post

Keputusan Perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2013 – Kelantan lawan ATM

Hari ini berlangsung perlawanan separuh akhir kedua bolasepak Piala Malaysia 2013 antara pasukan Kelantan yang dikenali sebagai ‘The Red Warrior’ menentang ATM yang diberi gelaran ‘The Gladiator’. Perlawanan yang akan menentukan skuad mana yang akan bertarung dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2013.

Skuad Kelantan yang bermain di gelanggang sendiri memiliki kelebihan beraksi di stadium keramat mereka tapi pasukan ATM bukan pasukan yang mudah dijinakkan. Malahan skuad ATM merupakan pasukan yang mencalar reputasi gah skuad bimbingan Bojan Hodak ketika Liga Super 2013 yang lalu.

Continue reading

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2013 Pahang lawan Sarawak

Hari ini berlangsung satu lagi perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2013 bagi menentukan pasukan yang layak ke akhir Piala Malaysia 2013. Selepas perlawanan antara skuad ATM menentang Kelantan pada semalam yang memihak kepada pasukan pelawat, pasti perlawanan kedua ditunggu terutama oleh peminat pasukan masing-masing.
Perlawanan antara Pahang menentang Sarawak akan menjanjikan saingan sengit. Pasukan Pahang pasti ingin memanfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri bagi mendapatkan bekalan selesa manakala Sarawak pasti akan sedaya upaya untuk mendapatkan keputusan terbaik untuk dibawa ke Kuching pada 26 Oktober nanti. Kedua-dua pasukan tampak ingin melangkah ke akhir Piala Malaysia bagi mengecap nikmat menjulang piala berprestij itu.

Skuad Pahang yang dikemudi oleh jurulatih Dollah Salleh pasti akan mengharapkan jentera serangan yang dikemudi penjaring import mereka iaitu Matias Conti manakala Sarawak mempunyai penyerang import berbahya iaitu Muamer Salibasic. Perlawanan malam ini pasti akan memperlihatkan kemampuan pemain tengah seperti Amirul Hadi Zainal Hafiz Kamal untuk Pahang manakala Joseph KalangSafrol Saperi dari Sarawak. Pasukan yang mengawal jentera tengah pasti mempunyai kelebihan untuk mendapatkan gol sekaligus memberikan keselesaan pada perlawanan kedua.
Continue reading

Please follow and like us:
error0