post

Tumpas di Pusingan Pertama : Adakah Lee Chong Wei Perlu Bersara

Selepas tumpas pada pusingan kedua di Terbuka Indonesia dan Denmark serta pusingan pertama di Kejohanan Dunia di Glasgow tahun ini, pemain no 1 negara, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi tumpas di peringkat awal di Terbuka Perancis.
Chong Wi, 35 pemain no 7 dunia terpaksa akur kepada pemain no 40 dunia, Kenta Nishimoto selepas tumpas 14-21, 15-21 dalam aksi hanya 37 minit dalam perlawanan yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin, Paris.

Kenta Nishimoto yang menumpaskan Lee Chong Wei

Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan berkata corak permainan Lee Chong Wei serba tidak menjadi dan sering melakukan kesilapan mudah di dalam gelanggang manakala pemain Jepun itu dapat mengawal perlawanan dengan baik.
Pasangan gandingan baru beregu lelaki negara, Goh V Shem/Teo EE Yi pula tidak berdepan masalah untuk menumbangkan pasangan dari Hong Kong Or Chin Chung/Tang Chun Man dengan keputusan straight set 21-10, 21-15. Selepas ini mereka berhadapan pasangan pilihan kelima dari China, Liu Cheng/Zhang Nan.

Pasangan beregu campuran negara Tan Kian Meng/Lai Pei Jing akan melangkah ke pasangan kedua selepas menumpaskan pasangan Thailand Nipitphon Phuangphuapet-Jongkolphan Kithitharakul 22-20, 21-13.
satu lagi gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai kurang bernasib baik selepas tumpas pilihan ketujuh dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Kim Ha Na 16-21, 14-21.

Pasangan beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei pula tumpas kepada Shiho Tanaka-Koharu Yonemoto dari Jepun, 22-24, 19-21.


Pada pandangan kami di Ligakampung.com , prestasi Lee Chong Wei menampakkan bahawa beliau sudah tidak mempunyai kemampuan untuk bersaing dengan pemain yang lebih muda. Mungkin sudah tiba masanya untuk beliau menggantung raket dan mengelakkan diri dari dimalukan apabila ditumpaskan seawal pusingan pertama/kedua lagi.
Elok kiranya beliau memahami situasi yang beliau hadapi dan menerima kenyataan bahawa sukar baginya untuk beraksi dalam perlawanan yang lebih kompetitif.

Please follow and like us:
error0
post

Lee Chong Wei naib juara Terbuka Jepun 2017

Harapan Datuk Lee Chong Wei untuk mendapat kemenangan dalam kejohanan badminton Terbuka Jepun 2017 terkubur. Pemain perseorangan no 1 negara itu tumpas kepada juara dunia yang baharu, Viktor Axelsen dari Denmark dengan keputusan 14-21, 21-19, 14-21.
Lee Chong Wei yang lambat panas tumpas pada set pertama kepada pemain dari Denmark berusia 23 tahun itu. Pada set kedua Axelsen mendahului namun Chong Wei mengejar sekaligus mendapatkan kemenangan pada set kedua. Set ketiga Axelsen menggunakan kelebihan usia mudanya untuk menguasai set ketiga sekaligus menafikan hajat Chong Wei untuk mengumpul medal ketujuhnya dalam kejohanan Terbuka Jepun.

Viktor Axelsen pula berbangga apabila buat pertama kalinya menyandang juara Terbuka Jepun. Ianya pasti manis apabila pemain badminton yang mempunyai ketinggian 6 kaki 4 inci baru sahaja menumpaskan lagenda Lin Dan dalam Kejohanan Dunia di Glagsow pada bulan lepas.
Dalam acara wanita pula, pemain dari Sepanyol berjaya menumbangkan pemain China, He Bingjiao 23-21, 21-12 untuk memungut pingat kejuaraannya.

Bagi pemain beregu wanita pula, pemenang pingat emas Olimpik Ayaka Takahashi dan Misaki Matsutomo membenam pasangan Korea Selatan, Kim Ha-Na dan Kong Hee Yong 21-18,21-16 dalam kejohanan yang berlangsung di Gimnasium Tokyo itu.

Pemain beregu Jepun pula tidak berjaya menceriakan penyokong tempatan apabila pasangan Takuto Inoue dan Yuki Kaneko tumpas kepada pasangan Indonesia dengan keputusan 12-21,15-21 dalam perlawanan akhir.
Dalam acara beregu campuran pula Takuro Hoki dan Sayaka Hirota dari Jepun tidak berjaya memberikan kemenangan apabila tumpas kepada pasangan China, Wang Yilyu dan Huang Dongping dengan keputusan 13-21, 8-21.

