post

Keputusan Perlawanan Bolasepak Antarabangsa Malaysia 14.9.2014

Hari ini berlangsung perlawanan pertama bolasepak Sukan Asia 2014 bagi pasukan bawah 23 tahun negara. Perlawanan pertama menemukan pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee menentang pasukan handalan Korea Selatan.
Keputusan telah diketahui dan nampaknya pasukan bawah 23 tahun negara bermula dengan langkah sumbang. Pasukan negara kecundang di tangan pasukan bawah 23 tahun dengan keputusan 0-3. Satu keputusan yang tidak diinginkan oleh penyokong bolasepak negara.

Dimohon pasukan bawah 23 tahun akan bangkit untuk perlawanan akan datang.

Keputusan Perlawanan bolasepak Sukan Asia 2014 : Malaysia vs Korea Selatan

malaysia-vs-korea
27′ Lim Chang-woo (Korea)
79′ Kim Shin wook (Korea)
82′ Kim Seung Dae(Korea)

Selain itu hari ini juga berlangsung beberapa perlawanan melibatkan skuad bolasepak Malaysia. Pasukan bawah 16 tahun yang membawa cabaran dalam kejohanan bolasepak Asia bawah 16 tahun pula tewas di tangan Australia dengan keputusan 1-2.
Ia menyebabkan kegagalan pasukan bawah 16 tahun untuk ke Piala Dunia bawah 16 tahun pada 2015. Diharap mereka perlu mempertingkatkan lagi kerana ada beberapa pemain yang agak baik dan boleh pergi jauh ke hadapan.

Akhir sekali perlawanan persahabatan antara skuad senior Malaysia menentang pasukan Indonesia. Perlawanan yang sedikit sebanyak akan memberi kesan pada kemampuan jurulatih baharu negara, Dollah Salleh.

Keputusan Perlawanan Bolasepak Persahabatan – Malaysia vs Indonesia

0-2 (0-0)
63′ Muslim Ahmad gol sendiri (IND)
87′ Samsul Arif (IND)
** Pasukan Malaysia tumbang pada kesemua aksi perlawanan pada hari ini. Satu keputusan yang kurang digemari oleh penyokong bolasepak Harimau Malaya…

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Suku Akhir Perlawanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 – Malaysia vs Korea Selatan

Hari ini berlangsung perlawanan suku akhir hoki piala dunia remaja 2013 yang melibatkan pasukan remaja Malaysia. Pasukan Remaja Malaysia yang diketuai oleh Fitri Saari pasti ingin menang perlawanan ini bagi melayakkan skuad bimbingan K Dharmaraj untuk ke peringkat separuh akhir. Pasukan yang menanti adalah jagoan Asia iaitu Korea Selatan. Walaupun rekod lalu pasukan hoki remaja tidak pernah tewas semejak tiga tahun lalu tapi ia bukan tugas mudah menjelang aksi di Stadium Hoki Chand Dyan, New Delhi.

pemain-skuad-hoki
Pemain skuad hoki remaja Malaysia

Pasti bukan tugas yang mudah namun perlu ditangani juga. Perlawanan berlangsung pada jam 6.00 petang.

Continue reading

Please follow and like us:
error0