post

Empat pemain muda negara bakal berlatih di Jepun

KUALA LUMPUR – Empat pelatih Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) termasuk seorang pemain bukan dari sekolah sukan bawah 15 tahun telah terpilih menjalani latihan bersama Akademi Kelab Bola Sepak Profesional Liga 1 Jepun, Cerezo Osaka di Osaka, Jepun Ogos depan menerusi Program Asean Dream Project 2019.

Kesemua pemain tersebut telah terpilih daripada 120 calon dalam sesi latihan Stadium USIM, Nilai, Negeri Sembilan semalam iaitu Raja Muhammad Haikarl Raja Muhammad Zahari dan Muhammad Danial Haiqal Mohd. Shaipol dari Akademi Mokhtar Dahari sementara Muhamad Afiq Norizan dari Sekolah Sukan Negeri Melaka, Muhammad Farizzudin Adham Batcha (Sekolah Sukan Negeri Selangor) dan Anas Nadawi Shaharudin (Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi).

Program anjuran Cerezo Osaka, Yakult dan Stesen Televisyen Osaka dan telah memasuki tahun kedua bertujuan mencungkil bakat muda ke kelab Cerezo Osaka bagi menjalani latihan dan beraksi bersama 10 pemain terbaik dari Thailand dan Myanmar.

Presiden Cerezo Osaka, Hiroaki Morishima menjelaskan bakat yang ada pada setiap pemain terpilih tidak mustahil mampu membuka mata pencari bakat di Jepun jika mereka berjaya menunjukkan kemampuan sebenar Ogos depan.

“Terdapat permintaan dari pemain-pemain Malaysia yang telah beraksi tahun lalu dan menyebabkan ia diteruskan untuk edisi kedua.

“Pemain yang telah tamat menjalani program ini mampu pergi lebih jauh kerana mereka boleh beraksi di Liga Profesional Jepun, bukan sekadar di Cerezo Osaka sahaja memandangkan ada pencarian bakat yang sering mencari bakat terbaik dari Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada melahirkan rasa gembira dan berharap pemain yang terpilih mampu menambat hati kelab dari Jepun seterusnya memenuhi impian bakat muda negara.

“Kami berharap pemain yang terpilih mendapat peluang bermain di Liga Profesional Jepun selepas tamat program ini kerana perkara tersebut mampu menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

“Doa kami sentiasa mengiringi pemain yang terpilih agar mereka dapat mencapai cita-cita untuk menjadi pemain profesional pada masa hadapan,” jelasnya. – K! ONLINE

Ligakampung.com mengucapkan syabas dan semoga mereka akan mengembangkan bakat masing-masing. Harap-harap dengan pendedahan ini ada antara mereka yang dapat beraksi di Liga J sedikit masa nanti.

Sumber Gambar : Twitter Ima Liana

Please follow and like us:
error0

Malaysia tumpas 0-2 kepada Taiwan, masih kempunan kemenangan di tempat lawan

Nampaknya kemarau kemenangan di tempat lawan semakin berpanjangan bagi skuad bola sepak negara. Dalam perlawanan persahabatan pada malam semalam (Jumaat 7 Septemeber 2018), skuad negara mempamerkan aksi longlai apabila ditumbangkan skuad Taiwan dengan keputusan 0-2 di Stadium Perbandaran Taiwan di Taiwan.
Pasukan tuan rumah menampakkan dominasi apabila melakukan asakan bertali arus dan berjaya merobek gawang negara pada minit ke 13 melalui Wu Chun-Ching.
Skuad negara cuba untuk mengimbangi perlawanan namun tidak mampu menghasilkan sebarang jaringan pada separuh masa pertama.

Taiwan yang memulakan separuh masa kedua dengan lebih bersemangat berjaya menghasilkan gol kedua melalui Chu En-le pada minit ke 53 sekaligus memastikan kemenangan bagi tuan rumah.
Tan Cheng Hoe dalam kenyataan medianya menyatakan bahawa keadaan padang yang agak basah menyebabkan para pemain sukar untuk membiasakan diri dengan corak permainan yang diterapkan.

