Posts Tagged ‘kursus blog’
Kursus Penulisan Blog
Written by zool on May 13, 2008 – 12:13 pm -Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Wah sepatutnya saya menulis satu post sehari tapi nampaknya tatkala saya terbaca satu artikel di Utusan Malaysia perasaan teruja untuk menulis artikel ini secepat mungkin..

Source Pic :-http://www.blogohblog.com/
Berikut merupakan petikan dari suratkhabar tersebut.
” Shah Alam 12 Mei - Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia memperkenalkan kursus berkaitan pengajian blog dalam usaha membantu pengendali laman blog lebih berwibawa dalam penulisan mereka. Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, kebebasan media alternatif kini menakutkan kerana mereka boleh menulis tanpa kepakaran dalam bidang pemberitaan, tidak tertakluk kepada etika dan jarang sekali didakwa di mahkamah.
Bla.. bla .. bla..
“Saya menyokong sepenuhnya cadangan ini (kursus berkaitan blog). Ia amat kena pada masanya. Kita tahu mereka (penulis blog) sudah pandai tetapi ia perlu bagi membantu mereka menjadi blogger yang profesional dan beretika,” katanya..
Bla.. bla bla…
”Sesiapa sahaja (media alternatif) boleh menulis. Mereka tidak perlu mempunyai kepakaran dalam bidang pemberitaan, tidak tertakluk kepada etika pemberitaan dan jarang sekali didakwa di mahkamah. Kebebasan ini menakutkan,” katanya.
“
.. Sila klik untuk Berita penuh …
Seperti dalam katun Senyum Kambing. pertanyaan yang sama ingin saya kemukakan..Agaknya siapa yang akan menjadi pensyarah untuk kursus penulisan blog ni agaknya?? Adakah Datuk Kadir Jasin , SmartZul, Dikmal, Mail, Syamsularif atau mungkin si Zool ligakampung?? Huhuhuhu.. Menarik bukan?? Jika sebelum ini blog dipandang sepi tetapi kali ini ianya mampu mewujudkan ketakutan.. Apa yang ditakutkan dengan blog?? Adakah kuasa blog lebih bahaya dari majalah hiburan tanahair?? Majalah yang menonjolkan benda-benda yang tak patut ditonjolkan?? Atau lebih bahaya dari DVD dan VCD porno yang berada di merata tempat?? Wallahualam.. Mungkin saya kurang arif tentang ini.. Dan mungkin kawan-kawan pembaca lebih mengetahuinya….
Mungkin selepas ini blogger perlu menghadiri kursus untuk diijazahkan sebelum layak menulis… Huhuhuhuhu..
Tags: kursus blog
Posted in Blog | 23 Comments »










