post

Keputusan Perlawanan Liga Super 24 Ogos 2016

Perlawanan Liga Super telah menghampiri ke penghujungnya. Perlawanan pada hari Selasa lalu mampu menampakkan pasukan yang akan menjuarai Liga Super 2016. Pertembungan antara pasukan tuan rumah, Felda United yang menduduki tangga kedua dan pasukan tangga teratas, JDT amat dinantikan.

Perlawanan sengit antara kedua-dua pasukan itu menyaksikan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menang tipis ke atas pasukan tuan rumah dengan keputusan 3-2. Perlawanan yang berlangsung dengan aksi pantas menyaksikan pasukan JDT mendahului melalui jaringan pemain veteran Mohd Amri Yahyah pada minit ke 29. Pemain penyerang import JDT Juan Martin Lucero menyempurnakan penalti pada minit ke 36.

Ketika perlawanan seakan berpihak kepada JDT, pasukan Felda melakukan ‘comeback’ melalui jaringan Mohd Syahid Zaidon pada minit ke 37 sebelum bekas pemain JDT, Mohd Hadin Azman melakukan jaringan cantik dari luar kotak pada minit ke 44 menewaskan penjaga gol JDT Izham Tarmizi. Ketika kedua-dua aksi pasukan semakin rancak, Felda terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan, Nor Fadzly Alias dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke 58.Selang seminit, Aidil Zafuan yang mendapat ruang kosong di dalam kotak penalti menyempurnakan hantaran dari Pereyra Diaz untuk memberikan kelebihan pada pasukan JDT. Keputusan kekal sehingga wisel penamat walaupun kedua-dua pasukan cuba mendapatkan jaringan tambahan.

Dalam aksi di Stadum Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pula, Baddrol Bakhtiar bertindak sebagai pemisah antara Kedah dan Kelantan. Jaringan pada minit akhir memberikan kelebihan kepada pasukan Kedah selepas kedua-dua pasukan terikat selepas Kedah menjaringkan gol pendahulu pada minit ke 20 melalui Abdul Halim Shaari sebelum Wan Zack Haikal menyamakan kedudukan pada minit ke 70.

Dalam aksi di Stadium Negeri Kuching, Sarawak pula pasukan tuan rumah sekadar seri 1-1 menentang Selangor. Pemain import Sarawak, Junior Aparecido menjaringkan gol awal Sarawak pada minit ke 40 sebelum pemain muda Selangor, Adam Nor Azlin mengikat keputusan pada minit ke 76.

Pasukan Selangor beraksi dengan 10 pemain selepas pertelingkahan antara pemain pertahanan Ugo Ukah dan rakan sepasukan Bunyamin Umar pada penghujung perlawanan.

Dalam aksi di Stadium Perak, Ipoh pula menyaksikan Perak menang selesa ke atas pasukan Pulau Pinang. Gol pasukan Perak dijaringkan oleh D. Kenny Pallraj pada minit ke 27, Mohamad Fazrul Hazli minit ke 38, Muhammad Ridzuan Azly minit ke 69 dan Fernandes de Oliveira pada minit ke 81. Gol tunggal Pulau Pinang dijaringkan oleh Ranti Martins pada minit ke 56.

Pasukan T-Team pula menang tipis ke atas PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka dengan keputusan 2-1. Gol T-Team dijaringkan oleh Mohd Nor Hakim Hasan pada minit ke 14 dan Dilshod Sharofetdinov pada minit ke 41 sebelum PDRM merapatkan kedudukan pada minit ke 82 melalui Muhd Fakhrul Aiman Sidid.

Perlawanan antara 2 pasukan Pantai Timur, Terengganu dan Pahang berkesudahan 1-1 dalam aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Gol Terengganu dijaringkan oleh Issey Nakajima pada minit ke 88 selepas pasukan Pahang mendahului pada minit ke 81 melalui Pablo Vranjican.

 

 

Please follow and like us:
error0
post

Zainal Abidin Hassan dipecat

[et_pb_section admin_label=”section”][et_pb_row admin_label=”row”][et_pb_column type=”1_4″][et_pb_divider admin_label=”Divider” color=”#ff0505″ show_divider=”off” divider_style=”solid” divider_position=”top” hide_on_mobile=”on” /][/et_pb_column][et_pb_column type=”3_4″][et_pb_text admin_label=”Text” background_layout=”light” text_orientation=”left” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]

Ketua jurulatih Selangor , Zainal Abidin Hassan mendapat perkhabaran buruk apabila diberitakan dipecat dari sebentar tadi. Pemecatan lagenda Selangor ini berikutan prestasi buruk pasukan bola sepak Selangor dalam kempen Liga Malaysia apabila tumpas dalam empat aksi terakhir.

