post

Pestabola Merdeka 2013 : Pasukan Harimau Muda menumbangkan skuad Singapura

Hari ini bermulanya Pestabola Merdeka 2013, kejohanan bolasepak tertua di Asia. Walaupun kejohanan kali ini hanya diwakili oleh pasukan bawah 23 dari Asia Tenggara namun ia perlu dianggap serius oleh pihak berkaitan.
Perlawanan pertama skuad Harimau Muda kendalian jurulatih Ong Kim Swee menemukan skuad negara dengan pasukan jiran, Singapura di Stadium Darul Makmur.

Keputusan Pestabola Merdeka 2013 : Malaysia lwn Singapura

Skuad bolasepak muda negara yang bermain dalam keadaan becak berjaya menumbangkan pasukan lawan melalui gol penyerang, A.Thamil Arasu pada minit ke 46. Selain dari skuad Harimau Muda sediada, skuad Ong Kim Swee juga diperkuatkan pemain bawah 23 yang diambil dari pemain Liga Malaysia.
BERNAMA
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan bolasepak AFF 25 November 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan bolasepak Piala AFF Suzuki 2012 telahpun bermula pada hari semalam dan hari ini pasukan Malaysia akan memulakan aksi. Aksi pertama akan menemukan pasukan bimbingan K Rajagopal dengan pasukan Singapura.
Perlawanan piala AFF 2012 bagi jadual Kumpulan B akan diadakan pada malam ini dimana pasukan Indonesia menentang Laos akan berlangsung pada jam 6.00 petang manakala perlawanan Malaysia menentang Singapura akan berlangsung jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Perlawanan akan disiarkan secara langsung di RTM 1 dan siaran ASTRO 812 dan 832.
Mampukah pasukan Malaysia menumbangkan pasukan Singapura bagi mengembalikan kepercayaan penyokong Malaysia kepada skuad Malaysia? Kita saksikan keputusannya malam ini.
Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Keputusan perlawanan bolasepak piala AFF 25 November 2012

Keputusan Penuh Indonesia vs Laos 1-2 (1-1)
Separuh Masa Pertama : 1-1

Separuh Masa Kedua : 2-2

Malaysia vs Singapura 0-3 (0-2)
malaysiavssingapore
pic hosting

Barisan Kesebelasan Utama :- K.Fahmi, Bunyamin, Aidil, Fadhli, Azmi, Kyrill, Safiq (C), Amar, Kunalan, Norshahrul, Safee

Separuh Masa Pertama : 0-2
Singapura ( Shahril Ishak minit 32)
Singapura (Shahril Ishak minit 37)
Separuh Masa Pertama menunjukkan permainan yang sedikit positif pada awal permainan namun ia semakin kelam kabut pada pertengahan perlawanan. Pertahanan mudah ditembusi manakala pemain tengah tidak memberi hantaran yang bermutu untuk Norshahrul atau Safee Sali. Kesilapan pertahanan dan penjaga gol memberikan peluang kepada kapten pasukan Singapura untuk menjaringkan 2 gol bagi memberi tekanan kepada tuan rumah.. Jurulatih perlu menukar strategi atau pasukan kebangsaan akan terus dibolosi pada separuh masa kedua.

Separuh Masa Kedua : 0-3
Singapura (Alesander Duric minit 75)
Perlawanan pada separuh masa kedua masih tiada yang boleh dibanggakan. Pasukan Singapura memperlahankan rentak namun masih tidak mampu dilakukan apa-apa oleh barisan pemain Malaysia. Terlalu rapuh barisan pertahanan dan pemain tengah langsung tidak membantu sehigga akhirnya pemain paling tua dalam padang, Alesander Duric berjaya menjaringkan gol tambahan untuk Singapura.

Sememangnya amat kecewa dengan keputusan perlawanan ini. Barisan pemain masih tidak serasi dan nampak tidak cukup bagus.Banyak aspek yang perlu diperbaiki oleh jurulatih Malaysia jika ingin layak ke peringkat seterusnya.

Sekian

Please follow and like us:
error0