Ligakampung.com berharap bahawa satu perubahan dari segi taktikal perlu dilakukan oleh Tan Cheng Hoe untuk memperbaiki skuad negara.
Walaupun sekadar perlawanan persahabatan namun penyokong masih mengharapkan keputusan yang baik

Saksikan Video Highlight Malaysia vs Taiwan

Rating Pemain Di Goal.com

Please follow and like us:
error0
post

FMLLP bekerjasama dengan La Liga

Football Malaysia Limited Liability Partnership(FMLLP) melakar sejarah tersendiri apabila menandatangani memorandum perjanjian persefahaman(MoU) dengan liga bola sepak ternama Sepanyol, La Liga hari ini.
Perjanjian ini merupakan jalinan kerjasama tiga tahun antara FMLLP dengan La Liga bagi meningkatkan mutu sukan bola sepak dan kualiti liga tanah air.

Menurut Pengerusi FMLLP, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, antara intipati utama MoU ini adalah pelan pelaksanaan Pelan Pembangunan 50 Tahun Bola Sepak Malaysia.
“50 Years Blueprint ini disusun oleh La Liga sendiri berdasarkan apa yang mereka rasakan sesuai untuk liga tempatan negara ini.

“Pelaksanaan blueprint ini bertujuan untuk meningkatkan mutu bola sepak tanah air ke tahap yang lebih profesional di masa depan,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di Hotel Thistle, di sini hari ini.
Majlis itu turut dihadiri, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP Kevin Ramalingam, Pengarah Urusan La Liga Rantau Asia Tenggara, Australia, Jepun dan Korea Selatan, Ivan Codina serta Pengarah Pembangunan Antarabangsa La Liga, Oscar Mayo Pardo.

TMJ juga berkata inisiatif tersebut merupakan antara perancangan baharu yang dirangka pihaknya.
“Blueprint 50 tahun ini usaha ikhlas saya untuk memajukan bola sepak tanah air, kerana saya tidak akan memegang jawatan ini selama.

“Individu yang akan memegang jawatan ini kelak akan dibantu blueprint yang disediakan La Liga untuk terus meningkatkan mutu bola sepak negara,” katanya.

Kevin juga optimis kerjasama ini akan dapat menghasilkan impak positif dalam sukan bola sepak negara.
Menurutnya, Malaysia merupakan negera pertama di rantau ini yang menjalin kerjasama dengan La Liga.

Sumber :-SinarHarian

Semoga akan tampil para pemain negara yang beraksi di La Liga dalam tempoh ini.

Please follow and like us:
error0
post

Perlawanan Persahabatan – Malaysia tumbang kepada Syria

Bagi peminat pasukan bolasepak tempatan mungkin keputusan perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Syria agak mengecewakan.
Perlawanan untuk persediaan bagi kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 ini berkesudahan pasukan Malaysia tumpas 0-3 di tangan Syria di Stadium Shah Alam, Selangor.

malaysia-vs-syria

Agak mengejutkan apabila dalam pasukan ini terdapat beberapa pemain yang tidak mendapat tempat dalam kejohanan Liga Super dan Piala Malaysia. Secara peribadi beberapa pemain seperti Gopinathan (Pahang), Wan Zaharulnizam (Kelantan), Joseph Kalang Tie(Sarawak) perlu diberi perhatian.
Saya tidak pasti kenapa ketiga pemain yang bermain baik dalam Liga Super/Piala Malaysia ini tidak mendapat peluang dalam perlawanan ini. Mungkin ada kecederaan pada mereka namun saya percaya ada beberapa pemain yang boleh ditukar. Secara peribadi saya mendapati S Kunalan, Azmi Muslim serta Muslim Ahmad belum bersedia berdasarkan perlawanan pada malam ini.

Selain itu dari segi komunikasi antara barisan pertahanan juga agak lemah dimana sering berlaku kesilapan pertahanan memberikan 3 gol mudah untuk Syria. Malahan pasukan Malaysia juga agak longlai apatah lagi selepas dibolosi dengan gol yang agak besar juga.

Diharap jurulatih dan pengurusan dapat melakukan rombakan bagi memastikan kejohanan Piala AFF 2014 di Vietnam nanti akan memberi kegembiraan pada penyokong bolasepak tempatan. Corak permainan sebegini pastinya sukar untuk menang kejohanan tersebut. Apatah lagi kegagalan perlawanan kali ini diatas pemain Syria yang berumur bawah 23 tahun dan tidak mempunyai peluang secukupnya untuk menjalani latihan bersama.

