post

Keputusan perlawanan suku akhir ke 2 Piala Malaysia 4 Oktober 2013

Hari ini berlangsung 2 perlawanan suku akhir ke 2 Piala Malaysia 2013 bagi menentukan pasukan mana yang akan membawa cabaran ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2013. 2 lagi perlawanan akan berlangsung pada esok (Sabtu). 2 perlawanan pada malam ini melibatkan pasukan ATM menentang Lions XII dan perlawanan antara PKNS menentang Pahang.
Perlawanan antara ATM menentang Lions XII berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada jam 8.45 malam. Perlawanan ini pasti hangat memandangkan kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dengan 1 gol sahaja dimana berpihak kepada Lions XII. Namun ia bukan bekalan selesa untuk skuad dari Singapura itu apabila pasukan ATM masih berpeluang untuk layak sekiranya berjaya menumbangkan skuad lawan dengan kelebihan 2 gol. Walaubagaimanapun pasti ia bukan tugas mudah bagi kedua-dua pasukan yang menginginkan piala teragung itu.
Continue reading

Please follow and like us:
error0