post

Smash Chong Wei diiktiraf paling pantas

Pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mencatat sejarah apabila smash beliau diiktiraf sebagai terpantas didunia.
Bekas pemain no 1 dunia itu berjaya mencatatkan kelajuan smash sehingga 408km/jam pada kejohanan Terbuka Hong Kong pada tahun lalu.
smash-chong-wei

Kelajuan itu menyamai kereta produksi terpantas di dunia.Data yang berikan oleh Hawk-Eye Innovation menunjukkan pemain Denmark, Jan O Jorgensen berada di kedudukan kedua dengan kelajuan smash sehingga 407 km/jam yang dilakukan pada separuh akhir Terbuka Malaysia tahun ini.
Bagi kategori wanita pula, pemain Thailand Ratchanok Intanon mencatatkan 372km/sejam yang dicatatkan juga pada kejohanan Terbuka Malaysia tahun ini.

Rekod yang dicatatkan dari September tahun lalu juga mencatatkan kelajuan pemegang 5 kali kejohanan dunia, Lin Dan mencatatkan rekod 401 km/sejam pada kejohanan Terbuka Jepun 2015.
– Reuters

Saksikan kompilasi smash dari Chong Wei

Please follow and like us:
error0
post

Lee Chong Wei juara Badminton Asia 2016

Nampaknya aura pemain perseorangan no 1 negara, Datuk Lee Chong Wei semakin tajam ketika menghampiri ke Kejohanan Olimpik 2016 ini.
Selepas menjuarai Kejohanan Terbuka Malaysia 2016, kini satu lagi kejuaraan berada dalam gengaman beliau. Lee Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan ketiga pada kejohanan Badminton Asia 2016 ini berjaya menjulang kejuaraan untuk kali kedua dalam kariernya.
lee-chong-wei-abc

Walaupun sedikit menurun pada kejohanan Terbuka India dan All England pada tahun ini nampaknya beliau masih menunjukkan kesungguhan dan tidak patah semangat. Pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Asia 2016 yang berlangsung di Wuhan, China itu, Lee Chong Wei bertemu seteru utama, Chen Long di peringkat akhir.
Selepas beraksi 3 set pada separuh akhir menentang jagoan Lin Dan, perlawanan akhir memberikan satu semangat kepada beliau. Pemain berusia 34 tahun itu menumbangkan pemain no 1 dunia yang juga pemain tempatan dari China iaitu Chen Long dengan keputusan 21-17, 15-21, 21-13.

Perlawanan yang berlangsung kira-kira 1 jam 22 minit itu menyaksikan kebangkitan ketara bekas pemain no 1 dunia itu terutama pada set terakhir untuk menang selepas kali terakhir menjuarai kejohanan ini pada tahun 2006.
Lee Chong Wei membawa pulang US$15,000 (RM58,700) manakala Chen Long US$7,600(RM29,700).

Selepas ini pemain utama negara ini akan meneruskan untuk fokus bagi mengapai pingat emas Olimpik di Rio pada Ogos. Pada bulan Mei ini, beliau bersama pemain-pemain Malaysia akan bersiap sedia untuk kejohanan Piala Thomas yang akan berlangsung di China pada 15-22 Mei ini dan akan bertarung pada Kejohanan Terbuka Indonesia dan Terbuka Australia sebelum Ke Rio.

Please follow and like us:
error0
post

Chong Wei menang kejohanan Terbuka Hong Kong 2015

Nampaknya kecemerlangan Datuk Lee Chong Wei diteruskan lagi dalam kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2015. Selepas menempuh bulan-bulan yang sukar sebelum ini, Lee Chong Wei berjaya mengondol gelaran kelima pada tahun ini sekaligus peluang layak ke Olimpik sudah hampir pasti.
Lee Chong Wei berjaya menumpaskan pemain dari China, Tian Houwei dengan keputusan straight set 21-16,21-15.

