post

Lee Chong Wei ke perlawanan akhir terbuka China selepas menumpaskan Lin Dan

Pemain no 1 Malaysia yang juga mantan pemain no 1 dunia melangkah ke akhir Kejohanan Super Siri Terbuka China 2015.
Lee Chong Wei berjaya menumbangkan seteru dari China, Lin Dan dalam perlawanan menarik di pusingan separuh akhir yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Haixia di Fuzhou, China.

Lee_Chong_Wei_vs_Lin_Dan

Perlawanan mendebarkan berlangsung selama 92 minit itu menyaksikan saingan sengit apabila kedua-dua pemain mempamerkan aksi terbaik dengan mata 17-21, 21-19, 21-19 memihak pemain negara itu.
Kemenangan itu mengurangkan rekod pertemuan Lee Chong Wei kepada 10-25. Ia pastinya menjadi kenangan manis kerana kemenangan terakhir Chong Wei ke atas Lin Dan adalah pada kejohanan Terbuka Korea 2012.

Walaubagaimanapun, Chong Wei terpaksa berhadapan satu tugas yang amat berat. Menentang seteru utama yang juga pemain no 1 dunia, Chen Long pasti satu tugas yang sukar. Dengan reputasi dan prestasi terkini yang semakin gah, Chen Long pasti sukar dijinakkan apatah lagi bermain di gelanggang sendiri.
Namun, tiada yang mustahil boleh berlaku seandainya Lee Chong Wei telah bersedia dari segi fizikal dan mental.

Bagi pemain lain, hanya beregu wanita iaitu Amelia Alicia Anscelly/ Soong Fie Cho yang berjaya ke suku akhir manakala pemain lain terkandas di peringkat sebelum itu.

Tonton aksi Lee Chong Wei menentang Lin Dan di youtube

Please follow and like us:
error0

Ranking badminton pemain negara , Datuk Lee Chong Wei melepaskan takhta pemain no 1 dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Setelah menghuni ranking pemain no 1 dunia selama 191 minggu, akhirnya Datuk Lee Chong Wei terpaksa menyerahkan takhta tersebut kepada musuh ketatnya, Lin Dan dari China. Ranking terbaru yang dikeluarkan pada 21 Jun 2012 ini banyak berpunca dari masalah kecederaan beliau pada tahun ini. Setelah mengalami kecederaan bahu , kecederaan buku lali pula mengakibatkan markah beliau statik dan dirampas oleh Lin Dan yang pernah menghuni takhta tersebut dari tahun 2004 hingga 2008.
leechongweilindan
free picture hosting

Dua pemain China, Chen Long dan Chen Jin masih kekal di tangga ketiga dan keempat. Walaubagaimanapun kedudukan Chong Wei di Olimpik tidak terjejas kerana undian dan pemberian status pilihan dilakukan berdasarkan ranking yang diambil pada 3 Mei lalu.

Antara pemain negara lain yang menghuni 10 tangga teratas badminton adalah bagi kategori beregu dimana pasangan utama negara, Koo Kien Keat/ Tan Boon Heong menghuni tangga ke 6 manakala pasangan beregu campuran yang meningkat naik Chan Peng Soon/Goh Liu Ying menduduki tangga ke 8. Bagi kategori lain, tiada pemain yang menduduki 10 tangga teratas.

Berikut merupakan ranking 10 pemain badminton terbaik dunia (hanya kategori yang mempunyai pemain Malaysia )
rankingbadminton
image upload

Ranking 10 pemain badminton perseorangan.
rankingbadmintonberegu
upload images

Ranking 10 pemain badminton beregu
rankingbadmintonberegucampuran
photo hosting

Ranking 10 pemain badminton beregu campuran

Sekian.

Please follow and like us:
error0