Ketua Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan Credit :NSTP/OSMAN ADNAN

Ketua Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan Credit :NSTP/OSMAN ADNAN

Keputusan ini telah disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) melalui pengurus pasukan, Amirudin Shari selepas mendapat arahan dari Presiden FAS, Datuk Seri Mohamad Azmin bin Ali.

Tugas sebagai ketua jurulatih akan dipangku oleh penolong ketua jurulatih, K.Gunalan sehingga pengemudi baru akan dikenalpasti dalam masa terdekat. Pengurusan FAS juga dijangkakan akan dirombak dimana satu kenyataan media akan diumumkan.

Selangor yang tewas kepada Kedah dengan keputusan 0-1 di Stadium Darul Aman pada hari semalam, merupakan kekalahan keempat berturut-turut dalam Liga Super selepas tumpas kepada T-Team, Felda manakala mereka juga tumpas kepada Pahang dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Sumber : Stadium Astro

Keputusan yang agak malang bagi jurulatih yang sebelum ini mengecapi kejayaan dengan pasukan Pahang sebelum ini. Ligakampung.com berpendapat pasukan Selangor agak tempang selepas kembali beraksi pada pusingan kedua ini. Kehilangan pemain seperti Andik dan Hazwan akibat kecederaan memberikan kesan yang mendalam pada pasukan kendalian Zainal. Apatah lagi, kehilangan Azrif Nasrulhaq ke JDT yang tiada pengganti. Malahan pemain yang dibawa oleh Zainal ke Selangor iaitu Hafiz Kamal, Gopinatahan dan Khairul Azhan tidak dapat membantu meningkatkan prestasi pasukan Selangor.

 

Walaupun terpaksa menerima hakikat bahawa khidmat beliau akan ditamatkan, ia tidak bermakna Zainal seorang jurulatih yang teruk sebaliknya nasib tidak menyebelahi. Mungkin beliau boleh berehat seketika dan boleh mencari pasukan baru pada aksi musim 2017. Ataupun beliau boleh kembali mengendalikan pasukan Pahang yang berkemungkinan akan turun ke Liga Perdana pada musim hadapan.

Semoga berjaya Zainal.

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan Liga Perdana 25 Julai dan Liga Super 26 Julai 2016

Perlawanan bola sepak Liga Super dan Liga Perdana memasuki perlawanan yang ke 15 bagi setiap pasukan.  Pastinya di saat ini setiap pasukan mula merencana untuk mengejar kedudukan terbaik dalam mencapai impian menjulang kejuaraan Liga.

Dalam Liga Perdana, pasukan Melaka United terus gah menjarakkan kedudukan apabila menundukkan pasukan Kuantan FA di gelanggang lawan manakala pencabar terdekat JDT II dan Kuala Lumpur tumpas pada lawan masing-masing.

melaka-united

Bagi perlawanan Liga Super pula, 5 perlawanan berlangsung pada 26 Julai 2016 manakala 1 perlawanan antara Terengganu menentang PDRM akan berlangsung pada 27 Julai 2016.

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA PERDANA 25 JULAI 2016

DRB Hicom vs Kuala Lumpur 1-0

ATM vs UiTM 3-1

Kuantan vs Melaka United 3-4

Perlis vs JDT II 1-0

Sime Darby vs Sabah 1-2

PKNS vs Negeri Sembilan 0-0

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 26 JULAI 2016

Pulau Pinang vs Kedah 3-2

  • Liridon Krasniqi (KED) minit 14
  • Jeong Sok Min (PP) minit 24
  • Jeong Sok Min (PP) minit 36
  • Mathias Jesus Cordoba(PP) minit 45
  • Thiago Augusto Fernandez (KED) minit 76

 

JDT vs Kelantan 1-0

  • Jorge Pereyra Diaz

Selangor vs Felda 1-2

  • Francis Forkey Doe(FELDA) minit 2
  • Patrick Ronaldinho Wleh (SEL) minit 58
  • Francis Forkey Doe(FELDA) minit 67

T-Team vs Sarawak 1-2

  • Patrick Dos Santos (T-Team) minit 15
  • Makeche Ndumba(SAR)  minit 42
  • Gilmar Jose Da Silva Filho(SAR) minit 73

 

Pahang vs Perak 1-2

  • Xhevahir Sukaj(PRK) minit 28
  • Jailton de Campos(PAH) minit 31
  • Xhevahir Sukaj(PRK) minit 73

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 27 JULAI 2016

Terengganu vs PDRM

 

** Bermula perlawanan malam ini, Ligakampung.com akan menyenaraikan gol yang dijaringkan oleh pemain import dan pemain tempatan (untuk perlawanan Liga Super sahaja). 

