post

Ulasan Perlawanan Kelayakan Malaysia vs Palestin

Hari ini berlangsungnya aksi keenam peringkat Kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan.
Peluang untuk pasukan bolasepak negara layak ke Piala Dunia 2018 telahpun tertutup namun pasukan Harimau Malaya masih berpeluang untuk ke Piala Asia 2019.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Palestin

MAS-vs-PAL

Ulasan Separuh Masa Pertama
Pada awalnya, pasukan Malaysia bermain agak baik namun sering kehilangan bola terutama di kawasan tengah. Bahagian tengah nampaknya tidak dapat mengawal perlawanan sehingga menyebabkan serangan bertali arus dilakukan oleh Palestin.
Pasukan Palestin mendapat banyak peluang terutama melalui sepakan penjuru dimana organisasi pasukan tidak menjadi. Walaupun ramai berada dalam kotak penalti namun marking longgar menyebabkan Khairul Fahmi terpaksa menyelamatkan beberapa percubaan bahaya.
Pemain barisan serangan Malaysia pula terlalu lambat menghantar ketika melakukan ‘counter attack’ sekaligus menyukarkan untuk pasukan negara mendapatkan gol.
Pasukan Palestin akhirnya berjaya mendapatkan gol menerusi rembatan Jonathan Zorrila pada minit ke 36. Ketika barisan pemain negara belum bersedia, pemain Palestin memanfaatkan kesilapan hantaran Mathew Davis kepada Razman Roslan dimana Ahmed Abunahia menjaringkan gol pada minit ke 37.
Sebelum akhir separuh masa pertama, Palestin berjaya mendapatkan gol ke 3 melalui Ahmed Abunahia selepas berlaku kucar kacir di barisan pertahanan Malaysia.

** Secara peribadi, kami merasakan Razman Roslan tidak bermain baik. Barisan sayap iaitu Wan Zack Haikal dan Christie Jayaseelan tidak bermain baik. Pemain seperti Nazirul Naim dan Hazwan Bakri mempunyai kemahuan dalam perlawanan ini namun bantuan yang diberikan tidak mencukupi.
Penyerang negara juga tidak mempunyai skill dribble yang baik untuk menumpaskan barisan pemain pertahanan lawan ketika serangan balas. Malahan pemain-pemain juga tidak bijak berada di posisi baik ketika bola tiada di kaki.

Ulasan Separuh Masa Kedua

Nampaknya keputusan sama seperti perlawanan pertama tempohari. Pada separuh masa kedua sekali lagi pasukan negara dibolosi dengan 3 gol.Ahmed Abunahia berjaya meledak hatrik pada minit ke 59. Ketika pasukan negara cuba mengawal perlawanan dan Palestin memperlahankan rentak, sekali lagi gol Palestin tiba pada minit ke 88 oleh Tamer Seyam.
Gol keenam pasukan Palestin berjaya dijaringkan oleh Jaka Hbaisha pada minit ke 92.

** Agak menyedihkan perlawanan pada hari ini dimana level pemain Malaysia masih terlalu jauh berbanding pasukan Palestin yang berada dalam kekurangan fasiliti berbanding pemain Harimau Malaya. Sesuatu yang drastik perlu dilakukan dalam pasukan ini. Sudah pasti karier Datuk Ong Kim Swee untuk menjadi jurulatih tetap ranap berdasarkan keputusan ini. Para pemain yang sudah di penghujung karier bolehlah mengucapkan selamat tinggal. Pemain yang beraksi di bawah tahap seperti Matthew Davies perlu direhatkan sementara. Mungkin perlu dicari pemain yang lebih baik pada posisi tersebut. 

Tugas lebih berat menanti pasukan skuad bolasepak senior Malaysia apabila bakal bertemu UAE dan Arab Saudi selepas ini.

Please follow and like us:
error0

Perlawanan menentang Palestin di Jordan

Pasukan bolasepak Malaysia akan menghadapi perlawanan keenam Kumpulan A bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Jordan.
Perlawanan yang dijadualkan pada 12 November ini mengubah lokasi asal di Hebron, Palestin selepas FIFA mengarahkan Palestin bermain di gelanggang berkecuali disebabkan isu-isu keselamatan.

Isu keselamatan pasukan kebangsaan untuk bertandang ke Palestin telah dibangkitkan sehingga mendorong FAM untuk membuat rayuan kepada FIFA. Pada awalnya, FIFA menoral permintaan tersebut namun selepas surat rayuan kedua diberikan, Palestin diberikan tempoh agar menukar lokasi pertandingan termasuk aksi menentang Arab Saudi yang sepatutnya berlangsung hari ini yang ditunda ke Isnin.