Bekas pemain no 1 dunia itu mengambil masa 49 minit untuk menewaskan pemain perseorangan lelaki dari China berusia 23 tahun bagi menjuarai kejohanan tersebut. Cukup hebat aksi pemain berusia 33 tahun ini untuk mengejar impian pada Sukan Olimpik 2016 nanti.
Nampaknya ada beberapa pencabar muda seperti Tian Houwei, Ng Ka Long yang mungkin mampu meningkat pada Sukan Olimpik nanti. Untuk rekod, Tian Houwei merupakan pemain yang berjaya menumbangkan Iskandar Zulkarnain untuk muncul juara Dunia Junior dan Asian Junior pada tahun 2009. Diharap Iskandar Zulkarnain perlu menjadikan beliau sebagai penanda aras sejauh mana tahapnya.
Pemain-pemain ini perlu diberikan perhatian oleh Lee Chong wei dan pemain lain bagi mengejar impian emas Olimpik 2016.

Keputusan Akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2015

Beregu Campuran
Zhang Nan/Zhao Yunlei vs Liu Cheng/Bao Yixin 21-17,17-21,21-17

Perseorangan Wanita
Carolina Marin vs Nozomi Okuhara 21-17, 18-21, 22-20

Perseorangan Lelaki
Lee Chong Wei vs Tian Houwei 21-16, 21-15
tian-houwei

Beregu Wanita
Tian Qing/Zhao Yun Lei vs Tang Yuanting/Yu Yang 21-15, 21-12

Beregu Lelaki
Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong vs Mathias Boe/Carsten Mogensen 21-7, 18-21, 21-18

Please follow and like us:
error0
post

Lee Chong Wei ke perlawanan akhir terbuka China selepas menumpaskan Lin Dan

Pemain no 1 Malaysia yang juga mantan pemain no 1 dunia melangkah ke akhir Kejohanan Super Siri Terbuka China 2015.
Lee Chong Wei berjaya menumbangkan seteru dari China, Lin Dan dalam perlawanan menarik di pusingan separuh akhir yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Haixia di Fuzhou, China.

Lee_Chong_Wei_vs_Lin_Dan

Perlawanan mendebarkan berlangsung selama 92 minit itu menyaksikan saingan sengit apabila kedua-dua pemain mempamerkan aksi terbaik dengan mata 17-21, 21-19, 21-19 memihak pemain negara itu.
Kemenangan itu mengurangkan rekod pertemuan Lee Chong Wei kepada 10-25. Ia pastinya menjadi kenangan manis kerana kemenangan terakhir Chong Wei ke atas Lin Dan adalah pada kejohanan Terbuka Korea 2012.

Walaubagaimanapun, Chong Wei terpaksa berhadapan satu tugas yang amat berat. Menentang seteru utama yang juga pemain no 1 dunia, Chen Long pasti satu tugas yang sukar. Dengan reputasi dan prestasi terkini yang semakin gah, Chen Long pasti sukar dijinakkan apatah lagi bermain di gelanggang sendiri.
Namun, tiada yang mustahil boleh berlaku seandainya Lee Chong Wei telah bersedia dari segi fizikal dan mental.

Bagi pemain lain, hanya beregu wanita iaitu Amelia Alicia Anscelly/ Soong Fie Cho yang berjaya ke suku akhir manakala pemain lain terkandas di peringkat sebelum itu.

Tonton aksi Lee Chong Wei menentang Lin Dan di youtube

Please follow and like us:
error0
post

Chong Wei, Zulfadli kandas awal di Terbuka Korea Selatan

Jika banyak media memfokuskan kepada Chong Wei yang ditunjukkan jalan pada kejohanan Terbuka Korea 2015, blog ligakampung.com juga ingin berkongsi pemain yang juga harapan Zulfadli Zulfikli juga tersingkir awal.
Sememangnya kegagalan Lee Chong Wei lebih dirasai kerana beliau merupakan satu-satunya harapan bagi badminton negara untuk mencapai sesuatu kejuaraan. Chong Wei yang kini berada dalam ranking ke 28 dunia dikejutkan oleh pemain muda dari Korea Selatan, Heo Kwang Hee dengan keputusan 19-21, 19-21.

heo-kwang
Kekalahan ini menyaksikan pemain juara remaja dunia 2013 itu berjaya menebus kekalahan pada siri Terbuka Jepun pada minggu lalu.

