Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Baru-baru ni telah buat entri mengenai ‘selamat tinggal kasut futsal’ dan nampaknya penggantinya telah pun dikenalpasti dan ditangkap. Memandangkan si Zool bukanlah seorang pemain futsall yang hebat maka kasut murah yang dicari. Malas nak ke bandar Melaka, singgah ke kedai ‘Robert’ di Jasin. Memang terdapat beberapa kasut futsal yang bersesuaian dengan standard si Zool. Terminat sebuah kasut futsal yang berwarna ala-ala emas dan disambar setelah ianya bersesuaian dengan kaki saiz 6 ni. Dengan harga dibawah RM70 ianya berbaloi untuk diri ini. Tengok jenamanya, sekali jenama kasut lama ‘Specs’. Memang tak ramai yang mengetahui jenama ni. Pernah cari kat laman web pun tak jumpa-jumpa. Tapi si ZOol tetap menjadikan ianya pilihan hati memandangkan pernah menggunakan kasut jenama ini dan rasanya berpuas hati. Yang penting pemakaian selesa dan mudah untuk bergerak bebas. Kalau pakai kasut mahal tapi tendang pun terabur buat apa kan.. Buat malu pembuat kasut je. Hehehe.. Apa pun mungkin minggu hadapan kasut tersebut akan dipakai. Minggu ni tiada perlawanan diatur sebab sibuk.
Tengok je la camne keputusannya nanti. Adakah si ZOol mampu bermain sebaik Alessandro Nesta atau hanya sekadar gah bergaya je.. Hehehe..
Sambil tu tengok gambar kasut yang menjadi kemegahan si Zool..

Kotak kasut yang biasa-biasa je..

Kasut warna kuning saja gempak. Hehehe

Kasut telah terlekat di kaki. Ngam-ngam je.. Harap-harap dapat score 2-3 biji gol lepas ni..
Sekian…
p/s :- Agak-agak syarikat ‘SPecs’ berani tak taja si Zool? Kalau berani boleh buat entri panjang-panjang sikit. Hehehehe..
Pengunjung Entri Ini :3439



