Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2020 dan Piala Asia : Malaysia menentang Thailand

Perlawanan antara pasukan Malaysia menentang Thailand bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2020 dan Piala Asia. Secara matematiknya, skuad Malaysia mengalami kesukaran untuk layak ke Piala Dunia selepas kekalahan menentang Vietnam dan UAE pada perlawanan sebelum ini. Tetapi peluang belum tertutup untuk sekurang-kurangnya mendapatkan slot kelayakan Piala Asia nanti.

Perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan skuad negara berhadapan pasukan Thailand yang menurunkan pemain terbaik seperti Theerasil Dangda. Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia antara Malaysia menentang Thailand

Keputusan Penuh

Malaysia vs Thailand 2-1

Ulasan Separuh Masa

Pada separuh masa pertama, 10 minit pertama sedikit goyah sehinggakan pemain bertubuh kecil Thailand, Chanathip Songkrasin berjaya menjaringkan gol pada minit ke 7 hasil kesilapan barisan pertahanan yang tidak menutup ruang.

Meskipun perlawanan banyak berlegar di tengah padang, satu kealpaan pasukan Thailand memberikan ruang kepada pemain tengah, Syameer Kutty melakukan hantaran ke tengah yang mudah disambar oleh Brendan Gan untuk menghasilkan gol pada minit 26.

Selepas jaringan itu, skuad Malaysia mula mengandakan asakan namun sukar menembusi pertahanan lawan yang cukup berdisplin. Peluang pada minit terakhir melalui Safawi Rasid tidak menjadi kenyataan apabila percubaan dari sebelah kanan tidak menuju sasaran.

Berdasarkan prestasi di separuh masa pertama, kedua-dua pasukan agak seimbang dan diharapkan skuad negara mampu mencari idea baharu untuk menembusi benteng Thailand disamping pertahanan negara yang diketuai oleh Aidil perlu lebih memberikan perhatian kepada barisan serangan Thailand.

Ulasan Separuh Masa Kedua

Separuh masa kedua bermula dengan baik apabila skuad Harimau Malaya melakukan serangan bertali arus. Hasilnya satu gerakan cantik antara Syamer Kutty, Brendan Gan dan Sumareh menghasilkan gol pada minit ke 57.

Safawi Rasih juga mendapat peluang melalui sepakan percuma namun tidak berjaya menumpaskan penjaga gol pasukan Thailand.

Pada minit-minit akhit skuad Thailand menggandakan asakan untuk mendapatkan jaringan penyamaan. Barisan pemain negara berjaya bertahan dan melakukan serangan balas serta mengekalkan keputusan sehingga tamat.

Pemain Terbaik pilihan Ligakampung malam ini.
Please follow and like us:
error0
post

Kegagalan skuad bolasepak Harimau Muda di Sukan SEA 2015 – Apa yang perlu dikaji

Mungkin peminat bolasepak Harimau Muda sedang dalam keadaan kekecewaan selepas perjalanan skuad bawah 23 tahun hampir pasti tamat di peringkat kumpulan dalam kejohanan Sukan SEA 2015.
Kegagalan ini berikutan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee hanya mampu memungut 3 mata dari 3 perlawanan. Skuad Malaysia yang memerlukan kemenangan pada perlawanan ketiga menentang Thailand pada petang tadi tidak mampu mencapai sasaran selepas tumbang 1-0 pada juara bertahan.

Berbeza dengan aksi ketika menentang pasukan Vietnam tempohari, pasukan negara bermain dengan lebih baik pada perlawanan ini. Namun ianya tidak mencukupi apabila pasukan bawah 23 Thailand berjaya mencipta jaringan pada minit ke 81 melalui ketua pasukan Sarach. Walaupun pemain Malaysia mempunyai beberapa peluang namun ianya tidak mampu diterjemahkan sebagai gol.
Apapun keputusan telah diperolehi dan nampaknya pasukan bolasepak bawah 23 negara bakal pulang awal ke Malaysia. Banyak perkara yang perlu dilakukan. Antaranya ialah :-

1) Secara peribadi, saya merasakan Datuk Ong Kim Swee sudah boleh meletak jawatan secara terhormat. Bukan mengaku kalah namun ianya lebih baik dari dipecat oleh FAM. Bukan menidakkan keupayaan beliau membimbing pasukan negara namun beliau perlu bertanggungjawab atas kegagalan ini. Mungkin pemilihan pemain, strategi dan latihan yang dilaksanakan sudah tidak relevan lagi untuk skuad Harimau Muda.