Gol dijaringkan : 15 gol

Pemain Import : 15 gol

Pemain Tempatan : 0

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan Liga Super 27 Februari 2016

Hari ini berlangsung 5 lagi perlawanan bola sepak Liga Super 2016. Pada hari semalam, (Jumaat) pasukan Kelantan yang menentang Sarawak buntu apabila kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 2-2.
Pasukan Kelantan selaku tuan rumah yang memiliki kelebihan beraksi di gelanggang keramat Stadium Sultan Muhammad IV hampir diaibkan apabila pasukan Sarawak berjaya mendapatkan gol awal. Walaupun pasukan Kelantan masih belum tumpas namun keputusan ini pastinya tidak menggembirakan penyokong mereka yang inginkan kemenangan.
Pasukan Sarawak pula pasti lega mendapatkan mata pertama dari 3 perlawanan terdahulu.

Bagi perlawanan hari ini pula pasukan Terengganu akan menentang Johor DT di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu. Pasukan Terengganu pasti ingin mendapatkan mata penuh tetapi bukan satu tugas mudah menentang juara bertahan yang baharu sahaja membelasah pasukan Ayeyawady United dalam saingan Piala AFC baru-baru ini.

Pasukan Pahang pula akan menanti kunjungan Selangor di Stadium Darul Makmur. Pasukan Pahang yang berada di tangga terbawah liga pasti ingin mencalar rekod bekas jurulatih, Zainal Abidin Hasan. Sudah pasti kemenangan akan dicari oleh pasukan Pahang manakala Selangor pasti ingin mendapatkan mata maksimum bagi merapatkan jarak dengan pendahulu Liga Super.

Pasukan Felda United yang menerajui takhta akan melayan kunjungan T-Team di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka. Pastinya Felda ingin meneruskan mata bersih yang diperolehi dari 2 perlawanan terdahulu manakala T-Team pasti ingin mencari mata berharga selepas kemelut mula melanda pengurusan pasukan.

Pasukan Perak pula akan melayan kunjungan pasukan jiran, Kedah di Stadium Ipoh Perak. Pasti pertembungan sesama jiran akan menyaksikan pertembungan menarik.

Pasukan PDRM pula akan menanti pasukan Pulau Pinang di Stadium Hang Jebat, Melaka. Pasukan PDRM akan cuba bermain untuk mendapatkan mata penuh di gelanggang sendiri namun Pulau Pinang pasti ingin melupakan kegagalan mereka meneruskan aksi di Piala FA 2016.

Keputusan Perlawnaan Liga Super 27 Februari 2016

Terengganu vs JDT 0-2

joseph-kalang-aidil

** Pasukan JDT menumbangkan tuan rumah yang semakin dihimpit masalah akibat kekalahan ini.

Pahang vs Selangor 1-3

** Pasukan Pahang tumpas di tangan Selangor.

Felda United vs T-Team 2-0

** Felda masih mengekalkan rekod bersih selepas menumbangkan T-Team.

Perak vs Kedah 0-0

**Pasukan Perak dan Kedah terikat tanpa jaringan.

PDRM vs Pulau Pinang 2-2

** Pasukan PDRM hanya mendapat 1 mata seri dengan Pulau Pinang

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan Liga Super 13 Februari 2016, JDT Juarai Piala Sultan Ahmad Shah

Malam tadi telah berlangsung perlawanan pertama Liga Super 2016. Juara bertahan, JDT menentang Selangor di Stadium Larkin dalam aksi Piala Sumbangsih. Pasukan JDT terikat 1-1 pada masa penuh dengan pasukan Selangor namun berjaya menumpaskan pasukan lawan melalui penentuan sepakan penalti.
Walaupun berjaya menjulang Piala Sultan Ahmad Shah, kegagalan mendapatkan mata penuh dalam perlawanan pertama mungkin mengecewakan para penyokong. Ini kerana perlawanan Sumbangsih ini juga mengira mata bagi pasukan bertanding untuk dibawa ke dalam Liga Super. Perlawanan pada malam tadi menyaksikan kedua-dua pasukan masih mencari rentak.
Pemain import kedua-dua pasukan telah menunjukkan potensi yang baik namun masih belum cukup untuk menyesuaikan diri dalam kancah Liga Super. Mungkin perlawanan akan datang kita akan melihat lebih sumbangan pemain import serta pemain tempatan bagi kedua-dua pasukan.

