Tarif Elektrik naik tahun hadapan

Nampaknya satu lagi isu kenaikan harga yang akan menyesakkan diri pengguna termasuklah yang menaip serta yang membaca ini. Menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili subsidi elektrik dan gas akan disemak semula dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/kwj berkuatkuasa 1 Januari 2014. Tarif elektrik semasa ialah 33.54 sen. Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula kadar tarif akan dinaikkan sebanyak 5 sen KWJ atau peningkatan 16.9 peratus daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen KWJ kepada 34.52 sen KWJ, berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.
Bagaimanapun, 70.67 peratus atau 4.56 juta daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 daripada 418.000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang menggunakan elektrik pada kadar 300 KWJ dan ke bawah tidak terliat dengan semakan itu.
electricity-bill
Bagi pengguna yang bil elektriknya dibawah RM20, rebat terus diberikan sehingga 31 Disember 2014.
Sumber : Sinarharian
Continue reading

Please follow and like us:
error0