2) Perlu perubahan drastik pada pemilihan pemain. Pasukan Harimau Muda ini tidak mempunyai pemain yang berkaliber, tidak seperti ketika memenangi emas Sukan SEA yang mempunyai barisan pemain berpotensi. Walaupun ada beberapa pemain yang menunjukkan potensi baik seperti Nurridzuan dan Matthew Davies namun secara keseluruhannya pemain kita tidak mencapai tahap terbaik.

matthew-davis-pahang

3) Kurangkan politik. Kenapa saya mengaitkan politik ? Jika anda ingat, pada tahun ini Datuk Ong Kim Swee direhatkan sementara untuk melatih skuad Harimau Muda. Tempatnya digantikan oleh jurulatih Razip Ismail. Dan selepas itu, Ong Kim Swee menyambung kembali melatih untuk kejohanan ini. Ini sesuatu yang tidak boleh diterima kerana sepatutnya samada Ong Kim Swee tidak diberi tugas di Sukan SEA atau beliau tidak sepatutnya direhatkan.
Sudah pasti ia memberi kesan sedikit sebanyak pada proses pemilihan dan latihan yang ingin diterapkan.

4) Beri tumpuan sehingga di peringkat akar umbi. Kenapa masih terdapat beberapa nama pemain yang dipilih namun tiada peningkatan? Tidak perlu menyebut nama namun pemilihan perlu lebih teliti. Selain itu, dimanakah pelajar-pelajar di Sekolah Sukan? Jika ada dimanakah perkembangannya ? Masih tidak nampak potensi sekolah bolasepak di Malaysia ini. Namun ada tanda positif apabila terdapat usaha membangunkan bolasepak di peringkat kanak-kanak.

5) Tiada pemain gantian setaraf. Sebagai contoh, ramai peminat tertanya kenapa Rozaimi tidak dipilih? Menurut Ong Kim Swee, beliau tidak cergas namun penggantinya tidak mampu berfungsi dengan baik dalam kejohanan sebesar ini. Malaysia perlu melahirkan pemain-pemain yang mampu bersaing dan bukan asyik-asyik pemain itu sahaja. Persaingan sihat akan menaikkan prestasi skuad muda negara.

6) Bermain di Liga Slovakia bukanlah satu idea baik. Selagi pemain terbabit bermain dengan rakan-rakan mereka sahaja maka perubahan tidak dapat dilakukan. Lainlah kalau mereka bermain untuk pasukan kelab tersebut dan terus membesar dengan kelab-kelab Eropah.

7) Lantik jurulatih import. Mungkin boleh melantik jurulatih dari Jepun mahupun Korea Selatan. Ini kerana jurulatih mereka mempunyai displin yang tinggi dan mungkin mampu membentuk pemain-pemain menjadi lebih baik. Bukan jurulatih tempatan tidak bagus tapi idea masih statik sedangkan pasukan jiran semakin meningkat. Jadi percubaan jurulatih import mungkin salah satu caranya.
Inilah serba sedikit pendapat saya tentang episod kegagalan skuad Harimau Muda di Sukan SEA 2015.