Walaupun sekali lagi bergelar naib juara namun Lee Chong Wei masih mempunyai bisanya. Cuma bila agaknya kita nak saksikan pemain lain yang boleh menggantikannya. Nampaknya pemain seusia Axelsen, ZUlfadli masih tercari-cari rentak sedangkan pemain yang pernah ditumpaskan ketika Kejohanan Badminton Remaja Dunia itu telah berada di puncak dunia.

Please follow and like us:
error0
post

Lee Chong Wei kandas pusingan kedua Kejohanan Terbuka Indonesia 2017

Hasrat pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei untuk muncul juara Terbuka Indonesia sebanyak 7 kali terkubur di tangan pemain India H.S Prannoy.
Pemain dari India itu yang berada di ranking ke 25 itu mengejutkan Chong Wei yang menghuni ranking ketiga dunia dalam tempoh 40 minit.

H.S Prannoy, pemain yang menumpaskan Lee Chong Wei pada suku akhir Terbuka Indonesia

 

Chong Wei tumpas dengan keputusan straight set 10-21, 18-21. Kekalahan ini juga menggagalkan impian untuk memecahkan rekod yang kini menyamai pemain lagenda badminton Indonesia iaitu Taufik Hidayat dan Ardy Wiranata yang juga memenangi sebanyak 6 kali.
Chong Wei sebelum ini pernah muncul juara Terbuka Indonesia sebanyak enam kali iaitu pada tahun 2007, 2009, 2010, 2011, 2013 dan 2016.

Ketika artikel ini ditulis, hanya 3 wakil dari Malaysia yang sedang beraksi untuk menentukan samada mampu ke separuh akhir Terbuka Indonesia iaitu Soniia Cheah yang menentang pemain CHina Chen Xiaoxin, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing beregu campuran menentang pasangan Indonesia Fachryza Abimanyu/Bunga Fitriani Romadhini dan Goh SOon Huat/Shevon Jemei Lai menentang pasangan Taiwan Lu CHing Yao/Chiang Kai Hsin.
Ligakampung tidak merasa panik mengenai kegagalan Datuk Lee Chong Wei kerana beliau telah menetapkan sasaran dalam Kejohanan Dunia. Kejohanan ini lebih kepada pemanas badan. Gagal di sini membolehkan beliau mencari kelemahan untuk diperbaiki pada masa hadapan. Semoga beliau mampu mencapai matlamatnya.

Please follow and like us:
error0
post

Lee Chong Wei tumbang kepada Lin Dan di Kejohanan Asia 2017

Nampaknya Lee Chong Wei pasti menghadapi kesukaran untuk mencapai impian Kejohanan Dunia 2017 pada tahun ini. Ini berikutan meningkatnya kembali pesaing utama, Lin Dan yang berjaya menumbangkan Lee Chong Wei pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Asia 2017 yang berlangsung di Wuhan, China.

Chong Wei yang masih menduduki ranking no 1 dunia , tumpas straight set dengan keputusan 13-21, 15-21 pada perlawanan sebentar tadi. Ini juga merupakan kekalahan kedua berturut-turut jaguh badminton negara ini kepada seteru utamanya selepas gagal pada Kejohanan Terbuka Malaysia di Kuching pada bulan lepas.

Walaubagaimanapun yang lebih menyedihkan bila tiadanya wakil Malaysia selain Lee Chong Wei pada separuh akhir. Nampaknya masih belum ada lagi pemain-pemain lain yang konsisten dalam kejohanan utama. Diharap dengan pelantikan Presiden BAM yang baru, Datuk Norza mampu meningkatkan semula prestasi pemain-pemain terutama dalam BAM untuk lebih maju ke hadapan.

Untuk maklumat lanjut mengenai keputusan Kejohanan Badminton Asia 2017 sila rujuk laman web BWFBadminton

Please follow and like us:
error0
post

Goh Liu Ying/Chan Peng Song Naib Juara, Chong Wei Ungguli All England 2017

Keputusan yang baik untuk kejohanan badminton All England 2017 apabila 2 wakil dari Malaysia mara ke perlawanan akhir. Wakil beregu campuran negara melalui pasangan Chan Peng Song/Goh Liu Ying dan pemain perseorangan lelaki, Lee Chong Wei berjaya menempah tiket ke kejohanan yang berlangsung di Birmingham ini.

