Pendekkan link url anda.. Berguna untuk Affiliate
Powered by MaxBlogPress  










Obses tentang cinta

Written by zool on August 25, 2008 – 12:20 pm -

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Mungkin anda semua sering terbaca tajuk yang hampir sama. Malahan syam(aeropama) pun penah buat tajuk mengenai obsesi cinta.. Tetapi walaupun hampir sama tajuknya sudah semestinya berbeza dari pengolahannyakan syam??
cinta.1
Sebenarnya saya ada mendapat sedikit pendapat dari rakan-rakan di internet sebelum menulis.. Almaklumlah saya bukanlah pakar cinta tapi dengan pandangan mereka-mereka insyaallah artikel mengenainya dapat ditulis.. Sudah semestinya setiap persoalan akan ada pro dan kontranya.. Ada individu yang akan mempertahankan tentang perihal betapa setianya cinta dengan pasangannya. Dan sudah pasti ada yang akan menyanggah dan mengkritik. Saya tertarik dengan pendapat salah seorang rakan saya yang berbunyi seperti ini :-

cinta yg hakiki hanya utk DIA. cinta sesama manusia xkan kekal..jd sewajarnya kita tahu mana batasan yg perlu. ada pepatah mengatakan..’jgn terlalu cinta pd seseorg, bimbang nnti kamu akan mbencinya..dan jgn pula kamu terlalu mbenci seseorg kerana bimbang kamu akan mencintainya..’. klau terlalu obses tentang cinta…bimbang kita akan hilang pertimbangan diri dan kewarasan akal kerana bila terlalu obses..kita akan buta mata dan pekak telinga. jd mcm mn ptmbngn yg rasional blh dibuat???

Memang mendalam sekali pendapat yang beliau nyatakan. Memang kita sebagai manusia kadangkala terlalu obses kepada cinta manusia hingga lupa padaNya.. Lupa pada perkar yang dibenar dan tidak dibenarkan. Malahan bukan setakat lupa pada Allah kadangkala rakan-rakan sebilik pun boleh dilupakan ( pengalaman seorang x-blogger terkenal..)..

Walaubagaimanapun semuanya pendapat masing-masing .. Akhir kata.

” Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut bersuara , ada otak??? Lu pklah sendiri

p/s :- Satu kaedah cari traffik ni.. Almaklumlah kadar traffik dah statik je.. Kena cari keyword yang ada market..


Tags: ,
Posted in manusia | 16 Comments »

Ramai peminat tapi sunyi

Written by zool on July 27, 2008 – 8:22 pm -

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Amacam semua.. Harap anda dalam keadaan sihat semua.. Tak kira di mana anda jua berada.. Samada anda subscriber blog ini, pembaca setia blog ini, kadang2 baca mahupun kali pertama menjengah ke blog ligakampung semua. Terima kasih semua..

Nampaknya ranking Alexa bagi blog ini telah berada dalam keadaan yang baik.. Jika sebelum ini rankingnya di atas 1 Juta kini sedikit sebanyak telah menurun ke top 900K.. Syabas kepada pembaca semua yang membantu meningkatkan kadar pengunjung blog ini yang sedikit sebanyak membantu peningkatan pendapatan saya… :)…

Okay berbalik kita kepada tajuk utama bagi artikel saya hari ini iaitu ‘ Ramai peminat tapi sunyi’. Tajuk ni tercetus melalui kenyataan cik syia ” semakin ramai org minat tu sbnrnye semakin sunyi idup dia” … Sebenarnya pernyataan tersebut sedikit mengejutkan saya.. Ye lah mana mungkin orang yang ramai peminat mengalami perasaan sunyi..

Jadi sudah pastinya sukar untuk saya mempercayai kenyataan berikut.. Bagi mendapatkan kepastian saya cuba bertanya dengan beberapa individu yang mempunyai ramai peminat .. Dan ada yang bersetuju dan ada yang tidak.. Ada yang memaklumkan bahawa semakin ramai peminat menyukarkan untuk melakukan pemilihan tersebut..
Hm.. ada kebenarannya dalam kenyataan beliau tetapi di mana takrifan sunyinya??? Saya masih konfius dengan pernyataan berikut.. Mungkin anda boleh membantu saya mencari takrifan sunyi dalam kenyataan tersebut…


Tags: ,
Posted in kehidupan, manusia | 9 Comments »

Kalau orang tak suka

Written by zool on July 11, 2008 – 8:55 am -

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hari ni sekadar mencuba untuk mendapatkan pandangan anda semua.. Saja cuba untuk men’jiwang’kan diri… Huhuhuhuhu..

