post

Ziyad Catat Rekod Dunia, Latif Pertahan Emas

Atlet Para Negara yang berjaya memenangi acara lontar peluru lelaki F20 pada Paralimpik di Rio tahun lepas, Muhamad Ziyad Zolkefli sekali lagi membuktikan keupayaan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London pada Sabtu.
Kejayaan beliau memperbaharui catatan rekod dunia miliknya yang dilakukan pada tahun lepas iaitu 16.48 meter menjadi kebanggaan. Rekod terbaharu yang dicatatkan iaitu 17.29 meter menobatkan beliau sebagai juara dunia sekali lagi.

Pingat perak diraih oleh atlet Ecuador Stalin David Mosquera dengan catatan 16.61 meter manakala pemenang pingat emas Paralimpik 2012, Tod Hodgetts memenangi gangsa dengan catatan 15.94 meter.
Terdapat kejutan apabila atlet Australia mencatatkan angka yang lebih jauh namun selepas bantahan dilakukan, catatan Ziyad disahkan sebagai pemenang pingat emas kejohanan ini.

Selain itu, atlet lompat jauh yang juga pemenang pingat emas Paralimpik di Rio, Abdul Latif Romly berjaya mengekalkan gelaran juara dalam kategori T20 (masalah pembelajaran) selepas mencatatkan jarak sejauh 7.37 meter dalam pusingan akhir di Queen Elizabeth Olympic Park.

Latif Romly

Atlet Para Latif Romly melakukan lompatan

Pemenang tempat kedua, pencabar utama Talic Zoran dari Croatia yang mencatatkan jarak sejauh 7.32 meter manakala Dmytro Prudnikov dari Ukraine merangkul gangsa dengan catatan 7.12 meter.

Tahniah kepada atlet Paralimpik yang masih mengekalkan momentum sekaligus berjaya memenangi kategori masing-masing. Adakah kedua-dua atlet Para ini akan bersaing dalam acara normal dalam SUkan SEA nanti? Kita harap begitulah agar mereka boleh membuktikan sesuatu yang lebih besar lagi.

Please follow and like us:
error0
post

Abdul Latif Romly pungut emas ketiga dan pecah rekod dunia

Atlet lompat jauh Para Malaysia berjaya menambah koleksi pingat emas Malaysia di Sukan Paralimpik 2016.
Atlet dalam kategori T20 ini bukan sahaja menang emas malahan memecahkan rekod dunia bagi acara tersebut. Bukan sekali tapi 3 kali lompatan beliau melepasi rekod dunia.

Atlet berusia 19 tahun dari Beseri, perlis itu berjaya mencatatkan 7.47m, 7.54m,6.79m dan 7.60 meter dalam 5 percubaan dimana percubaan pertama gagal.
Catatan pada percubaan kedua,ketiga dan kelima melepasi rekod lama iaitu 7.35 meter. Untuk rekod, rekod kebangsaan lompat jauh bagi atlet normal adalah 7.88 meter dan tidak mustahil ianya mampu dicapai oleh Latif yang masih muda dan berusia 19 tahun itu.

Mungkinkah Abdul Latif akan beraksi dalam kejohanan bersama dengan atlet normal di masa akan datang? Tidak mustahil kalau ada yang cuba membantu dan pasti akan lebih manis kalau beliau mampu membuktikan kepada atlet BIASA di sana yang beliau seorang yang LUAR BIASA.
Semoga maju jaya dan tahniah kepada beliau.

Please follow and like us:
error0