post

Chong Wei tumpas awal di Malaysia Masters

Nampaknya impian untuk menyaksikan Chong Wei menjulang Masters Malaysia berkubur pada tahun ini. Pemain no 1 negara itu dikejutkan oleh pemain Jepun, Kenta Nishimoto dengan keputusan 21-19, 18-21, 19-21.
Kekalahan di Arena Axiata sebentar tadi merupakan kekalahan kedua Chong Wei pada lawan sama yang telah menumpaskannya di Kejohanan Terbuka Perancis pada tahun lepas.

Kenta Nishimoto yang berjaya menewaskan Lee Chong Wei

Dalam kejohanan Masters Malaysia ini juga terdapat nama besar yang telah tersingkir awal apabila Chen Long, Lin Dan dan Son Wan Ho juga telah tumpas di tangan lawan masing-masing pada pusingan pertama lagi.
Mungkin ini penanda bahawa pemain-pemain ini dalam proses reformasi dimana para pemain muda telah mula mampu menumbangkan jagoan-jagoan yang satu ketika dulu menguasai gelanggang.

Sudah tiba masanya bagi mereka untuk bersara dan pemain-pemain muda menunjukkan taringnya. Diharap pemain muda negara tidak akan tumpas dan mampu memberi cabaran untuk mewakili negara sehingga ke peringkat akhir.

Please follow and like us:
error0