Keputusan perlawanan suku akhir kedua Piala FA Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan bolasepak suku akhir kedua Piala FA berlangsung pada hari ini. Keputusan perlawanan pada hari ini akan menentukan pasukan yang akan melangkah ke separuh akhir kejohanan piala FA Malaysia ini. Pasti pemburuan untuk mencari piala ini akan diteruskan oleh pasukan-pasukan yang bertanding.
Terdapat 2 perlawanan pada petang manakala 2 lagi perlawanan pada sebelah malam. Perlawanan antara Sime Darby menentang Pahang dilangsungkan di Stadium MP Selayang pada jam 4.15 petang. Pasukan yang menang dalam perlawanan ini akan ke separuh akhir memandangkan agregat masih terikat 0-0.
Perlawanan Terengganu menentang Negeri Sembilan berlangsung di Stadium Sultan Ismail dan berlangsung pada 4.15 petang. Pasukan Terengganu selaku tuan rumah pasti mempunyai kelebihan kerana mendahului secara aggregat dengan 3-1. Kesempatan bermain di tempat sendiri pasti akan dimanfaatkan sepenuhnya, namun pasukan N.Sembilan pasti akan cuba sedaya upaya untuk melakukan keputusan ajaib.
Perlawanan antara Sarawak menentang Kelantan pula berlangsung di Stadium Negeri, Kuching pada jam 8.15 malam. Keputusan perlawanan yang memihak Kelantan tidak cukup. Ini kerana keputusan Kelantan menang 2 gol berbalas 1 pasti memberikan kesempatan kepada Sarawak yang bermain di gelanggang sendiri. Pasti Sarawak akan bersemangat dengan sokongan padu penyokong sendiri sekaligus cuba menyingkirkan juara edisi 2012 ini.
Perlawanan antara Selangor menentang Johor DT berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada jam 8.45 malam. Sedikit kelebihan pada tuan rumah apabila menang 2-1 di tempat lawan tempohari namun ia masih belum selesa kerana pastinya Harimau Selatan tidak akan mengaku kalah.
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan suku akhir Piala FA 6 April 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Malam ini berlangsung kembali perlawanan bolasepak Piala FA 2013. Hari ini berlangsungnya 4 perlawanan melibatkan 8 pasukan yang akan bertarung bagi mendapatkan slot ke separuh akhir sekaligus menempah tiket ke perlawanan akhir Piala FA tahun ini.
Perlawanan ini akan diadakan secara timbal balik dimana keputusan perlawanan pada malam ini mungkin dapat memberi gambaran pasukan yang mana mempunyai peluang lebih untuk ke separuh akhir nanti.
Perlawanan suku akhir Piala FA antara N.Sembilan menentang Terengganu akan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi pasti menjanjikan saingan sengit memandangkan kedua-dua pasukan berada di tangga bawah carta Liga Super. Pasti kemenangan mampu menaikkan semangat mereka untuk terus bangkit di Liga Super.
bolasepak piala FA
upload foto

Perlawanan antara Pahang menentang Sime Darby pasti menarik. Sime Darby yang terlepas peluang untuk playoff ke Liga Super tahun lepas pasti ingin membalas dendam pada pasukan Pahang manakala skuad ‘Tok Gajah’ pasti tidak mahu kecundang di gelanggang sendiri.
Perlawanan Johor Darul Takzim melawan Selangor akan memperlihatkan aksi yang hebat. Sudah pasti kelibat terakhir penyerang import Johor Darul Takzim, Daniel Guiza dan Simone Del Nero akan menjadi tumpuan. Samada mereka meninggalkan kenangan manis atau sebaliknya. Manakala pasukan ‘Red Giant’ pasti ingin melupakan episod kekalahan di Piala AFC baru-baru ini.
Perlawanan antara Kelantan menentang Sarawak pasti dinantikan oleh penyokong kedua-dua pasukan. Kelantan yang cukup kebal di Kota Bharu pasti tidak akan memberi peluang kepada pasukan Sarawak namun pastinya pasukan Sarawak akan bermain berhabis-habisan untuk mendapat keputusan terbaik untuk dibawa pulang ke Kuching.
Continue reading

Please follow and like us:
error0