post

Ranking Pemain Badminton Malaysia jatuh

Nampaknya cabaran pemain badminton Malaysia untuk melayakkan diri ke sukan Olimpik tampak sukar dimana tiada pemain kecuali pasangan beregu campuran negara (Chan Peng Soon /Goh Liu Ying) sahaja yang berada dalam ranking 10 terbaik dunia.
Peng Soon/ Liu Ying menduduki tangga kelima namun masih belum selamat bagi pasangan bebas ini manakala 2 lagi pasangan campuran negara iaitu Goh Soon Huat/Shevon Lai Jemie menduduki tangga ke 13 manakala Tan Kian Meng/ Lai Pei Jing di tempat ke 18.
Berdasarkan kedudukan semasa, peluang untuk pasangan beregu campuran mempunyai wakil di Tokyo agak cerah berbanding kategori lain.

Dalam acara beregu, Aaron Chia/ Soh Wooi Yik pula mempunyai potensi selepas berjaya melangkah ke akhir Kejohanan All-England dan kini menduduki tangga ke 11.

Dalam acara perseorangan pula pemain terbaik negara iaitu Lee Zii Jia yang berada di kedudukan ke 20 diikuti Liew Daren dan Chong Wei Feng. Lagenda badminton negara, Lee Chong Wei pula menduduki tangga ke 190 dan agak mustahil untuk melayakkan diri ke Olimpik berdasarkan ranking terkini.
Ia berbeza dengan skuad jiran, Indonesia yang mempunyai pemain seperti Anthony Ginting dan Jonathan Christie yang berada di ranking ke 7 dan 8. Ini menunjukkan betapa jauhnya pemain muda negara yang masih belum mampu bersaing dengan pemain handalan dunia.

Lee Zii Jia

Mengikut syarat kelayakan Olimpik, kedudukan ranking adalah penting untuk melayakkan diri ke temasya paling berprestij itu.
Setiap negara hanya dibenarkan mempunyai maksimum dua wakil sekiranya mempunyai pemain yang berada dalam 8 terbaik.
Sekiranya Malaysia ingin mencapai pingat dalam Olimpik ini, pastinya mereka perlu bersiap sedia dari sekarang. Berdasarkan keadaan sekarang , agak sukar untuk meneruskan legasi mendapat pingat seperti sebelumnya.
Tetapi apa pun boleh berlaku sekiranya berlaku perubahan yang baik dalam kalangan pemain itu sendiri.

Sumber :-The Star

Please follow and like us:
error0
post

Lee Zii Jia juarai Terbuka Taiwan : Adakah bakal pengganti Chong Wei ?

Hari ni Jamal berkesempatan untuk menulis jadi lepas je menonton Terbuka Taiwan di tv, Jamal tidur sekejap bagi mencari idea. Sementara nak menunggu game Manchester City lawan Liverpool malam nanti Jamal terus di hadapan laptop untuk menulis pasal kemenangan pemain badminton perseorangan lelaki negara.
Jamal melihat aksi Lee Zii Jia ketika menentang Chou Tien pada hari semalam. Potensi bagi Zii Jia memang besar untuk pergi lebih jauh. Dengan kemenangan menentang pemain Jepun, Riichi Takeshiti dengan keputusan 21-17,16-21, 21-11 pada perlawanan akhir tumpuan pasti mula terarah kepada pemuda berusia 20 tahun berasal dari Alor Setar, Kedah ini.


Ada yang mengatakan kita sudah menemui pengganti Datuk Lee Chong Wei. Tapi adakah ianya boleh menjadi kenyataan atau sekadar satu lagi harapan? Jamal memang kagum dengan corak pemainan Zii Jia ni. Tapi Jamal tak mau kita semua menaruh harapan yang terlalu tinggi pada beliau.
Jamal rasakan beliau perlu diberikan beberapa peluang untuk membuktikan kemampuan diri bagi mencapai top 10 pemain dunia. Selepas itu barulah kita boleh melabel beliau sebagai pemain yang boleh dinobatkan sebagai pemain no 1 Malaysia.


Perjalanan beliau masih jauh dan banyak liku yang perlu ditempohi oleh beliau. Displin adalah perkara paling penting untuk beliau maju ke hadapan. Bukan sahaja beliau , pemain lain seperti Leong Jun Hao juga perlu melangkah lebih jauh dan menjadikan ianya sebagai cabaran. Bagi pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pula, sekarang adalah masa untuk mereka mengenalpasti potensi Zii Jia.
Tinggalkan pemain yang dah tepu dan tidak memberikan sebarang kejayaan lagi. Mulakan dengan membantu Zii Jia dan berikan tumpuan bagi meningkatkan kualiti dari segi fizikal dan mentalnya.

Kejayaan beliau membawa pulang wang kemenangan USD 37,500 serta mencatat sejarah memenangi terbuka ini selepas 14 tahun pemain Malaysia buntu untuk memenangi Terbuka Taiwan ini boleh menjadi pendorong untuknya mara lebih lagi.
Untuk makluman, pemain Malaysia yang pernah memenangi kejohanan Terbuka Taiwan ini adalah Datuk Lee Chong Wei pada tahun 2004, Wong Choong Hann (2003) dan Datuk Misbun Sidek (1987). Ia boleh menjadi catatan sejarah buat Zii Jia.
Jangan lupa diri dan sentiasa berusaha untuk maju ke hadapan bagi menaikkan nama negara yang kini ketandusan pemain perseorangan lelaki selepas ketiadaan Datuk Lee Chong Wei.
Mungkin selepas ini Lee Chong Wei sudah mula boleh berasa lega dengan perkembangan ini.

??zii jia .