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan Bolasepak Sukan Asia – Malaysia lwn Arab Saudi

Hari ini merupakan penentuan bagi skuad Harimau Muda samada mampu meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya atau terpaksa menjadi kontinjen antara terawal yang akan pulang ke Malaysia.
Perlawanan terakhir penentuan kumpulan A bagi skuad bimbingan Ong Kim Swee berlangsung di Stadium Goyang, Korea Selatan pada jam 4.00 petang. Malaysia perlu menang pada perlawanan hari ini untuk ke suku akhir dan ke peringkat seterusnya.
HARIMAU MUDA / ASIAN GAMES INCHEON

Perlawanan berlangsung pada jam 4.00 petang menemukan skuad bawah 23 tahun menentang Arab Saudi. Sudah pasti perlawanan menentang Arab Saudi adalah sukar memandangkan saiz fizikal dan skill pasukan lawan. Namun jurulatih Ong Kim Swee pasti mempunyai perancangan untuk menembus kubu pertahanan Arab Saudi sekaligus mampu mengejutkan pasukan yang pernah menjadi gergasi Asia pada satu masa dahulu.
Walaupun pasukan Malaysia akan menyerang namun diharap kubu pertahanan serta tengah lebih berhati-hati agar kubu tidak dibolosi oleh pasukan lawan. Dengan semangat Malaysia Boleh pasti mereka akan bermain berhabis-habisan untuk menutup mulut pengkritik di luar sana.

Keputusa Perlawanan Bolasepak Sukan Asia 2014 – Malaysia vs Arab Saudi

Malaysia vs Arab Saudi 0-3 (0-0)
56′ Al Hafith (ARAB)
70’ Omar Kanabah (ARAB)
84’ Ahmad Asherri (ARAB)
** Tamat sudah harapan pasukan Harimau Muda untuk mendapatkan keputusan terbaik. Nampaknya pasukan bimbingan Ong Kim Swee akan pulang awal dengan kekecewaan.

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 – Malaysia vs Yemen

Hari ini merupakan perlawanan penentu bagi melihat samada pasukan Malaysia mampu layak ke Piala Asia AFC 2015 nanti. Walaupun untuk layak secara automatik telah tertutup namun masih ada ihsan tempat ketiga terbaik untuk layak ke Piala ASia 2015.
Namun perlawanan pada malam ini bukan satu perjuangan yang mudah. Pasukan barisan pemain yang dipilih oleh Datuk Ong Kim Swee pasti perlu bermain berhabis-habisan untuk sekurang-kurangnya menutup kritikan dari peminat bolasepak tempatan.
Sudah pasti Datuk Ong Kim Swee memerlukan strategi terbaik bagi memastikan skuad Harimau Malaya terus mengaum di bumi Arab itu.
Perlawanan pada malam ini berlangsung di Emiriah Arab Bersatu pada jam 10.00 malam.

Siaran langsung perlawanan kelayakan Piala Asia AFC 2015

yaman vs malaysia

Perlawanan kelayakan Piala Asia AFC 2015 antara skuad Harimau Malaya menentang Yaman akan disiarkan secara langsung oleh ASTRO Arena 801 pada jam 9.30 malam.

Keputusan perlawanan bolasepak kelayakan Piala Asia 2015

Keputusan Penuh

Yaman vs Malaysia 1-2 (0-1)
Kesebelasan Utama Malaysia : Khairul Fahmi, Zubir, Taj, Aidil, Mahali, Safiq (Fadhli Sas), Nazrin, Hafiz, Amri, Bobby (Fakri), Safee (Badrul)
Kesebelasan Utama Yaman : Saoud, Sarori, Boqshan, Sadam, Al-Hifi, Al-Sasi, Al-Khyat, Najib, Nateq, Fuad, Motazz

Minit 10′ Amiridzwan Taj dibuang padang. Yaman mendapat penalti tetapi diselamatkan oleh Khairul Fahmi

Gol
16′ Amri Yahyah (Malaysia)
59′ Ala’a Al Sasi (Yemen)
77′ Fakri Saarani

*** Tahniah kepada skuad negara bimbingan Ong Kim Swee. Walaupun tidak layak ke Piala Asia tetapi kemenangan ini sedikit sebanyak mampu menaikkan ranking FIFA skuad kebangsaan.

Please follow and like us:
error0