Posts Tagged ‘kisah Zool’
Seminggu ke hospital
Written by zool on March 30, 2008 – 11:51 pm -Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua…
Hari ini saya cuma ingin bercerita sedikit sebanyak mengenai pengalaman dalam minggu ini.. Mungkin ada antara rakan-rakan yang mengetahui bahawa minggu ini saya agak sibuk kerana bapa saya dimasukkan di wad…
Walaubagaimanapun alhamdulillah setelah hampir seminggu di Hospital Melaka beliau telah sihat dan pulang ke rumah.. Sekarang ni perlu sedikit sebanyak memantau kesihatannya.. Dan minta maaf kepada adik BD dan Ana kerana tidak memaklumkan lebih awal bagi mengelakkan kerisauan… Jangan risau bapak dah ok…
Bercerita tentang pengalaman ulang alik ke hospital didapati ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya :-
1. Tempat meletak kenderaan yang tidak mencukupi.. Memang agak sempit sekali persekitaran di Hospital Melaka hinggakan terpaksa parking kereta di masjid yang lebih kurang 100 meter perjalanan.. Saya tidak kisah perlu berjalan setakat 100 meter cuma kesian pada pengunjung2 yang kadangkala terpaksa berpusing-pusing mencari parking.. Memang masalah ini sering diutarakan oleh pengunjung tetapi nampaknya pihak hospital masih buntu mencari jalan penyelesaian namun diharap ianya dapat diselesaikan jua,
2. Kekurangan lif. Saya perhatikan makcik2 terpaksa menunggu dalam jangka waktu yang agak lama untuk menunggu pintu lif dibuka untuk ke destinasi seterusnya.. Dan 2 lif di satu kawasan mungkin tidak mencukupi..
3. Doktor yang ramah.. Ini berdasarkan layanan yang diberikan kepada bapa dan keluarga.. Didapati doktor yang ditugaskan pandai berkomunikasi dan tidak stress dalam kerjanya.. Cukup respek dengan cara mereka kendalikan pesakit.. Cayalah.
4. Terdapat surau..Walaupun kecil namun ianya mencukupi untuk melaksanakan ibadah padaNya.. Harap-harap ianya dapat dijaga oleh pengurusan hospital.
5. Jururawat yang muda dan cun-cun.. Memberi sedikit motivasi untuk ke sana.. Ha ha ha..
6. Kafeteria yang disediakan agak jauh.. Berpeluh juga saya nak mencari tempat untuk mengisi perut… Disebabkan malas untuk berjalanterpaksa beli roti dan sedikit makanan ringan untuk alas perut..
7. Keprihatinan rakan-rakan sepejabat.. Tak sangka plak ada rakan-rakan pejabat yang sudi dan sanggup memberikan derma dan ada yang datang melawat sekali.. Terima kasih semua…
Okay rasa-rasanya cukup setakat ini pengalaman minggu ini.. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang memberi sokongan kepada saya dan keluarga.. Hanya Allah akan membalas jasa anda semua.. AMIN..
p/s :- Kadangkala tertanya ada ke orang yang akan melawat Zool jika beliau terlantar di hospital?? Wallahualam..
Tags: , bapa, hospital Melaka, kisah Zool, sakit
Posted in kehidupan | 8 Comments »








