Posts Tagged ‘kaya’
Kerja kureng tapi masyuk
Written by zool on May 11, 2008 – 1:03 pm -Assalamulaikum..
Salam sejahtera..Nampaknya hari ini (11.5.08) merupakan hari ibu.. Bagaimana agaknya perasaan ibu kita ?? Mungkinkah anda memberikan sedikit penghargaan kepada ibu kita.. ?? Atau mungkin anda terlupa untuk memberikan sedikit cenderahati kepada insan yang mengandungkan kita??
Sambil berfikir mengenai idea-idea dan menyusun ayat mengenai topik di atas saya juga mendapat sedikit info dari suratkhabar Mingguan Malaysia mengenai Asma.. Tanggal 6 Mei lalu merupakan Hari Asma Sedunia yang disambut pada hari Isninpertama bulan setiap tahun.. Dan sambutan peringkat Kebangsaan diadakan pada hari ini (11.5.2008).. Banyak info berguna dalam suratkhabar tersebut.. Di harap info ini dapat membantu individu yang mengalami asma terutamanya Cik F.. ![]()
Semoga sihat selalu..

Pic source :-http://arisblogger.googlepages.com
Okay cukup dengan review hari ini teruskan dengan topik di atas. Topik di atas tiba-tiba muncul dalam minda ini bila terkenangkan saat-saat ketika dalam zaman kegelapan ( ketika menganggur 2002-2004)… Memang terasa membuang masa betul ketika itu.. Alangkah baiknya kalau saya mengenal Internet Marketing ketika itu.. Sudah pastinya domain dan hosting penganggur.org yang pernah dibeli tidak disia-siakan.. Walaubagaimanapun perkara yang dilepas usahlah dikenang.. Teruskan kerja sambil berusaha untuk meningkatkan lagi taraf hidup.. Insyaallah..
He he he dah mula melalut la ni.. Tanpa membuang masa anda berikut merupakan pekerjaan/perniagaan yang kurang popular tetapi boleh menjanjikan pendapatan agak lumayan..
1. Pengutip sampah… Ha?? ” Tak nak lah kotor, busuk jijik”.. Mesti ada antara anda yang akan mengeluarkan ayat berikut.. Tetapi itulah rezeki En. Mohd Yazid Sadri, 38 dari Jalan Jaya Setia, Bukit Kapar yang mampu mendapat pendapatan sehingga RM80 sehari.. Bayangkan beliau sanggup melepaskan jawatan sebagai pengimpall di syarikat swasta.. Tinggi bukan pendapatan beliau.. Kalau dikira M80 x 20 (tolak 10 hari konon cuti) = RM1,600.. Wah pendapatan yang melebihi dari gaji seorang pekerja am di sektor kerajaan.. Malahan dengan nilai 10 sen sekilogram sampah yang dijual di Kaunter Pandu Buang dan Pusa Kitar Semula Majlis Perbandaran Klang(MPK) di Meru sudah pastinya mampu memberikan semangat kepada penduduk sekitar untuk mencari rezeki dengan sampah.. Bukan setakat menguntungkan ianya juga membantu membersihkan kawasan sekitar selain dapat membantu usaha Kerajaan mengurangkan kos-kos perkhidmatan syarikat-syarikat yang kadangkala tidak menjalankan kerja dengan baik.. Amacam ??
kepada mereka yang duduk di sekitar Klang apa kata bersihkan kawasan anda sambil menjana pendapatan.. Bila agaknya Majlis di tempat saya nak buat konsep camni?? Boleh gak join..
Sumber :- Harian Metro 11 Mei 2008
2. Membersihkan tangki air.. Sebenarnya idea ini saya dapat dari salah seorang pegawai yang berkhidmat di syarikat AIr Melaka.. Dah lama beliau memberikan pandangan tersebut.. Saya yakin di negeri yang besar telah wujud perniagaan seperti ini namun di Melaka masih tidak popular.. Mungkin ada yang bertanya ada market ke Zool?? Sudah semestinya ada kerana kebanyakan projek perumahan menggunakan tangki air yang dibekalkan pemaju.. Sudah pastinya ketidakrajinan dan ketidakberanian tuan punya rumah untuk memanjat siling rumah merupakan sebab utama untuk bidang ini diceburi.. Tak percaya?? Cubalah..
3. Penulis upahan untuk blogger.. Rasanya mesti ramai yang tertanya-tanya.. “Eh ada ke kerja penulis blog??” Ye memang ada . Terdapat blogger-blogger yang mengupah ‘penulis upahan’ bagi memastikan blog mereka sentiasa dikemaskini.. Dan dengan hanya menulis anda mampu menjana pendapatan. Betul tak syam?..:)
4. Tonto. Ops.. ni salah dari segi undang-undang dan agama …Jangan dibuat . Kena tangkap gua tak tau..
Rasanya banyak lagi kerja-kerja yang kurang popular yang boleh anda nyatakan di sini.. Mungkin ada yang tengah mencari-cari idea untuk mencari duit boleh menggunakan maklumat tersebut.. Dan kepada anda yang masih mencari, jangan risau rezeki untuk anda pasti ada.. Usaha tangga kejayaa.. ADIOS..
Adoi tangan sakit plak 2-3 ari ni angkat banyak barang..
Tags: cari kerja, kaya
Posted in kehidupan | 12 Comments »










