post

Luqman perlu buktikan kualiti di KV Kortrijk

Ramai yang sedia maklum, pemain muda negara Luqman Hakim Shamsudin telah ditandatangani oleh kelab bola sepak professional Belgium, KV Kortrijk.
Mungkin ramai yang skeptikal dengan kemampuan Luqman apatah lagi beliau dipilih untuk mewakili kelab tersebut atas dasar impian pemiliknya iaitu ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri VIncent Tan untuk menyaksikan anak Malaysia di dalam pasukan yang dibelinya.

Dalam temuramah, Tan Sri Vincent Tan juga mengharapkan agar Luqman membuktikan sentuhannya selaku penjaring gol bagi memastikan beliau berbaloi diambil oleh kelab tersebut.
Beliau terpaksa meyakinkan pihak pengurusan untuk membawa pemain kelahiran Kota Bharu itu meskipun kelab tersebut kurang yakin dengan kemampuan Luqman.

Kami di Ligakampung.com berpendapat peluang yang diterima oleh Luqman ini boleh menjadi pemangkin untuk para pemain muda lain mendapat perhatian sekaligus dapat membaiki kualiti pemain negara.
Diharapkan Luqman berjaya di sana..

Please follow and like us:
error0