post

Jonathan Nyepa dan Zaidatul berpeluang mengikuti latihan di Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR,1 Feb (Bernama) — Dua jaguh pecut negara, Jonathan Nyepa dan Zaidatul Husniah Zulkifli berpeluang mengikuti latihan selama 10 bulan di Winners Circle Athetics di Atlanta, Amerika Syarikat, atas tajaan penjana kuasa bebas (IPP) Edra Power Holdings Sdn Bhd.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Edra Power, Datuk Wira Mark William Ling menyampaikan tajaan bernilai RM375,000 kepada atlet berkenaan di sini, semalam.

Menurut penolong naib presiden syarikat itu, Jennifer Aleeya Wong, penajaan itu akan membolehkan kedua-dua atlet berkenaan membuat persedian bagi menghadapi tiga kejohanan utama – pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, Kejohanan Asia di Doha, Qtar, April ini dan Sukan SEA Filipina 2019 pada November ini.

Selain sesi latihan di Atlanta, kedua-dua atlet berkenaan juga dijangka menyertai sebuah kejohanan olahraga melibatkan barisan atlet bertaraf dunia.

Jonathan, pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) berusia 22 tahun itu, melakukan catatan masa 21.10 saat (s) untuk memenangi pingat emas acara 200 meter (m) pada Kejohanan Terbuka Malaysia, Mei tahun lalu.

Pada kejohanan tersebut, atlet dari Sarawak itu turut memenangi pingat perak dalam acara 100m dengan catatan masa 10.40s , di belakang juara Vonoj Suranjaya dari Sri Lanka yang merakamkan masa 10.27s.

Zaidatul, 25, dari Kedah, melakukan pencapaian pingat perak dalam acara 100m dan 200m pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan merupakan wakil tunggal dari Asia Tenggara untuk layak ke acara final 100m pada Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang.

Kenyataan Edra memetik Zaidatul sebagai berkata, pendedahan di Atlanta akan membolehkan beliau bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran dan saingan pada tahun ini.

“Semasa latihan, saya akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan akan berusaha keras untuk memperbaiki masa yang dicatatkan di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Jonathan melihat pembiayaan ini sebagai peluang yang jarang diterima bukan sahaja untuk beliau malah rakan-rakannya yang memerlukan sokongan yang sama daripada penaja swasta seperti Edra Power.

Sementara itu, jurulatih olahraga negara, M. Balamurugan berkata ini merupakan pertama kali dalam sejarah olahraga negara untuk mana-mana atlet tempatan mengikuti program latihan jangka panjang di Amerika Syarikat.

Justeru, hasil daripada latihan di Atlanta, beliau telah menetapkan sasaran yang lebih tinggi untuk kedua-dua atlet berkenaan termasuk mendapatkan slot kelayakan ke Kejohanan Dunia.

“Bagi Jonathan, beliau akan beraksi untuk mendapatkan pingat pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Napoli, Itali, Julai ini.

“Sudah pasti saya sasar kedua-dua atlet ini membawa pulang pingat emas dari Sukan SEA Filipina 2019,” katanya.

— BERNAMA

// Tahniah kepada Jonathan Nyepa dan Zaidatul. semoga kedua-dua pelari pecut ini mampu membawa sesuatu sekiraya tiada halangan untuk menyertai latihan selama 10 bulan di Amerika Syarikat.

Please follow and like us:
error0
post

Jonathan Nyepa pecah rekod peribadi, Jackie Wong perbaharui rekod di Terbuka Korea

Prospek pingat di Sukan SEA 2017 semakin hampir selepas atlet olahraga yang bertanding di Kejohanan Olahraga Terbuka Korea mencatatkan keputusan memberangsangkan.
Pelari pecut negara dari Sarawak, Jonathan Nyepa berjaya memungut pingat perak dalam acara 100 meter lelaki sekaligus memperbaharui rekod peribadi beliau.
Dalam perlawanan akhir itu, Jonathan Nyepa mencatatkan masa 10.28 saat untuk menduduki tangga kedua di belakang pelari pecut tuan rumah, Kim Kok Young yang mencatatkan masa 10.07 saat.
Seorang lagi pelari pecut dari Sarawak, Nixson Kennedy mencatatkan masa 10.43 saat untuk menduduki tangga kedua.

Masa yang dicatatkan Jonathan itu merupakan catatan terpantas dalam Malaysia ketika ini iaitu ketinggalan kurang 0.10 saat dari rekod kebangsaan yang dicatatkan oleh pelari Melaka, Khairul Hafiz Jantan pada tahun lepas.

jonathan-nyepa

Aksi Jonathan ketika aksi Terbuka Malaysia pada tahun 2016

Kejayaan beliau mencatatkan masa 10.28 saat itu juga memecahkan rekod negeri Watson Nyambek dimana catatan itu dikira selepas kiraan bantuan angin hanya sekitar +0.8 m/s ( limit +2.0 m/s).
Ini memberikan petanda yang baik bagi pasukan pelari kebangsaan untuk mendapatkan pingat emas dalam acara 100 meter dan 4 x 100 meter nanti.

| Mahu Lari Sepantas Jonathan Nyepa? Dapatkan Kasut ASIC ini |

Selain dari kejayaan di trek, balapan juga memberikan sinar apabila pelontar tukul besi, Jackie Wong Siew Cheer berjaya mencatatkan rekod baharu kebangsaan dengan catatan 65.34 meter sekaligus memberikan pingat perak kepada skuad Malaysia.
Jackie yang berada dalam ranking pertama di ASEAN, berada di tangga kedua di belakang atlet Korea Selatan, Lee Ywun -chul yang mencatatkan balingan sejauh 71.21 meter.

Pelontar besi wanita berusia 17 tahun , Grace Wong juga memberikan sinar keyakinan apabila mencatatkan balingan sejauh 55.99 meter untuk memenangi pingat gangsa.
Tahniah kepada barisan atlet negara.

Please follow and like us:
error0