Bagi perlawanan pasukan lain pula, pasukan Felda mudah membenamkan Kedah. Adakah pasukan Kedah terkesan dengan kemelut kewangan selepas penaja menarik diri dari pasukan? Bagi Felda pula, dengan penggunaan Stadium baru di Jengka pasti memberikan inspirasi yang baru buat pasukan kelab ini.

Pasukan Pahang pula terikat dengan pasukan jiran, T-Team dengan keputusan 2-2. Nampaknya kedua-dua pasukan mempunyai penjaring yang baik di peringkat awal ini. Pasukan Pahang mungkin tidak merindui dengan jurulatih, Zainal Abidin Hassan yang telah berpindah melatih Selangor.

PDRM pula menang tipis ke atas Sarawak namun ianya adalah 3 mata berharga untuk pasukan ‘The Cops’ ini.

Perak pula terikat dengan pasukan sensasi tahun ini, Pamoga Qu Puteh Kelantan di gelanggang sendiri. Pasti ramai tak sabar menyaksikan aksi Kelantan di gelanggang pink pada minggu hadapan.

Pasukan Terengganu pula berjaya mendapatkan 3 mata berharga di gelanggang sendiri menentang pendatang baru Liga Super, Pulau Pinang.

Keputusan Penuh Perlawanan Liga Super 13 Februari 2016

JDT vs Selangor 1-1

Felda vs Kedah 2-0

Pahang vs T-Team 2-2

PDRM vs Sarawak 1-0

Perak vs Kelantan 0-0

Terengganu vs Pulau Pinang 1-0

Please follow and like us:
error0
post

Pahang hilang kelayakan ke Piala AFC 2016, Lions XII tidak beraksi Liga Super 2016

Kalau diikutkan, Pahang merupakan calon untuk mengisi slot ke Kejohanan Piala AFC 2016 atas kapasiti naib juara Liga Super.
Namun kedudukan Pahang telah berubah. Ini kerana Persatuan Bolasepak Dunia (FIFA) telah mendenda pasukan Tok Gajah sebanyak 6 mata dari Liga Super berikutan kegagalan membayar gaji pemain import dari Morocco , Mohamed Borji pada tahun 2013.

FIFA telah mengarahkan FAM untuk melaksanakan pemotongan 6 markah sekaligus pasukan Selangor mengambil tempat kedua dalam Liga Super sekaligus akan menjadi wakil kedua selepas JDT untuk ke Piala AFC 2016. Berita yang sedikit mengejutkan bagi penyokong pasukan Pahang. Kes ini mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada pasukan bertanding agar memberikan perhatian serius terhadap kebajikan para pemain. Ia bukan sahaja mencalar reputasi malahan ia juga memberikan kesan besar pada pasukan itu sendiri. Bayangkan peluang untuk beraksi di Piala AFC 2016 terlepas akibat kelalaian para pegawai sedangkan para pemain telah memberikan aksi terbaik untuk mencapai sasaran beraksi di kejohanan kelab Asia itu.

Pahang-FA
Selain itu dalam mesyuarat EXCO FAM yang berlangsung semalam memutuskan bahawa perjanjian persefahaman (MoU) antara FAM dan FA Singapura tidak diperbaharui.

lions-xii

Keputusan ini bermakna pasukan Lions XII tidak akan beraksi di Liga Super 2016. Lions XII selaku wakil Singapura telah beraksi di Liga Super semenjak 2012. Ini memberikan slot kosong bagi satu pasukan untuk beraksi di Liga Super dimana pasukan T-Team dan ATM akan bertarung bagi mengisi slot itu. Ini juga satu keputusan yang cukup besar dilakukan oleh FAM. Mungkin saingan aksi Lions XII akakan dirindui oleh para peminat bolasepak tempatan. Namun mungkin ada sebab yang munasabah untuk memorandum ini tidak diperbaharui sekaligus cuba untuk memberi peluang yang lebih kepada pasukan tempatan untuk mengondol kejuaraan. Ini kerana dalam tempoh 4 tahun, Lions XII berjaya mengondol 1 kejuaraan Liga Super dan 1 Piala FA. Satu kejayaan yang cukup cemerlang dengan menggunakan 100% barisan pemain tempatannya sahaja.

Selain itu, EXCO FAM memutuskan bahawa Kuala Lumpur FA akan beraksi di Liga Perdana pada musim 2016.

– NST

 

Please follow and like us:
error0