post

Lee Chong Wei tumbang di Terbuka Korea 2014

Nampaknya kemampuan Datuk Lee Chong Wei untuk menguasai persada badminton semakin luntur. Dalam usia 31 tahun beberapa pemain muda luar negara semakin menghampiri untuk mengambil tempat Lee Chong Wei. Pada perlawanan perseorangan akhir badminton Terbuka Korea 2014, Datuk Lee Chong Wei bertemu dengan pemain no 2 dunia, Chen Long dimana keputusan tidak memihak pemain negara ini apabila tumpas ‘straight set’ 21-14, 21-15 dalam tempoh 56 minit.
Lee Chong Wei Super Series Finals
Impian beliau untuk meneruskan kejuaraan keempat tidak menjadi kenyataan. Walaubagaimanapun dalam umur tersebut, kemampuan beliau pergi ke akhir merupakan sesuatu yang dibanggakan. Cuma sepatutnya pada ketika ini telah ada pelapis lain yang boleh mengalas tugas sebagai seorang lagi pemain badminton bertaraf 10 terbaik dunia. Dalam temuramah pada perlawanan sebelum ini, Chong Wei sendiri menunjukkan petanda bahawa beliau kecewa dengan prestasi pemain pelapis.

Beliau juga menyatakan bahawa dengan banyak kejohanan badminton berkumpulan seperti Piala Thomas, Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada tahun ini, sepatutnya pemain pelapis perlu maju ke hadapan. Ini kerana beliau tidak mampu berterusan untuk menjadi satu-satunya harapan negara dalam sukan badminton.

Sumber :- New Straits Times
The Star

Sememangnya perkara ini sudah lama diperkatakan. Sepatutnya pihak berkaitan terutama BAM perlu mencari jalan terbaik untuk memastikan pemain pelapis maju ke hadapan terutama pemain yang berumur dalam lingkungan 23-25 tahun kerana pada tahap itulah prestasi mereka dapat dinilai. Sekiranya masih statik selepas umur 25 tahun rasanya elok dikeluarkan sahaja. Biar kelab professional mengambil alih tugas itu manakala BAM pula perlu mengambil tugas bagi pemain yang berpotensi. Tak gitu?
Ini sekadar pandangan peribadi sahaja. Mungkin pihak yang bertugas lebih mengetahui cara terbaik untuk memastikan sukan badminton kembali gah di arena antarabangsa terutama apabila sampai saatnya Datuk Lee Chong Wei menggantung raket nanti.

Sekian

Please follow and like us:
error0
post

Kejohanan Badminton Dunia 2013 : Hanya Datuk Lee Chong Wei ke separuh akhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Kejohanan badminton dunia 2013 pada tahun ini berlangsung di Gimnasium Tianhe, Guangzhou, China. Hari ini masuk pusingan suku akhir dan hanya 2 wakil dari negara yang berjaya layak iaitu pemain perseorangan no 1 negara iaitu Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat/ Tan Boon Heong.
Lee Chong Wei yang turun selaku pilihan utama bertemu pemain perseorangan Indonesia iaitu Tommy Sugiarto yang juga pilihan ke 8 manakala beregu utama negara yang juga pilihan kedua bertemu pemain pilihan kelima dari Korea Selatan iaitu Kim Ki Jung/Kim Sa Rang. Perlawanan kedua-dua wakil dari negara ini telahpun tamat dan keputusannya adalah seperti berikut :-

Keputusan suku akhir badminton dunia 2013

badminton-world-championship-2013-guangzhou3
Continue reading

Please follow and like us:
error0
post

Datuk Lee Chong Wei menjuarai kejohanan Djarum Indonesia 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Pemain perseorangan no 1 dunia, meneruskan rentak kecemerlangan pada tahun ini apabila menjuarai kejohanan Terbuka Indonesia 2013. Pemain badminton perseorangan negara ini berjaya memenangi kejohanan terbuka Indonesia untuk kali ke 5 apabila menumbangkan pemain dari Jerman, Marc Zwiebler dengan keputusan 21-15, 21-14.
djarum-indonesia-open-2013-
Satu keputusan yang dijangkakan oleh pemain bertaraf dunia dari Malaysia ini. Tiada pemain badminton negara kita yang mara ke peringkat akhir bagi kejohanan Terbuka Indonesia ini. Sesuatu perlu dilakukan kerana nampaknya terdapat 2 wakil dari negara Jerman yang ke akhir bagi kejohanan itu iaitu bagi perseorangan lelaki dan wanita.
Ini menunjukkan pasukan dari Eropah yang tak pernah dikenali dalam sukan badminton mula mengorak langkah dalam sukan ini.