Pasangan beregu campuran negara yang menghuni rankint ke 6 dunia, Goh Liu Ying/Chan Peng Song tumpas kepada pasangan China Lu/Huang dengan keputusan 21-18, 19-21, 16-21. Dalam perlawanan yang berlarutan sehingga 1 jam 26 minit itu menyaksikan pasangan negara cuba bersaing dengan pasangan no 5 dunia. Semangat juang yang ditunjukkan tinggi cuma sedikit kesilapan pada set ketiga menyebabkan mereka tertinggal jurang yang agak tinggi serta menyukarkan untuk mengejar pihak lawan. Apatah lagi aksi mereka banyak bertahan hingga memberikan kelebihan pada pasangan China itu. Ia satu perlawanan yang cukup mendebarkan bagi penyokong Malaysia.

Goh-Liu-Ying-Chan_Peng_Song

 

Pemain perseorangan negara, Lee Chong Wei pula tidak mengalami masalah untuk menumpaskan pemain bukan pilihan dari China Shi Yuqi dengan keputusan 21-12, 21-10. Ini merupakan kejuaraan keempat beliau dimana sebelum ini beliau pernah menjadi juara pada tahun 2010, 2011, 2014. Walaupun telah berusia 34 tahun namun beraksi menentang pemain muda berusia 21 tahun itu, beliau tenang dan lebih pantas untuk mengungguli perlawanan tersebut dalam tempoh 45 minit. Bagi Shi Yuqi pula, walaupun kekurangan pengalaman namun kejayaan menumpaskan pemain senior China, Lin Dan pasti menunjukkan bahawa beliau mempunyai potensi untuk menjadi pencabar di masa hadapan. Mungkin nampak gugup apabila beliau berhadapan dengan Lee Chong Wei pada perlawanan akhir.

Selain itu, dalam temuramah Lee Chong Wei menyuarakan keyakinan untuk bertarung di Kejohanan Dunia di Glagsow,Scotland dan bersemangat untuk mempertahankan kejuaraan All England ini pada tahun hadapan. Mampukah? Kita tunggu dan lihat.

Untuk keputusan penuh All England 2017, sila klik sini

Please follow and like us:
error0
post

Lee Chong Wei dinobatkan Atlet Terbaik SAM 2016

Pemenang pingat perak tiga kali berturut-turut acara badminton perseorangan lelaki dalam Sukan Olimpik, Datuk Lee Chong Wei, dinobatkan sebagai Atlet Terbaik SAM dalam Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2016, malam ini.

Pemain berusia 34 tahun itu menewaskan enam calon lain, iaitu gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong (terjun), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (badminton), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (badminton), Azizulhasni Awang (berbasikal), Mohd Al-Jufferi Jamari (silat) dan pelumba Moto3, Khairul Idham Pawi.

Anugerah berkenaan merupakan yang kedua bagi pemain ranking nombor satu dunia itu selepas memenangi anugerah yang sama pada 2008.

Selain pingat perak Sukan Olimpik, Chong Wei turut memenangi beberapa kejohanan badminton sepanjang tahun 2016.

Selepas penggantungan selama lapan bulan akibat penggunaan bahan terlarang, Chong Wei kembali menerajui ranking nombor satu dunia pada 9 Jun tahun lalu selepas memenangi Terbuka Indonesia untuk kali keenam berturut-turut.

Sementara itu, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi pula menjadi penerima sulung Anugerah Atlet Paralimpik Terbaik SAM selepas memahat sejarah buat Malaysia pada 10 September tahun lepas apabila meraih pingat emas pertama kontinjen Paralimpik negara dalam acara 100m T36 lelaki.

Dalam tahun yang sama, atlet kelahiran Perlis itu turut memenangi pingat emas dalam Kejohanan Olahraga IPC Terbuka China dan Kejohanan Olahraga IPC Asia Oceania.

Kedua-dua mereka masing-masing menerima trofi dan wang tunai RM10,000 yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Atlet terjun cilik, Nur Dhabitah Sabri, 17, pula dipilih sebagai penerima Anugerah Atlet Muda Terbaik selepas aksi konsisten dan cemerlang pada penampilan pertamanya untuk mara ke peringkat akhir acara 10m platform wanita dalam Sukan Olimpik Rio.

Nur Dhabitah Sabri

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dipilih sebagai penerima Anugerah Persatuan Sukan Dinamik berdasarkan beberapa faktor, iaitu kejayaan atletnya meraih pingat dalam setiap kejohanan, kredibiliti kepimpinan dan kegigihan mempertingkatkan mutu sukan silat di negara ini.

Dalam majlis anugerah itu juga, Megat Syafique Syazwan Mohd Khairul, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil, dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tahun 2016.