Pada kejohanan Terbuka Jepun minggu lalu, Chong Wei tewas pada pusingan kedua kepada jaguh dari China, Lin Dan. Pencapaian ini menimbulkan tanda tanya adakah pingat emas Olimpik 2016 yang diharapkan melalui bekas pemain perseorang pertama dunia ini mampu dicapai. Jika ditanya pada kami, jawapannya adalah teramat SUKAR.
Ini kerana berdasarkan prestasi semasa, Lee Chong Wei sudah semakin SUKAR untuk menang bertemu seteru utama seperti Lin Dan dan Chen Long. Malahan kekalahan pada pemain muda dari Korea ini juga memberi sedikit petanda bahawa cabaran yang dihadapi oleh beliau pada tahun ini dan tahun hadapan lebih besar. Kemungkinan pemain berusia 33 tahun ini sudah mula hilang sengatnya dan permainan sudah semakin perlahan.

Manakala, Zulfadli pula pencapaiannya biasa sahaja. Jika pemain Korea Selatan berusia 20 tahun sudah mampu menumbangkan Chong Wei, beliau yang pernah menyandang Juara Dunia 2011 masih tidak mampu bersaing dengan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto. Walaupun ranking Tommy lebih baik namun berdasarkan keputusan menunjukkan perbezaan antara pemain muda negara dan pemain muda Korea Selatan itu. Tiada kejutan mampu dilakukan.
Semoga akan ada sinar badminton negara pada tahun ini. Janganlah terlalu mengharap sangat pada kudrat Datuk Lee Chong Wei. Mungkin beliau sudah boleh memikirkan persaraan jika beliau tidak dapat mengembalikan PRESTASI terbaiknya.

Please follow and like us:
error0
post

Datuk Lee Chong Wei digantung sehingga 1 Mei 2015

Kes bekas pemain badminton no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei akhirnya terjawab.
Persatuan Badminton Dunia (BWF) telah memutuskan bahawa pemain badminton kebangsaan itu digantung selama 8 bulan bermula dari Ogos 2014 sehingga 1 Mei 2015.

Ini bermakna beliau boleh menyertai kejohanan selepas 1 Mei ini. Antaranya Kejohanan Dunia serta untuk layak ke Kejohanan Olimpik 2016 di Rio De Janeiro pada tahun 2016.Lee dalam sidang akhbar bergembira dengan keputusan tersebut dan akan bersedia untuk menghadapi kejohanan akan datang termasuk Piala Sudirman pada 10-17 Mei ini. Beliau juga dijangkakan akan menyertai Sukan SEA di Singapura pada Jun sebelum bertarung di Jakarta pada Ogos untuk mengejar Kejuaraan Dunia.
BADMINTON-lee-chong-wei

Panel anti-doping BWF melalui siasatan berpuas hati bahawa pemain badminton itu tidak menipu sebaliknya akibat kelalaian menggunakan bahan terlarang.

Lee Chong Wei, 32 tahun merupakan pemegang pingak perak Sukan Olimpik dan pernah memenangi 55 kejuaraan dunia. Beliau sebelum ini mungkin boleh digantung selama 2 tahun yang mungkin akan menamatkan karier beliau namun telah membuat rayuan.

// Satu keputusan yang baik bagi sukan Badminton Negara. Namun saya masih menanti bakal pengganti Lee Chong Wei. Secara peribadi, agak sukar untuk Lee Chong Wei mencapai matlamat menjuarai Kejohanan Olimpik 2016 memandangkan usianya yang semakin meningkat ditambah lagi peningkatan beberapa pemain muda dunia (tidak termasuk pemain muda Malaysia). Mungkin ianya satu cabaran untuk Lee Chong Wei dan juga BAM untuk mencari alternatif bagi menyemarakkan lagi sukan badminton di Malaysia.