love-you
Credit to :- sekadarhiburan
Saya rasa mesti ramai yang pernah mengalami situasi ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’… Mesti pada waktu tu ramai yang akan termenung panjang.. Jadi apa yang perlu anda lakukan?? Adakah anda akan mengambil garfu sambil mencucuk mata seperti Kassim Selamat tatkala cinta anda ditolak..Lebih-lebih lagi anda diherdik oleh ‘mereka’ dengan kata-kata yang mencucuk sanubari anda…

Sudah pastinya cara-cara yang lebih praktikal perlu dilakukan bagi mengelakkan masalah terhadap emosi individu… Okay berikut merupakan cadangan saya :-

1. Tidor .. Ala dari layan perasaan tu baik kita tidur je.. Dah orang tak suka nak buat camne…
2. Buat kerja dan fikirkan cara untuk mendapat duit..
3.Berkawan dengan binatang peliharaan.. Kucing, kambing, ikan, cacing dan berbagai lagi..
4. Sentiasa mengingatiNya.. Sepatutnya ini yang pertama tetapi biasalah manusia sentiasa lupa..

Bagaimana pula dengan anda semua?? Pasti ada cerita disebaliknya kan??


Tags: ,
Posted in EMosi, kehidupan | 12 Comments »

Cinta boleh dijual

Written by zool on July 6, 2008 – 3:23 pm -

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Love.4Duit
Saya bukan ingin bercerita mengenai cinta antara individu-individu dan pasangan masing-masing.. Bukan juga cerita manusia yang bercinta atas dasar materialistik.. Itu semua telah banyak dibicarakan di media masa mahupun media alternatif.. Sebaliknya pada kali ini saya ingin berkongsi bagaimana ‘cinta’ boleh dijual..
Berikut merupakan antara beberapa cara ‘cinta’ dijual..

1. Menjual buku novel . Rasanya ramai yang tahu pasal novel cinta yang berada di pasaran.. Malahan novel cinta merupakan jenis novel yang amat laris dipasaran…
2. Menjual ebook.. Rasanya agak kurang ebook mengenai keyword ‘cinta’ di pasaran..
3. Blog pasal cinta.. Ingatkah anda lagi pada Razzi Rahman , penyanyi era 90-an atau pelakon versatil Catriona Ross? Mereka menggunakan pengalaman cinta untuk dikongsi bersama dengan pembaca yang dahagakan cinta…. Yang menariknya mereka juga mampu mengeksploitasi ‘cinta’ dengan menjual t-shirt, cenderahati mengenai cinta.. Menarik bagi orang yang bercinta..
Selain itu blog tentangcinta oleh Mr. dan Mrs Teddy mampu mendapatkan 900++ subscriber.. Pergh banyak tu, saya rasa dengan kadar pengunjung setia sebanyak tu blog tentangcinta mampu menjual barangan mahupun pengiklanan tetapi nampaknya pemilik tidak menjual cinta tersebut..

Sebagai tambahan :- Saya tiba-tiba rasa terpanggil untuk mereview blog Lepaskan Matahari . Sebuah blog yang bercerita tentang cinta dalam bentuk buku (tak tau apa perkataan sesuai). . Walaupun blog tersebut masih baru namun saya berkeyakinan ianya mampu menarik perhatian pembaca terutamanya para remaja sekiranya penulis konsisten dalam berkarya..  Corak penceritaan bersambung mampu membuatkan pembaca tak sabar-sabar untuk menanti kisah selanjutnya dan sudah pasti beliau mampu menjual idea ‘cinta’nya..
Okay cukup sudah untuk hari ini..


Tags: , , ,
Posted in Blog, santai | 14 Comments »

Bila Aku Sudah Tiada..

Written by zool on April 28, 2008 – 12:07 pm -

Assalamualaikum semua.. Mungkin minggu ni agak banyak artikel yang ditulis oleh saya.. Jadi saya meminta maaf berbanyak-banyak kepada subscriber yang melanggan artikel blog ini samada melalui reader atau emel.. Diharap anda dapat sesuatu dari apa yang saya tulis dan sentiasa setia dengan blog ini..

Ops.. mungkin ada yang pelik sikit.. Adakah Zool ingin mengubah dari blog tentang kehidupan ke blog hiburan.. Almaklumlah tajuk ini berkait rapat dengan sebuah lagu yang popular dari kumpulan Hujan (takde nama lain ker??).. Sebenarnya saya bukanlah peminat kepada kumpulan ini atau berminat dengan nyanyian kumpulan ini.. Tapi ntah kenapa tatkala mendengar lagu yang mempunyai lirik yang agak mendalam sekali.. Mesti penulis lirik mempunyai nilai-nilai emosi yang agak mendalam…
Okay bersama ini disertakan lirik lagu tersebut untuk dihayati..

Silakan teruskan
Read more »


Tags: , ,
Posted in EMosi, kehidupan | 21 Comments »
RSS