post

Atlet Negara ke Rio Dinasihat patuhi arahan Virus Zika

Ketika ini , virus Zika menjadi topik perbualan hangat di benua Amerika Selatan. Atlet negara yang akan beraksi dalam beberapa kejohanan terutama dalam Pra-Kelayakan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil dalam tempoh terdekat dikehendaki mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Penasihat Sains Sukan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dalam kenyataan meminta atlet mengambil maklum tentang perkara ini bagi memastikan mereka bebas dari jangkitan virus ini.

Datuk Ramlan

Datuk Ramlan

Menurutnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Kedutaan Malaysia di Brazil telah mengeluarkan kenyataan nasihat berhubung penularan virus tersebut.
Dr Ramlan berkata walaupun buruan tiket ke Olimpik menjadi keutamaan atlet negara namun mereka perlu menitikberatkan aspek kesihatan yang boleh memberi kesan kepada persembahan mereka pada kejohanan akan datang.

Atlet negara daripada beberapa jenis sukan seperti gimnastik dan terjun dijadual beraksi pada Kejohanan Pra-Kelayakan Olimpik di Rio pada penghujung bulan ini bagi memburu tiket ke temasya sukan terbesar dunia ini.
– MStar

Ligakampung.com juga berharap agar atlet negara mendengar saranan pihak berkaitan. Nampaknya virus Zika semakin hangat dan boleh memberi kesan kepada Sukan Olimpik ni nanti. Diharap virus ini dapat dihentikan segera dan Sukan Olimpik Rio dapat berjalan dengan jayanya. Selain itu perlu juga ada penasihat kepada para atlet. Kebanyakkan mereka terlalu GHAIRAH untuk mendapatkan tiket kelayakan ke Olimpik sehingga mengabaikan keselamatan diri. Mungkin penasihat perlu memberikan tunjuk ajar. Sekiranya keadaan dalam bahaya maka elok sahaja atlet menarik diri dalam kejohanan di Amerika Selatan.

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan kelayakan Olimpik – Malaysia melawan Syria

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Selepas perlawanan memenatkan di Sukan SEA 26 di Indonesia dan berjaya membawa pulang pingat emas, pasukan Malaysia atau bergelar Harimau Muda akan menempuhi satu lagi cabaran iaitu kelayakan Olimpik. Kali ini pasukan yang ditentang lebih hebat lagi. Pasukan kebangsaan terpaksa menentang pasukan dari Timur Tengah iaitu pasukan Syria. Apapun kita saksikan perlawanan ini pada 23 November 2011 jam 8.30 malam. Bagi yang mempunyai kelapangan boleh singgah ke Stadium Bukit Jalil dan yang tak berkemampuan boleh layan di RTM 1 dan ASTRO Arena Supersport.. Jom layan

Ulasan Perlawanan kelayakan Olimpik – Malaysia vs Syria

Separuh Masa Pertama, Malaysia vs Syria 0-0
Secara keseluruhan separuh masa pertama, penguasaan bola pada pasukan Syria yang lebih baik dari segi fizikal. Malahan, Khairul Fahmi Che Mat terpaksa menyelamatkan 2 rembatan tepat dari pasukan Syria. Tapi pasukan Malaysia juga melakukan serangan merbahaya dan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol cuma agak malang ketumpulan penyerang masih lagi menjadi masalah. Kawalan dan displin pemain juga cukup baik dan bersemangat. Semoga dalam separuh masa kedua, diharap pemain Harimau Muda dapat menjaringkan gol. Nazmi Faiz kali ni lebih menyerang berbanding ketika perlawanan di Sukan SEA..

Separuh Masa Kedua, Malaysia vs Syria 0-1, 0-2
Permainan pada separuh masa kedua makin dikuasai oleh pemain Syria. Nampak pemain kita keletihan lebih-lebih lagi pasukan Harimau Muda diasak bertalu-talu oleh pasukan Syria. Gol pertama Syria dijaringkan melalui satu lontaran ke dalam manakala gol kedua pasukan Syria terhasil dari kehilangan konsentrasi Muslim Ahmad..

Walaupun kalah namun tetap menyokong pasukan kebangsaan. Secara keseluruhan sebenarnya kita mampu bersaing dengan pasukan yang lebih handal. Cuma banyak yang perlu diperbaiki terutama dari segi persediaan fizikal dan mental. Kesan kepenatan di Sukan SEA ternampak di perlawanan ini apabila di separuh masa kedua pemain kita tak dapat melancarkan serangan.

Lepas ni Malaysia akan menentang Bahrain pada Ahad ni (27 Nov 2011) di tempat sama. Harap dapat mengalahkan pasukan Bahrain malam nanti.

Okay, walaupun kalah namun ‘Selamanya’ Untuk pasukan Malaysia..

Sekian..

Please follow and like us:
error0