Please follow and like us:
error0
post

Lee Chong Wei sah positif dadah terlarang

Mungkin ramai peminat yang mengetahui tentang isu pemain badminton nombor satu dunia yang tidak lepas dalam ujian doping ketika Kejuaraan Dunia di Copenhagen pada 30 Ogos yang lalu. Beliau yang menjadi naib johan dalam kejohanan tersebut selepas tumpas ditangan Chen Long di perlawanan akhir disahkan positif mengambil bahan terlarang, Dexamethasone‘.
Isu doping ini mengejutkan peminat badminton negara memandangkan jaguh badminton negara ini. Dan ujian kedua iaitu sampel B yang dilakukan di Oslo, Norway menunjukkan keputusan yang sama. Menurut Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria, keputusan ujian mengesahkan kehadiran bahan dexamethasone dalam sampel tersebut. Bahan itu menurut Norza bukanlah sejenis bahan untuk meningkatkan prestasi seorang atlet.

Lee Chong Wei

Pasti ia bukan satu tugas mudah yang perlu dihadapi. Beliau dalam kenyataan dalam ASTRO Arena menyatakan bahawa beliau tertekan dengan isu ini dan akan meminta Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abd Aziz bagi mencari punca bahan terlarang itu terdapat dalam sampel tersebut.
Nampaknya keputusan sampel B tidak memihak dan ada kemungkinan pemain badminton utama negara ini akan digantung sekurang-kurangnya 2 tahun. Adakah ini petanda penamat karier bagi beliau dan dalam masa yang sama impian untuk mendapatkan emas Sukan Olimpik Rio 2016 akan berkubur? Kita tunggu dan lihat kerana beliau akan membuat rayuan pada pada Persatuan Badminton Dunia dalam masa terdekat nanti.Mungkin mengharap keajaiban berlaku dalam kes ini namun seperti terlalu sukar

Mungkin ia perlu menjadi pengajaran kepada pihak berkaitan terutama dari mereka yang mengawal bahagian pengambilan ubat-ubatan oleh atlet negara. Ini kerana atlet mungkin tidak mengenali tentang ubat-ubatan yang mengandungi bahan terlarang dan ini tidak adil bagi mereka.

p/s : Kepada pembaca semua, janganlah samakan beliau dengan penagih dadah pula.. Ia adalah amat berbeza.

Please follow and like us:
error0

Lee Chong Wei menang Juara Seluruh England 2014

Mungkin sedikit terlewat menulis artikel mengenai kejayaan pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang berjaya memenangi kejuaraan badminton All England 2014. Pemain badminton lagenda dari Malaysia ini berjaya membenam musuh tradisi dari China, Chen Long pada perlawanan akhir di Arena Tertutup Nasional Birmingham, England.
Kemenangan kejohanan berprestij ini mengambil masa selama 59 minit dimana beliau berjaya melakar kemenangan straight set 21-13 dan 21-18. Kemenangan ini sedikit sebanyak memberikan keyakinan kepada beliau untuk merealisasikan harapan mencapai beberapa kejohanan yang belum beliau miliki seperti Sukan Asia dan Kejohanan Dunia pada tahun ini.
badminton-leechongwei
Walaupun umurnya telah mencecah 32 tahun namun beliau masih mampu menumbangkan Chen Long yang hanya berusia 25 tahun itu dengan tenang dan bijak mempelbagaikan cara permainan untuk memerangkap salah seorang pemain yang mampu menumbangkan beliau.

Malahan cabaran yang dihadapi beliau dalam kejohanan ini juga agak getir apabila hampir ditumbangkan pada separuh akhir di atas pemain bukan pilihan dari Korea dengan keputusan 14-21, 21-19 dan 21-15. Namun beliau bangkit dan seterusnya membuktikan kebolehan beliau untuk menjuarai kejohanan ini. Sememangnya ia merupakan pencapaian yang hebat namun perlu juga ada pelapis bagi meneruskan kesinambungan legasi beliau.
Setakat ini memang tidak nampak pemain badminton samada dalam sebarang acara sekalipun untuk menjadi calon juara. Semoga akan ada pembaharuan dari agensi berkaitan terutama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk melahirkan jagoan di peringkat dunia sekaligus mengembalikan sengat sukan badminton di arena antarabangsa.

Please follow and like us:
error0