post

Keputusan Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Kemboja

Perlawanan persahabatan kelas A antara Malaysia menentang Kemboja menyaksikan pasukan Malaysia berjaya menumbangkan pasukan Kemboja di gelanggang lawan.
Dalam perlawanan tersebut, jurulatih Tan Cheng Hoe memulakan Khairul Fahmi selaku penjaga gol utama manakala Mahali Jasuli, Shahrul Saad, Rawilson Batuil, Syazwan Andik bertindak selaku pemain pertahanan.
Nasir Basharudin,Akram Mahinan , Syazwan Zainon dan Nazmi Faiz mengemudi jentera tengah manakala Akhyar Rashid dan Zaquan Adha meneruskan aksi di barisan serangan.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Olimpik Nasional Phnom Penh ini menyaksikan skuad negara ketinggalan pada babak pertama selepas Soeuy Visal menjaringkan gol pada minit ke 18.

Separuh masa kedua menyaksikan permainan seimbang dengan kedua-dua pasukan ingin menjaringkan gol. Skuad negara berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Shahrul Saad pada minit ke 62 susulan sepakan percuma.
Kegagalan pertahanan Kemboja mengeluarkan bola dari kawasan bahaya disambung oleh Shahrul Saad yang mudah menolak bola di gawang terngaga.
Minit ke 74 hasil hantaran lintang baik dari Shahrel Fikri menyaksikan Syazwan Andik menanduk masuk untuk Malaysia mendahului 2-1.
Skuad negara akhirnya berjaya mendapatkan gol pemusnah sekaligus memastikan kemenangan selepas Shahrel Fikri berjaya menumpaskan penjaga gol lawan sekaligus mendiamkan pengendali Kemboja, Keisuke Honda pada minit terakhir perlawanan.

Mungkinkah akan ada kenaikan ranking memandangkan Kemboja berada di ranking ke 166 manakala Malaysia di ranking ke 171?

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan tertutup Malaysia vs Kemboja 20 September 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Pasti ramai yang tak tahu tentang perlawanan tertutup antara pasukan Harimau Malaya menentang Cambodia pada malam ini (termasuk si Zool). Walaupun perlawanan ini mungkin tidak diberi perhatian namun ia penting bagi menilai pasukan kebangsaan terutama tanpa beberapa tonggak utama dari pasukan Kelantan dan Selangor yang direhatkan. Perlawanan diadakan di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya.
Memandangkan ia perlawanan tertutup dan tidak menjejaskan ranking, tiada siaran langsung dimana-mana rangkaian.

Kesebelasan Utama pemain Harimau Malaya
–izham tarmizi——
Mahali—-Fadhli shas—-Amiridzwan—-zubir azmi
Fakri—-Baddrol———-Gary——Kunanlan
Khyril ———–safee sali

Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan tertutup Malaysia vs Kemboja

Malaysia vs Kemboja 3-0 (0-0)
Safee Sali minit 51
Zaquan Adha minit 62
Zaquan Adha minit 73

Sumber : FB Info Skuad Olimpik Malaysia
Twitter ESPNStarMy

Tahniah. Walaupun perlawanan tertutup dan bukan perlawanan berkelas namun mungkin sedikit sebanyak menaikkan keyakinan terutama kepada Safee Sali dan Zaquan Adha yang dikritik dalam perlawanan sebelum ini. Diharap mereka mampu menterjemahkan gol pada perlawanan sebenar pada bulan Oktober ini sekaligus meningkatkan momentum pada kejohanan AFF 2012 nanti.

Sekian.

p/s :- Info ini diambil dari pihak tidak rasmi. Sekiranya ada pembetulan, akan dibetulkan kembali.

Please follow and like us:
error0