Posts Tagged ‘lapar’
Lapar Punca Marah
Written by zool on January 29, 2008 – 12:43 pm -Assalamualaikum.. Salam sejahtera ke atas semua.. Dan maaf kalau ada silap dan salah..
Hari ini diakui perasaan marah dan bengang membara dalam hati?? Kenapa?? Rasanya tak perlulah diberitahu kerana tiada sapa pun nak tau…
Memang penat hari ni kena kerja luar dan memastikan sistem komputer yang dibekalkan berfungsi dalam keadaan baik.. Walau pun tiada masalah besar dalam sistem namun gangguan luar sedikit sebanyak merencatkan kestabilan dalam diri..
Dan dalam keadaan hanya makan nasi lemak pada pukul 9.30 menambahkan lagi ketidakseimbangan badan dan seterusnya menganggu pemikiran di minda… Mungkin tahap keimanan yang dimiliki saya masih nipis sehingga sedikit sebanyak perasaan bengang menyelubungi diri…
Namun seperti biasa ianya mampu untuk dilenyapkan dengan menulis blog ini.. Almaklumlah tiada tempat untuk meluahkan perasaan ini.. Harap-harap mereka yang melanggan blog ini tidak berasa kecewa membaca post yang terlalu beremosi ini…
Kadang-kadang pelik juga si Zool ni, bila puasa di bulan Ramadhan takdelah rasa nak marah sangat tapi bila lapar di bulan lain memang tahap baran tu bertambah levelnya.. Apa pula pendapat anda?? Adakah anda bersetuju bahawa tahap kelaparan akan menganggu emosi diri???
Dan pernahkah berlaku situasi yang mungkin tidak dapat dilupakan tatkala anda berada dalam keadaan kelaparan?? Dan bayangkan pula bagaimana orang2 yang kelaparan di negara-negara miskin, sudah pastinya tahap kesabaran mereka berada dalam tahap yang lebih lagi…
Kadang-kadang saya lupa bersyukur kepadaNya… Wallahualam…

Tags: , lapar
Posted in EMosi | 8 Comments »










