangkah ke Liga Perdana 2016 selepas menghadapi cabaran hingga ke perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Selepas kekal selama 5 musim di Liga FAM (pasukan negeri paling lama di Liga terbawah), akhirnya skuad bolasepak Sang Kancil berjaya juga keluar dari liga yang bertaraf amatur ini.

liga-perdana
Setelah rasmi akan ke Liga Perdana, banyak perkara perlu dilakukan oleh pasukan Melaka pada musim hadapan. Kenapa cerita pasal Melaka? Kerana kami adalah orang Melaka dan ingin melihat kebangkitan skuad bolasepak negeri kami. Jadi pihak-pihak berkaitan perlu bersedia dari sekarang dengan pelbagai perkara seperti :-

1) Mencari sumber kewangan. Pihak pengurusan perlu mencari penaja dan menguruskan kewangan dengan lebih baik. Mereka perlu tahu bahawa perbelanjaan dalam Liga Perdana adalah berganda berbanding ketika di Liga FAM. Sekarang ni isu gaji masih berlaku. Menurut sumber , pembayaran gaji pemain dilakukan oleh sebuah syarikat anak kerajaan negeri Melaka.
Ia tidak sepatut berlaku, Persatuan Bolasepak Melaka perlu mempunyai pengurusan tersendiri bagi gaji dan sebagainya. Isu kewangan bukan satu perkara yang baru serta menyebabkan ramai pemain tempatan seperti Shukor Adan, Faderin Kadir serta beberapa pemain senior tidak menyarung jersi sang Kancil. Letakkan KPI kepada pihak pengurusan untuk mencari pendapatan. Bukan semata-mata mengharapkan dari FAM ataupun kerajaan negeri sebaliknya perlu mencari sumber lain.
Selain sumber penaja, penjualan baju jersi, cenderahati, jualan tiket perlu dipertingkatkan.

2) Politik dalam persatuan bolasepak. Eloklah kiranya persatuan bolasepak Melaka diterajui oleh mereka yang benar-benar berpengalaman dalam sukan ini. Tidak perlulah para ahli politik campur dalam urusan pengurusan. Cukuplah jika mereka hanya menjalankan tugas mencari penaja dan bertindak sebagai penaung sahaja. Bukan sekali dua cerita pemain-pemain yang dipilih atas sebab kuasa ghaib dan bukan ditangan jurulatih.
Perkara ini perlu dielakkan kalau nak menjadikan pasukan bolasepak Melaka maju.

3) Kekalkan sebahagian pemain yang berpotensi dan tambah beberapa pemain berkualiti termasuk pemain import. Memandangkan Melaka tidak mempunyai kekuatan kewangan, mungkin cukup 2 pemain import berkualiti di posisi serangan dan pertahanan. Selebihnya menggunakan pemain tempatan samada anak jati Melaka atau sebaliknya.

4) Kekalkan jurulatih sediada. Jurulatih Mat Zan Mat Aris berjaya membawa Melaka ke Liga Perdana jadi seeloknya dikekalkan untuk Liga Perdana 2016. Berikan KPI yang realisitik kepada beliau. Untuk menjadi juara Liga Perdana 2016 pasti sesuatu yang sukar. Berikan matlamat agar layak ke Piala Malaysia 2016 sebagai KPI untuk diteruskan kontrak.

5) Bekerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Stadium Melaka untuk memperbaiki kualiti stadium samada Hang Jebat ataupun Hang Tuah. Mungkin nak sehebat Stadium Larkin tu tak termampu tapi boleh cuba untuk perbaiki stadium sediada.

6) Bergabung dengan SAMB FC. Diberitakan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB FC) akan bersaing di Liga FAM 2016. Mungkin kerjasama boleh dilakukan oleh kedua-dua pihak. Jika ada pemain SAMB FC yang lebih hebat boleh diambil. Boleh lihat bagaimana pasukan Selangor mengambil pemain dari PKNS FC untuk kepentingan negeri.

Semoga pasukan Melaka mampu bersaing di Liga Perdana dan janganlah pula hanya semusim dan kembali semula ke Liga FAM. Malu pula nanti.

Please follow and like us:
error0
post

Melaka dan Perlis ke Liga Perdana 2016

Selain Liga Super dan Liga Perdana 2015 yang tela sampai ke kemuncaknya, keputusan perlawanan akhir Liga FAM juga menjadi cerita hangat bagi penyokong pasukan masing-masing.
Selepas pasukan Perlis layak ke Liga Perdana 2016, skuad Melaka pula berjaya menamatkan kemarau 5 tahun beraksi di Liga FAM apabila melayakkan diri ke Liga Perdana 2015. Walaupun tumpas pada perlawanan terakhir kepada pasukan Young Figthers FC pada malam tadi namun nasib menyebelahi pasukan Melaka yang hanya berkelebihan 1 jaringan dengan pencabar terdekat Mifa FC.

Walaupun telah layak ke Liga Perdana namun untuk menentukan kejuaraan Liga FAM, pasukan Perlis dan Melaka akan bertemu pada perlawanan yang akan berlangsung pada minggu depan.
Admin merupakan rakyat Melaka dan dengan keputusan ini diharap dapat meningkatkan kembali imej bolasepak Melaka. Tak tahan rasanya asyik dikutuk oleh rakan-rakan dari negeri lain. Ditambah lagi, pasukan Melaka memecah rekod pasukan negeri yang bertanding dalam Liga FAM selama 5 tahun.
Semoga tahun depan akan ada peruntukan yang mencukupi untuk pasukan Melaka. Admin mendengar berita bahawa pengurusan skuad Melaka ini pun agak terumbang ambing dan perbelanjaan tidak mencukupi. Diharap ia tidak berlaku pada tahun hadapan dan semoga pasukan Melaka terus maju lagi.

liga-perdana-melaka

Please follow and like us:
error0