Bagi acara lain pula, diharap Soniia Cheah perlu mencari idea untuk meningkatkan kemampuan diri. Sungguhpun beliau berjaya melayakkan diri di separuh akhir dan tumpas kepada juara kejohanan yang juga pemain no 1 dunia, Tai Tzu Ying tapi beliau tidak boleh berpuas hati dengan keputusan ini.
Walaupun dari segi fizikal, nampak beliau mempunyai kelebihan namun dari segi fitness dan mental masih banyak yang perlu diperbaiki bagi bersaing dengan top 10 pemain perseorangan wanita. Beliau perlu mempunyai sasaran untuk layak ke Sukan Olimpik 2020 secara merit dan ia bukanlah sesuatu yang mustahil jika usaha lebih dilakukan oleh beliau dan barisan kejurulatihan.
Jamal harap sukan badminton Malaysia akan bertambah baik selepas ini.

Keputusan Terbuka Taiwan 2018

Beregu Campuran
Alfian Eko PRASETYA [8] Indonesia Marsheilla Gischa ISLAMI Indonesia – Chinese Taipei YANG Po-Hsuan Chinese Taipei WU Ti Jung
21-15 21-11

Beregu Wanita
Nami MATSUYAMA [4] Japan Chiharu SHIDA Japan – Japan Ayane KURIHARA Japan Naru SHINOYA
21-10 21-17

Perseorangan Lelaki
LEE Zii Jia Malaysia – Japan Riichi TAKESHITA
21-17 16-21 21-11

Beregu Lelaki
CHEN Hung Ling [1] Chinese Taipei WANG Chi-Lin Chinese Taipei – Chinese Taipei LIAO Min Chun [3] Chinese Taipei SU Ching Heng
22-20 21-9

Perseorangan wanita
TAI Tzu Ying [1] Chinese Taipei – Denmark Line HĂžjmark KJAERSFELDT [3]
17-21 21-10 21-13

Please follow and like us:
error0
post

Zii Jia ke akhir, Soniia Cheah kandas di separuh akhir Terbuka Taiwan

Pemain perseorangan lelaki Malaysia, Lee Ziia Jia melakar kejutan pada peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan sebentar tadi.
Pemain bukan pilihan ini mempamerkan aksi terbaik untuk menumbangkan pilihan utama yang juga atlet tuan rumah dalam perlawanan yang cukup mendebarkan.
Zii Jia yang menentang pemain yang berada di ranking no 4 dunia , Chou Tien-chen itu menghasilkan aksi 80 minit sekaligus membalas dendam kekalahan pada lawan sama di peringkat sama pada kejohanan tahun lalu.
Keputusan 17-21, 21-14, 24-22 menampakkan sengitnya pertarungan antara mereka berdua dalam peringkat separuh akhir ini.

Kemenangan ini juga menamatkan aksi akhir yang dilakar oleh Tien Chen yang baharu sahaja memenangi Terbuka Korea pada minggu lepas.
Zii Jia yang mungkin akan mengalas tanggungjawab selaku pemain utama selepas ini akan bertemu pemain Jepun , Riichi Takeshita yang telah menumpaskan pemain Denmark Jan O Jorgensen pada perlawanan berasingan.
Ia juga merupakan peluang untuk Zii Jia mencatat sejarah bagi dirinya sekiranya berjaya memenangi kejohanan ini sebagai kejuaraan sulung buatnya.

Bagi aksi perseorangan wanita pula, Soniia Cheah terpaksa akur dengan kehebatan pemain no 1 dunia Tai Tzu Ying selepas tumpas dengan keputusan 16-21, 19-21.
Keputusan ini menyaksikan Soniia masih belum mampu untuk menumbangkan pemain dari Taiwan itu dalam pertemuan mereka.

Bagi pasangan beregu campuran pula Tang Jie-Yen Wei terpaksa akur di peringkat separuh akhir selepas tumpas kepada pasangan tuan rumah, Yang Po-hsuan-Wu Ti-jung. dengan keputusan 21-12, 18-21, 12-21.

Please follow and like us:
error0
post

Zii Jia berjaya menjuarai kejohanan senior pertama

Pemain muda badminton negara Lee Zii Jia mungkin akan menjadi pelapis bagi Datuk Lee Chong Wei. Pada kejohanan Siri Poland, beliau berjaya memenangi kejohanan senior pertama.
Zii Jia yang berusia 19 tahun itu berjaya menumpaskan rakan senegara, Soong Joo Ven dengan keputusan 21-17, 21-16 dalam tempoh 33 minit.

Zii Jia yang dalam temuramah bermotivasi untuk memenangi lain-lain kejohanan selepas ini.
Pada perlawanan Separuh akhir, beliau berjaya menumpaskan pemain Denmark, David Kim Kristensen dengan keputusan 21-16, 21-11 manaka Joo Ven menumpaskan pemain Ukrain, Artem Pochtarov 21-16,21-16.

Pemain perseorangn kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang mempamerkan aksi mengecewakan di Sukan SEA KL 2017 menghadapi kekalahan seawal pusingan pertama selepas tumpas kepada pemain tuan rumah Michal Rogalski dengan keputusan 8-21, 19-21.
Malaysia hanya mengambil bahagian dalam perseorangan lelaki dalam kejohanan ini.

Tahniah kepada Zii Jia. Walaupun taraf kejohanan ini tidaklah besar namun ia boleh menjadi pemangkin untuk beliau berjaya dan mungkin dalam tempoh 2-3 tahun lagi mampu bersaing dengan Viktor Axelsen, Soo Wan Hoo, Anthony Sinisuka Ginting dan ramai lagi pemain muda yang mengambil alih era Lee Chong Wei, Lin Dan dan Chen Long.

Please follow and like us:
error0