Posts Tagged ‘isu beras’
Harga Beras melebihi paras siling
Written by zool on May 19, 2008 – 1:18 am -Assalamualaikum dan selamat semua..
Kepada penganut Buddha diucapkan selamat hari wesak..
Nampaknya masalah harga beras masih tidak mampu diselesaikan.. Rungutan pengguna makin memuncak.. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja komen dalam suratkhabar agar masalah ini dapat ditangani..

Source pic : flickr.com
Dalam keadaan bermasalah terdapat pula peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga beras Super Spesial Tempatan melebihi paras siling..
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beliau akan mencadangkan pelaksanaan harga kawalan beras itu dipercepatkan pada mesyuarat Jawatankuasa Menangani Inflasi yang akan diadakan Selasa ini.
Kerajaan sebelum ini menetapkan harga beras Super Tempatan (ST) 15 peratus hancur ditetapkan antara RM1.65 dan RM1.80 sekilogram selain memperluaskan harga kawalan ke atas beras SST lima peratus pada RM2.80 sekilogram manakala beras SST 10 peratus pada RM2.70, berkuat kuasa 1 Jun ini.
Berita selanjutnya di utusan
Komen Zool :-
Secara amnya beras Super Spesial Tempatan sukar didapati di tempat saya.. Setakat ini beras 10 kg yang paling murah di kawasan saya sekitar harga RM 25.00.. Harga yang agak cekik darah.. Semoga paras siling ini dapat dipantau oleh Kementerian terbabit kerana boleh dikatakan ianya merupakan permintaan tertinggi di kalangan rakyat jelata… Bila agaknya isu beras ni nak selesai agaknya??
Tags: beras mahal, beras naik harga, isu beras
Posted in kehidupan, pertanian | 3 Comments »
Beras dari Thailand
Written by zool on May 18, 2008 – 5:14 am -Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.. Diharap anda semua dalam keadaan sihat ..
Nampaknya isu mengenai beras masih belum berjaya dipulihkan namun nampaknya ada tanda-tanda usaha untuk menyelesaikannya.. .

Source Pic : tempointeraktif
Isnin lalu 12.5.2008, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan Persatuan Pengeksport Beras Thai memeterai perjanjian bagi pembelian 200,000 tan beras, empat hari selepas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed bertemu Perdana Menteri, Samak Sundavarej untuk mendapatkan 500,000 tan beras dari Thailand.
Terbaru, Kerajaan Thailand menawarkan 300,000 tan beras kepada negara kita mengikut perjanjian antara kerajaan .
Seorang pegawai Kerajaan berkata, tawaran itu bagi memenuhi permintaan Malaysia untuk memperoleh 500,000 tan beras tersebut. Walau bagaimanapun beliau masih menerima pengesahan dari Malaysia ( setakat 17.05.08)..
Sumber :- Kosmo..
Semoga pihak berkaitan dapat membuat tindakan susulan secepat mungkin bagi mengelakkan krisis makanan ini menganggu ekonomi negara…
Entri lain mengenai beras diligakampung, isu beras dan beras oh beras
Tags: beras, beras naik harga, isu beras
Posted in kehidupan, pertanian | No Comments »
Lagi-lagi Isu beras
Written by zool on May 15, 2008 – 12:11 pm -Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Nampaknya tak habis-habis lagi si Zool ni nak cerita pasal beras. Saya sebenarnya rasa terpanggil untuk bersama-sama berkongsi tentang masalah beras ni.. Almaklumlah makanan ruji negara .. Jadi saya akan sentiasa ‘mengemaskini’ maklumat-maklumat terbaru terkini mengenai permasalahan beras yang makin meruncing bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh negara..
Source Pic :- Serambinews
Dalam suratkhabar Utusan Malaysia hari ini 1 mukasurat diperuntukkan untuk membicarakan tentang Isu Beras..
1. Tukar kelapa sawit dengan beras.. Kerajaan sedia menukar kelapa sawit dengan beras melalui kaedah dagangan tukar barang (sistem barter) dengan mana-mana negara pengeluar.. Hm.. satu cadangan yang mungkin agak bernas tetapi mahukah negara berikut berkompromi dengan kita?? Pandangan saya cadangan ini adalah baik namun untuk menyelesaikan masalah harga belum tentu berjaya.. Kenapa?? Kerana dasar mengimport sebenarnya hanya akan menyebabkan manipulasi harga boleh dilakukan oleh pihak satu lagi.. Antara beras dan minyak sawit sudah pastinya beras akan menjadi nilai yang lebih tinggi.. Sudah pastinya akan berlaku keterpaksaan dari pihak kita untuk menurunkan harga minyak sekaligus mewujudkan ketidaksamaan nilai perdagangan tersebut.. Pada saya cadangan ini lebih sesuai untuk jangka pendek sahaja..
2. BERNAS akan tanam padi.. Padiberas Nasional Berhad ( Bernas) akan meneroka bidang penanaman padi dalam waktu terdekat bagi memastikan pengeluaran beras Malaysia mencapai tahap sara diri penuh..
Er.. sebenarnya agak konfius sikit dan baru tahu bahawa Bernas hanya bertindak sebagai penjual dan pen’gred’ beras sahaja.. Memang amat menyedihkan … Sebuah organisasi yang besar tidak mengambil tahu dalam bidang penanaman padi sebaliknya hanya menjana keuntungan.. Patutlah ramai merungut… Harap Bernas perlu ambil tindakan secepat mungkin dengan menubuhkan R&D bagi memastikan pengeluaran di peringkat tempatan mencukupi sekaligus isu beras dapat diselesaikan..
Yang lain-lain berita mengenai pasar raya yang menaikkan harga dan isu-isu picisan mengenai beras habis walaupun harga naik..
Baca post saya sebelum ini untuk melihat isu-isu beras sebelum ni..
Tags: beras mahal, beras naik harga, Bernas, isu beras
Posted in kehidupan, pertanian | 1 Comment »