Palestine_FA_(logo)
Walaupun bertukar gelanggang namun pasukan Malaysia masih tidak berkelebihan. Ini kerana gelanggang di Jordan sudah pasti menjadi kebiasaan bagi pasukan Palestin berbanding pasukan Harimau Malaya. Namun yang penting adalah untuk pasukan negara memastikan kekalahan 6-0  di Stadium Shah Alam pada perlawanan dahulu tidak berulang.

Pasukan negara yang meningkat melalui bimbingan jurulatih Datuk Ong Kim Swee perlu membuktikan keupayaan mereka. Apatah lagi terdapat beberapa pemain kebangsaan yang baru sahaja berjaya membantu pasukan JDT memenangi kejohanan Piala AFC 2015. Pasti ia akan menjadi pemangkin untuk aksi yang lebih baik dalam pertandingan kempen kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia. Walaupun peluang untuk mara sudah berkubur namun baki-baki perlawanan perlu diharungi dengan sebaik-baik mungkin.

Please follow and like us:
error0

Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 – Malaysia lwn Palestin

Selepas mencatat keputusan hambar pada perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Timor Leste, pasukan Malaysia perlu berbuat sesuatu.
Keputusan seri di gelanggang sendiri tempohari mendapat kritikan pelbagai pihak. Walaupun mempunyai peluang untuk menang namun ketumpulan barisan serangan serta kelalaian pada minit terakhir mengakibatkan skuad bimbingan Dollah Salleh hilang 2 mata berharga. Perlawanan menentang pasukan baru yang tidak mempunyai liga tempatan itu sepatutnya mampu diakhiri dengan kemenangan namun ia telah berlaku.

Pasukan Harimau Malaya mendapat kritikan pedas dari peminat bolasepak tempatan. Sudah pasti perlawanan kedua ini, skuad negara MESTI mencapai kemenangan. Berdasarkan ranking (Palestin 118, Malaysia 162), memang sukar untuk skuad negara menumbangkan Palestin. Walaupun negara Palestin kucar kacir dan dalam keadaan peperangan namun kebanyakan pemain beraksi di liga luar yang lebih kompetitif. Selain itu, fizikal dan semangat pemain mereka lebih tinggi dari skuad negara.

malaysia-vs-palestin
Namun ia bukan alasan untuk menempah kegagalan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Jurulatih, Dollah Salleh perlu mencari ramuan terbaik untuk menumbangkan pasukan Palestin. Pemain serangan perlu bijak bertindak dan jangan terlalu bermain secara individu. Dalam perlawanan menentang Timor Leste didapati ada pemain yang terlalu banyak melakukan dribble sehingga terkandas. Ia perlu dielakkan dan pemain negara perlu lebih tersusun terutama di bahagian tengah.
Pasukan Palestin pasti mempunyai kelebihan dari segi fizikal namun skuad negara perlu bijak menggunakan ruang dan kepantasan yang dimiliki oleh beberapa pemain kita. Mungkin pemain seperti Mahali Jazuli boleh digandingkan di bahagian sayap untuk mendapat kekuatan di bahagian serangan. Amri Yahyah boleh bertindak sebagai penyerang tengah manakala Safee Sali boleh direhatkan sementara. Dalam perlawanan tempohari, Joseph Kalang Tie dikeluarkan pada separuh masa kedua akibat kecederaan.
Diharap beliau tidak mengalami kecederaan serius kerana beliau mampu bertindak sebagai jeneral yang baik.

Mampukah skuad negara membenak pasukan Palestin di gelanggang sendiri? Saksi dan lihat.

Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 – Malaysia vs Palestin

Malaysia vs Palestin (0-3) 0-6

8′ Musab Battat (PAL)
21′ Sameh Maraaba (PAL)
40′ Tamer Seyam (PAL)
62′ Khader Abuhammad(PAL)
74′ Sameh Maraaba (PAL)
85′ Tamer Seyam (PAL)

Ulasan Separuh Masa Pertama

** Amat mengecewakan prestasi pasukan negara pada separuh masa pertama. Koordinasi antara pemain pertahanan terlalu teruk. Palestin hanya menggunakan peluang mudah untuk membocori gol pasukan Malaysia yang dikawal oleh Farizal Marlias. Hanya Amri Yahyah yang melakukan percubaan ke atas penjaga gol Palestin.

Ulasan Separuh Masa Kedua

** Kekalahan yang memalukan pasukan Harimau Malaya di gelanggang sendiri. Terlalu banyak bezanya kualiti antara skuad negara dengan pasukan yang pemainnya terpaksa berkelana di negara orang. Sudah pasti angan-angan untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 semakin jauh dari gapaian

Please follow and like us:
error0