post

Lee Hup Wei tangga kelapan Kejohanan Dunia 2019

Bukan mudah untuk atlet olahraga layak ke peringkat akhir Kejohanan Dunia dalam apa acara sekalipun. Dalam Kejohanan IAAF Kejohanan Dunia di Doha, Qatar yang berlangsung minggu ini, atlet lompat tinggi negara Lee Hup Wei berjaya mencipta sejarah sendiri.
Menjadi atlet olahraga pertama Malaysia layak ke peringkat akhir di Kejohanan Dunia dalam acara lompat tinggi. Dalam perlawanan akhir yang berlangsung sebentar tadi Hup Wei mencatat lompatan setinggi 2.27 meter untuk menduduki tangga ke 8 dari 12 peserta yang beraksi pada perlawanan akhir.
Ini merupakan pencapaian terbaik yang dilakar oleh atlet Malaysia di Kejohanan Olahraga Dunia. Catatan itu juga lebih baik dari pemenang pingat emas Sukan Asia 2018, Wang Yu yang sekadar mencatat 2.24 meter.

Ia satu petanda positif untuk sukan olahraga negara dimana lompatan ini memberikan sinar bahawa pingat emas dalam SUkan SEA mungkin masih sukar digugat. Diharap ia memberi juga inspirasi kepada rakan sepelatih , Nauraj yang kurang menonjol selepas berjaya memecahkan rekod dalam dewan pada bulan Februari lalu.
Kita juga ingin melihat atlet-atlet olahraga lain memberikan tentangan dalam Kejohanan berprestij ini bagi membuktikan perbelanjaan dalam sektor sukan berbaloi.

Please follow and like us:
error0
post

Catatan Baru Hup Wei memberikan harapan ke Gold Coast

Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei mencatat kemenangan manis pada awal tahun 2018 apabila berjaya mencatat 2.28 meter dalam Kejohanan Balapan dan Padang Canberra baru-baru ini. Atlet berusia 30 tahun itu yang mencatat masa terbaiknya mempunyai peluang untuk disenaraikan bersama 12 atlet olahraga lain ke Sukan Komanwel.
Malaysia telah menyenaraikan pemenang pingat emas Sukan SEA 2017, Nauraj Singh yang mempunyai ranking yang baik namun dalam kejohanan di Canberra itu membuktikan bahawa Hup Wei juga layak berada di Gold Coast nanti.

Hup Wei bakal mengharungi satu lagi kejohanan di Sydney pada hujung minggu ini dan diharap beliau mampu menarik perhatian MOM dengan prestasi yang mampu dilakarnya.
Ketua jurulatih olahraga, Zainal Abas berharap agar prestasi Hup Wei ini memungkinkan skuad negara berupaya mendapat pingat dalam acara lompat tinggi di Sukan Komanwel nanti.

Mungkinkah gandingan jaguh lompat tinggi ini akan beraksi sama di Sukan Komanwel nanti?

Please follow and like us:
error0
post

Malaysia Raih Dua Pingat Pada Terbuka Australia

Dua atlet lompat tinggi Malaysia berjaya meraih dua pingat teratas dalam acara lompat tinggi lelaki pada Kejohanan Olahraga Terbuka Australia 2017 di Pusat Olahraga Sydney Olympic Park pada Sabtu lalu.

Lee Hup Wei berjaya meraih pingat emas selepas melalukan lompatan pada ketinggian 2.24 meter untuk menumpaskan rakan senegara Nauraj yang hanya mampu melepasi ketinggian 2.21 meter sementara atlet tuan rumah, Joel Baden merangkul pingat gangsa dengan lompatan 2.18 meter.

Keputusan dicatat oleh kedua-dua atlet negara masih rendah berbanding rekod kebangsaan yang dicatat oleh Nauraj iaitu 2.29 meter yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura 2016.

Keputusan ini memberikan petanda positif kepada skuad olahraga negara terutama dalam acara lompat tinggi yang hampir pasti menjanjikan pingat emas untuk negara dalam acara Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur pada 19-31 Ogos depan. Diharap mereka cuba memperbaiki dan tidak terlalu yakin pada aksi Sukan SEA. Semoga mereka juga mampu memecahkan tembok 2.30 meter nanti.Siapa yang akan memecahkan rekod tersebut? Adakah Lee Hup Wei atau Nauraj? Kita tunggu dan lihat.

Please follow and like us:
error0