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan Akhir Pertama Piala AFF 2014 – Malaysia vs Thailand

Hari ini akan berlangsung perlawanan akhir pertama Piala AFF 2014 yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok Thailand. Perlawanan yang akan bermula pada jam 8.00 malam waktu Malaysia ini akan memberikan kelebihan bagi pasukan yang menang sebelum ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember ini.
Continue reading

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan Piala AFF 2014 – Malaysia vs Thailand

Hari ini berlangsung perlawanan kedua kejohanan Piala AFF 2014 melibatkan antara Malaysia menentang Thailand. Pasukan Harimau Malaya memerlukan kemenangan selepas hanya sekadar seri tanpa jaringan menentang Myanmar pada perlawanan pertama tempohari.
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Ulasan kegagalan pasukan bolasepak mempertahankan kejuaraan AFF

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Semua sudah sedia maklum, harapan untuk pasukan negara mempertahankan kejuaraan bolasepak terulung di ASEAN iaitu Piala Suzuki AFF telah terkubur. Ini berikutan kekalahan pasukan Harimau Malaya di peringkat separuh akhir setelah tumbang dengan Thailand dengan aggregat 1-3. Pasti banyak persoalan yang timbul tentang kegagalan ini. Ini kerana harapan rakyat Malaysia agar pasukan negara meneruskan legasi kecemerlangan di Asia Tenggara tidak menjadi kenyataan. Namun perkara sudah menjadi sejarah dan kita perlu pandang ke hadapan. Banyak perkara yang perlu dilakukan dari semua pihak samada pengurusan dan juga penyokong.
Untuk entri ini, saya selaku antara penyokong skuad bolasepak negara ingin memberi sedikit pendapat. Mungkin saya bukanlah pakar namun ini adalah berdasarkan pengamatan dan juga kompilasi rungutan dari peminat-peminat bolasepak tempatan. Antara pendapat saya adalah :-

Continue reading

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan bolasepak separuh akhir kedua Piala AFF 2012 – Malaysia vs Thailand

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pasukan bolasepak negara hanya selangkah je lagi sebelum melangkah ke perlawanan akhir Piala AFF 2012 untuk bertemu pasukan Singapura. Pastinya peluang ini tidak akan dipersia-siakan oleh barisan pemain Harimau Malaya untuk membalas dendam kekalahan ketika perlawanan awal menentang Singapura tempohari. Namun cabaran menentang pasukan Thailand bukan sesuatu yang mudah. Selepas hanya mampu seri 1-1 di tempat sendiri, skuad kendalian K Rajagobal menghadapi cabaran suasana untuk mengadakan latihan yang tidak menyenangkan di Thailand. Walaubagaimanapun itu bukan halangan besar bagi mereka untuk memenangi perlawanan ini sekaligus mempertahankan kejuaraan AFF.
bolasepak thailand vs malaysia
picture sharing

Dengan keyakinan pemain yang cukup berkobar-kobar pasti memberi kekuatan terhadap barisan skuad bolasepak negara. Tiada perkara yang mustahil kerana mereka pernah berhadapan situasi yang lebih teruk ketika di Indonesia 2 tahun yang lalu. Diharap keyakinan tinggi itu dapat diterjemahkan dalam persembahan pada malam ini.

Perlawanan bolasepak separuh akhir kedua Piala AFF ini akan berlangsung di Stadium Supachalasai, Bangkok Thailand pada pukul 7.008.00 malam. Perlawanan akan disiarkan secara langsung di rangkaian RTM 1 dan ASTRO 812.

Seperti biasa, perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Thailand vs Malaysia 2-0 (0-0)
[Kesebelasan Utama]
Harimau Malaya XI: Farizal, Mahali, Aidil, Fadhli, Bunyamin, Kunalan, Safiq (C), Amar, Baddrol, Azamuddin, Norshahrul Idlan.

Subs – K.Fahmi, Faizal, Zubir, Safee, Azmi, Fakri, Khyril, Gary, Hazwan.
[ Separuh Masa Pertama ] 0-0
Perlawanan dikuasai oleh pasukan Thailand. Nampak bahagian tengah pasukan Harimau Malaya agak sukar untuk merencanakan serangan. Barisan serangan Thailand pula lebih tersusun dengan serangan di bahagian tengah. Misi bertambah sukar bila pemain pertahanan Fadli Shah mendapat kad kuning kedua seterusnya mendapat kad merah. Agak kecewa dengan Fadhli Sas yang melayan provokasi pemain Thailand sehingga menyebabkan pasukan Malaysia terpaksa bermain dengan 10 pemain.

