Adakah pemain bolasepak bermain kerana duit ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Semalam, ada beberapa fb page sukan yang membicarakan tentang rungutan seorang lagenda bolasepak yang mengatakan bahawa pemain bolasepak kini lebih memikirkan wang dan tidak berbakti kepada kelab bolasepak negeri masing-masing.

Uploaded with ImageShack.us
Banyak komen-komen menarik samada menyokong dan membangkang tentang kenyataan bekas pemain bolasepak negara ini. Secara peribadi saya mempunyai pendirian tersendiri tentang isu terbabit tapi sebelum itu elok rasanya kalau saya dapatkan pendapat dari pembaca blog ligakampung.com ini.

Jadi, apa pendapat anda tentang pemain yang bertukar pasukan kerana ingin mendapatkan imbuhan yang lebih? Adakah anda bersetuju dengan langkah pemain itu? Dan apa pula pendapat anda tentang kenyataan lagenda bolasepak tersebut?

Bincangkan sikit kat bawah ni secara ilmiah dan bukan mengikut emosi.. Insyallah, kalau ada kelapangan saya akan tulis pendapat saya selepas ini.

Sekian..

Please follow and like us:
error0