post

Ivan Yuen , Wee Wern Juarai Kejohanan Skuasy Kebangsaan

Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2019 menyaksikan Ivan Yuen dan Low Wee Wern memenangi kategori masing-masing di Arena Skuasy Nicol David, Bukit Jalil sebentar tadi.

Ivan Yuen berjaya menumpaskan Ng Eain Yow dengan keputusan 11-7 ,8-11, 12-10,11-9 untuk memenangi kategori lelaki.
Low Wee Wern berjaya memenangi kejuaraan kali ketiga selepas menumpakan Rachel Arnold dengan keputusan 11-6,7-11,11-9,11-3.

-BERNAMA

Tahniah kepada Ivan Yuen dan Wee Wern yang menjuarai kejohanan pada kali ini.

Please follow and like us:
error0
post

Wee Wern Raih Gelaran Keempat Tahun Ini

Pemain skuasy negara yang semakin meningkat prestasinya pada tahun ini, Low Wee Wern berjaya merangkul kejuaraan keempatnya tahun ini. Sekali lagi Australia menjadi medan beliau membuktikan kejagohan selepas berjaya memenangi Kejohanan Terbuka Q Queensland, sebentar tadi.
Dalam perlawanan akhir, Wee Wern mudah menumpaskan pemain tuan rumah, Jessica Turnbull dengan keputusan 11-6, 11-5, 11-6 yang menawarkan hadiah wang tunai AS$5,500 (RM22,869) di Pusat Skuasy Carrara.

Wee Wern yang kini menduduki ranking ke 54 dunia gembira dengan aksi terbaik beliau tahun ini selepas beliau membuat kemunculan semula dalam skuasy.
“Saya gembira dapat memenangi gelaran keempat tahun ini dan berharap dengan kemenangan ini akan melayakkan saya beraksi di kejohanan lebih besar,” kata Wee Wern

“Ia sesuatu yang baik buat saya apabila dapat berada di kelompok 50 terbaik menjelang akhir tahun ini kerana itulah yang disasarkan.”

Wee Wern yang bergelut dengan kecederaan beberapa tahun lalu, tampil beraksi buat kali pertama dalam tempoh hampir dua tahun di Kejohanan Kebangsaan awal Julai lalu dan berjaya mara ke perlawanan akhir.

Rentaknya terus konsisten selepas itu apabila memenangi tiga gelaran PSA berturut-turut bermula dengan Terbuka Malaysia, Terbuka Tasmanian dan Terbuka Australia.

Atlet berusia 28 tahun itu dijadualkan bertanding di Hong Kong dan Terbuka Singapura bulan depan.

Kejohanan Terbuka Q itu memberi impak positif buat pemain skuasy wanita negara apabila tiga dari empat wakil negara berjaya ke separuh akhir.

Ooi Kah Yan tewas kepada Wee Wern manakala Aika Azman kalah kepada Jessica.

Sumber :-HMetro

Please follow and like us:
error0
post

Low Wee Wern menganas di Australia, juara Terbuka Australia 2018

Pemain skuasy negara, Low Wee Wern meneruskan rentak kemenangan di pentas antarabangsa hari ini apabila menjuarai Kejohana Terbuka Australia di Melbourne.
Dalam perlawanan akhir, wee Wern menumpaskan pemain Mesir, Hana Ramadan dengan keputusan 11-6,11-9,10-12,11-6 di Mulgrave Country Club.

Ini merupakan kejayaan ketiga berturut-turut bagi pemain berusia 28 tahun itu selepas memenangi Terbuka Malaysia dan Terbuka Tasmania bulan Julai lalu.
Beliau juga dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bulanan PSA bagi bulan Julai lalu membuktikan keadaan fizikal telah berada dalam keadaan terbaik dan pastinya ranking beliau yang kini di tangga ke 70 akan meningkat naik.

Semoga berjaya dan akan menjadi inspirasi bagi atlet sukan yang lain. Bukti bahawa kecederaan tidak semestinya akan menguburkan karier.

Please follow and like us:
error0
post

Low Wee Wern lakar kejutan, menang kejuaraan Terbuka Tasmanian 2018

Low Wee Wern meneruskan rentak kejayaan menakjubkan selepas kembali dari kecederaan yang mengakibatkan beliau berehat panjang selama 20 bulan.
Kejayaan menjuarai Terbuka Malaysia diteruskan dengan kejayaan di Terbuka Tasmanian pada hari Ahad lalu.

Menariknya apabila Wee Wern berjaya menumpaskan bekas juara dunia, Rachel Grinham dengan keputusan 11-6,11-712-10 dalam perlawanan akhir.
Pemain kelahiran Penang itu berjaya memungut wang kemenangan berjumlah US$10,000(RM40,621).