Tahniah sekali lagi kepada Datuk Lee Chong Wei.

Sekian

Please follow and like us:
error0

Datuk Lee Chong Wei kalah kejohanan Dunia Super Series

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
LCW211012 L
host images

Du Pengyu 1
pic upload

Impian Datuk Lee Chong Wei untuk mempertahankan kejuaraan Dunia ‘Super Series’ terkubur apabila beliau tumpas kepada pemain no 7 dunia dari China, Du Pengyu. Walaupun beliau sebenarnya berpeluang untuk ke peringkat seterusnya namun beliau mengambil keputusan untuk menarik diri. Ini berikutan prestasi beliau yang tidak baik sehingga mengakibatkan kekalahan kepada pemain China, Du Pengyu dengan keputusan 21-12, 16-21, 20-22 dalam masa 65 minit. Kemenangan ini merupakan kemenangan pertama bagi pemain China itu dalam 6 pertemuan sebelum ini. Selain dari prestasi yang tidak baik, Lee Chong Wei juga mengambil keputusan menarik diri selepas mendapati paha kanan beliau masih terasa.
Sumber :- TheStar
Saya sebenarnya tidak kecewa sangat atas penarikan Datuk Lee Chong Wei dalam kejohanan ini. Ini kerana beliau telah memenangi kejohanan ini beberapa kali sebelum ini. Cuma yang menjadi tanda tanya adalah dimana pengganti beliau. Jika China telah mempersiapkan diri dengan Chen Long, kini Du Pengyu pula mampu menumbangkan Lee Chong Wei sedangkan barisan muda negara masih terkial-kial untuk mengalahkan pemain utama negara itu.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan badminton Terbuka Denmark 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Satu lagi kejuaraan menjadi milik Datuk Lee Chong Wei pada tahun ini. Pemain no 1 dunia ini telah berjaya menumpaskan pemain China Du Pengyu dalam tiga set 15-21, 21-12, 21-19 untuk menjuarai kejohanan badminton perseorangan Terbuka Denmark 2012.
Persembahan Datuk Lee Chong Wei agak perlahan pada set pertama sebelum beliau mula bangkit pada set kedua. Pada set ketiga persembahan Lee Chong Wei agak goyah di akhir permainan namun mampu juga untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan.
Tahniah kepada beliau yang sekali lagi mengharumkan nama negara dalam arena badminton. Cuma tertanya-tanya dimana pemain badminton Malaysia yang lain? Kalau tengok Du Pengyu ni pemain muda yang akan menggantikan jaguh mereka, Lin Dan tapi negara masih terpaksa bergantung pada Lee Chong Wei yang dah masuk 30-an ni..

Sekian..

Please follow and like us:
error0

Lee Chong Wei , Pandalela dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Setiap tahun, para penggiat sukan akan menobatkan atlit negara untuk anugerah Olahragawan dan Olahragawai Kebangsaan bagi pencapaian atlit tersebut. Untuk tahun 2011, seperti dijangka pemain badminton negara yang juga pemain no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei meneruskan rentak kecemerlangan apabila mengondol anugerah tersebut buat kali ketiga sejak tahun 2005 dan 2008.
Bagi Olahragawati Kebangsaan, ratu terjun negara Pandelela Rinong berjaya mengejutkan ratu skuasy negara, Nicol David. Kedua-dua atlit ini menerima hadiah trofi dan wang tunai RM20,000 yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Para calon :
Olahragawan

1. Andrian Ang (boling)
2. Bryan Nickson Lomas (terjun)
3. Sazali Samad (bina badan)
4. Leong Tze Wai (karate)
5. Lee Chong Wei (badminton) – pemenang

Image Hosting

Olahragawati

1. Nicol David (skuasy)
2. Pandelela Rinong (terjun) – pemenang

Image Hosting
3. Nur Suryani Muhamed Taibi (menembak)
4. Fatehah Mustapha (basikal)
5. Chai Fong Ying (wusyu)
6. Jacqueline Jenelee Sijore (boling)

Sumber :- SinarHarian
Satu pencapaian diluar jangkaan bagi Olahragawati Kebangsaan. Namun pasti ada indikator tertentu yang dibuat oleh juri bagi memberi markah tertinggi kepada Pandelela Rinong. Tahniah kepada kedua atlet tersebut.

Sekian.

Please follow and like us:
error0