 
Senarai penuh pemenang:

Atlet Terbaik: Datuk Lee Chong Wei (Badminton)

Atlet Paralimpik Terbaik: Mohamad Ridzuan Mohd Puzi (Olahraga)

Atlet Muda Terbaik: Nur Dhabitah Sabri (Terjun)

Persatuan Sukan Dinamik: Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia

PemainTerbaik Liga KPM 2016: Megat Syafique Syazwan Mohd Khairul

-Stadium ASTRO

Please follow and like us:
error0
post

Masa untuk Chong Wei berikan lebih tunjuk ajar kepada pemain perseorangan

Pemain no 1 badminton dunia dan negara, Datuk Lee Chong Wei telah bersedia untuk memberikan lebih tunjuk ajar kepada pemain junior di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Pemenang 3 kali pingat perak Olimpik ini seakan ingin menyerahkan baton kepada para pemain pelapis negara bagi menyambung legasinya.

“Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria sebelum ini menyatakan bahawa perseorangan lelaki kita dalam ICU dan saya tidak menafikannya’ menurut Chong Wei.

Ini ditambah dalam kejohanan Malaysian Masters di Sibu minggu lepas dimana perseorangan lelaki merupakan kategori yang paling lemah kini.

“Saya telah bercakap dengan jurulatih perseorangan (Hendrawan, Tey Seu Bock dan Indra Wijaya) dan saya akan menjadi lebih terlibat dalam membimbing para pemain. Saya akan menghabiskan lebih banyak masa dengan pemain. ” jelas Chong Wei.

Menurutnya juga, kemahuan pemain adalah yang utama bagi memastikan untuk lebih berjaya lagi.

Iskandar telah berumur 25 tahun tapi masih sukar untuk berada di kalangan 10 teratas sebaliknya, saya telah berada di Top 10 pada usia 25 tahun” menurut pemain yang telah di angkat sebagai antara lagenda badminton dunia ini.

Iskandar-zulkarnain

Fakta : setakat 28 Januari 2017 pemain tertinggi Malaysia adalah Iskandar Zulkarnain yang berada di ranking ke 29 dunia diikuti Zulfadli Zulkifli di ranking ke 30 dunia.Victor Axelsen dari Denmark berusia 23 tahun dan berada diranking ketiga dunia. Top 10 ranking dunia dikuasai oleh China dengan 3 pemain  berada di Top 10. Sumber ( BWFBadminton  , 28 Januari 2017). 

Dalam perkembangan lain, Chong Wei akan memulakan aksi di kejohanan All-England di Birmingham pada 2-12 Mac serta Terbuka India di New Delhi pada 28 Mac-2 April, Terbuka Malaysia di Kuching (4-9 April)_, Piala Sudirman di Gold Coast (21-28 Mei) dan Terbuka Indonesia di Jakarta 13 -18 Jun sebelum kejohanan yang menentukan hala tuju beliau, Kejohanan Dunia di Glasgow,Scotland pada 21-27 Ogos nanti.

Ligakampung.com mengucapkan selamat maju jaya dan semoga beliau berjaya juga mencapai Kejohanan Dunia itu. Kami juga berhadap beliau dapat membimbing para pemain untuk mengapai peringkat tertinggi dalam badminton dan mengembalikan para pemain berkaliber perseorangan lelaki negara.

 

Please follow and like us:
error0
post

Lee Chong Wei kutip USD 171,500 hadiah kemenangan sepanjang 2016

Datuk Lee Chong Wei sekali lagi muncul pemain badminton lelaki paling banyak mengaut hadiah wang kemenangan untuk tahun 2016. Berdasarkan maklumat laman web badminton, Badzine.net Chong Wei berjaya mengutip USD 171,500(RM769,349.63) sepanjang tahun ini.

Walaupun jumlah yang tinggi namun 2 tempat teratas dikuasai oleh pemain perseorangan wanita iaitu Tai Tzu Ying dari Taiwan yang mengumpul USD 271,025 manakala Chen Qingchen dari China pula mengumpul USD 245,846.

Dalam senarai tersebut, hanya Chong Wei selaku pemain Malaysia yang berada di top 10. Beregu nombor satu dunia, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong pula hanya berada di tangga ke-20 dengan kutipan sebanyak USD 95,164.

Berikut merupakan kedudukan 10 pemain yang memiliki pendapatan hasil wang kemenangan terbanyak

 

Melihat angka-angka tersebut mungkin ada yang berkira-kira nak menjadikan anak mereka selaku pemain badminton. Tapi sanggupkah anda?  Cuba baca artikel ini

 

Please follow and like us:
error0