“Ia adalah perlawanan sukar menentang Rachel yang merupakan bekas juara dunia di tempat sendiri.

“Tetapi saya bermain dengan baik sejak Terbuka Malaysia dan saya mahu mengekalkan momentum.”

Terbuka Tasmania adalah gelaran kerjaya kesembilan dalam kariernya yang pernah menduduki tempat kelima dunia pada kemuncak kerjayanya.

Pemain berusia 28 tahun itu akan bertanding di Sukan Asia Indonesia di mana dia akan bermain bersama Nicol David, S. Sivasangari dan Aifa Azman dalam acara pasukan.

Wee Wern melangkah ke slot dalam acara individu oleh Sivasangari, yang mengalahkannya pada final Kejohanan Kebangsaan baru-baru ini. Pertandingan nasional telah menjadi pilihan untuk Sukan Asia.

 

Sumber :-NST

Please follow and like us:
error0
post

Wee Wern raih kejohanan sulung selepas berehat panjang

Pemain yang pernah barada di kedudukan nombor lima dunia skuasy wanita, Low Wee Wern berjaya mendapat hadiah hari jadi awal (27 tahun- 25 Julai) selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2018.
Pemain kelahiran Pulau Pinang yang mara ke final dari pusingan kelayakan, menampilkan aksi cemerlang di Pusat Skuasy Nasional di sini, untuk menundukkan pemain Jepun itu 11-8, 11-7, 11-4 dalam masa hanya 30 minit.

Ketika ditemui pemberita selepas perlawanan, Wee Wern berkata dia tahu Satomi akan menjadi pencabarnya sejak semalam dan telahpun menjangka perlawanan akhir tidak akan mudah dan dia perlu turun habis-habisan.
“…Tetapi hari ini saya sangat gembira kerana berjaya mengatasi cabaran. Saya membuat beberapa perubahan sejak tewas pada Kebangsaan Malaysia awal bulan ini dan ia ternyata berhasil untuk diri saya.

Memang selesa untuk bertarung dengan pemain yang telah biasa beraksi..kami berlatih bersama-sama di Pulau Pinang dan dia memang pemain yang cukup berbakat, beliau banyak bergerak. Tetapi saya sedikit lebih berpengalaman daripada Satomi,” katanya.

Kejayaan ini merupakan kemenangan yang kelapan dalam karier bagi Wee Wern. Kali terakhir beliau meraih kejuaraan ialah pada 2014 pada Terbuka China.

Sementara itu, dalam kategori lelaki, pemain Qatar, Abdulla Mohd Al Tamimi meraih gelaran sulung Terbuka Malaysia selepas menumpaskan pemain Hong Kong, Tsz Fung Yip 5-11, 12-10, 11-1, 7-11, 11-5 dalam masa 52 minit.

“Ia memang sukar untuk beraksi dalam peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir, jadi saya telah membuatb segala persiapan dalam minda saya.

“Set pertama saya agak gementar tetapi nasib baik dalam set kedua, saya dapat mencari rentak perlawanan dan tahap yang saya harus beraksi dan yang lain kemudian berjalan dengan baik,” katanya.

Sebagai juara, Wee Wern dan Abdulla membawa pulang hadiah, masing-masing USD2,346.50 (kira-kira RM9,534.66) dan USD5,866.25 (kira-kira RM23,831.64).

— BERNAMA

Please follow and like us:
error0
post

Wee Wern juara kejohana Skuasy Universiti Dunia

Pemain skuasy wanita negara, Low Wee Wern berjaya memungut pingat emas dalam kejohanan Skuasy Universiti Dunia (WUSC) 2016 yang berlangsung di Pusat Skuasy Negara, Bukit Jalil, semalam.

Wee Wern yang juga pilihan utama kejohanan menumbangkan pemain dari Hong Kong, Tsz Wing Tong dengan keputusan 11-3, 8-11,11-3, 11-8. Ini merupakan kemenangan yang dinantikan oleh Low Wee Wern selepas kali terakhir menjuarai Kejohanan Terbuka China 2014.

Sementara itu, wakil bagi perseorangan lelaki Ivan Yuen tumpas kepada pilihan pertama kejohanan Tsz Fung Yip dari Hong Kong dengan keputusan 3-11, 9-11, 4-11.

Ligakampung.com mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pemain yang berjaya dalam misi masing-masing. Low Wee Wern pasti akan lebih bersemangat dengan kemenangan ini apatah lagi sebelum ini beliau diganggu masalah kecederaan yang serius sehingga terpaksa berehat panjang.

Please follow and like us:
error0