[Separuh Masa Kedua]2-0
Thailand minit 60 (Teerasil)
Thailand minit 65 (Theeratorn)

Keputusan akhir berpihak kepada pasukan Thailand yang berjaya menumpaskan Malaysia dengan jaringan 2-0. Pastinya kad merah Fadhli Sas menjadi bualan dan punca. Secara peribadi, saya merasakan formasi yang dikemukakan oleh K Rajagobal juga tidak menjadi dimana menjadikan NorShahrul Idlan Talaha sebagai penyerang tunggal memang amat menyukarkan untuk mendapatkan gol.
Memang kecewa namun keputusan telah tercatat dan kejuaraan telah terlepas.

Sekian

Please follow and like us:
error0

Kunalan, Khyril mampu beraksi di separuh akhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Selepas berita kecederaan Shakir Shaari dan Wan Zack Haikal memberi khabar sedih, ada berita baik untuk skuad Harimau Malaya. Pemain yang mengalami kecederaan sebelum ini iaitu S Kunalan dan Khyril Muhymeen dikhabarkan telah pulih dari kecederaan menjelang perlawanan separuh akhir menentang Thailand Ahad ini.

s kunalan
upload pics

Khyril Muhymeen
image sharing

Perkara ini disahkan oleh jurulatih, Datuk K Rajagobal bahawa kedua-dua pemain di bahagian serangan ini telah pulih serta telah menjalani latihan bersama-sama pemain lain. Ini merupakan satu berita baik memandangkan kedua-dua pemain ini mampu memberi kepantasan dalam perlawanan menentang Thailand nanti. Diharap mereka mampu membantu pasukan Malaysia mendapat bekalan selesa pada perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Ahad ini.
SUmber :- ESPNStarMy

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan 7.11.2012 – Malaysia vs Thailand

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perlawanan bolasepak persahabatan antara pasukan Malaysia menentang jiran, Thailand akan berlangsung pada malam ini. Perlawanan ini merupakan pemanas badan bagi kedua-dua pasukan sebelum menempuh kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 pada hujung bulan ini.

Pasti peluang ini akan digunakan sehabis baik oleh jurulatih bagi mendapatkan strategi taktikal yang boleh digunakan pada kejohanan tersebut. Walaupun sekadar perlawanan persahabatan namun pasukan Harimau Malaya perlu menunjukkan kesungguhan bagi mengelakkan ranking negara terus merudum.

bolasepak astro arena malaysiavsthailand
images

Perlawanan persahabatan Malaysia vs Thailand ini akan disiarkan secara langsung oleh ASTRO Arena 801 jam 7.00 malam. Seperti biasa, keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Keputusan penuh Malaysia vs Thailand 0-2 (0-1)
Kesebelasan Utama :
Malaysia: Farizal Marlias, Bunyamin Omar, Aidil, Fadhli Shas, Zubir Azmi, Gary Steven, Shakir Shaari, S. Kunanlan, A. Akil, Safee, Mat Yo.

Separuh Masa pertama : 0-1
Thailand minit 25
Perlawanan agak berhati-hati dan tiada percubaan bahaya dari pasukan Harimau Malaya. Pintu gol Malaysia dibolosi pada minit ke 25 hasil dari sepakan sudut pasukan Thailand yang gagal dikeluarkan oleh penjaga gol Farizal Marlias.

Separuh Masa Kedua : 0-2
Thailand minit 80

Agak malang bila pasukan Malaysia kalah lagi. Prestasi pasukan bimbingan K Rajagopal tidak berapa meyakinkan terutama di bahagian tengah. Pemain tengah, Shakir dan Gary Stevan tidak mampu menjana dibahagian serangan ditambah dengan prestasi kurang memberangsangkan pemain sayap, S Kunalan dan Azamudin Akhil. Sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan prestasi para pemain mencapai kemuncaknya di Piala AFF ini atau pasukan negara akan terlepas Piala idaman pasukan Asia Tenggara itu..

Sekian

Please follow and like us:
error0