Keputusan perlawanan akhir hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014

Hari ini berlangsungnya perlawanan akhir kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014. Skuad hoki negara ternyata bernasib baik apabila berjaya mara ke akhir untuk penentuan tempat pertama atau kedua.
Perlawanan akhir pada malam ini akan menyaksikan skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah akan menentang kembali jagoan hoki Australia pada perlawanan terakhir. Pasti di atas kertas, kekuatan pasukan Australia sukar dibendung apatah lagi selepas skuad negara baharu ditumpaskan oleh pasukan lawan pada perlawanan semalam dengan keputusan 2-6.

Pertemuan kali ini mengulangi edisi tahun lalu dimana skuad negara juga bertemu dengan Australia. Diedisi lalu, skuad negara memberikan tentangan sengit dan hanya tumpas 2-3 pada pasukan no 1 dunia itu.
Adakah skuad hoki negara mampu mencatat kejutan ataupun sekurang-kurangnya memberi tentangan sengit kepada pasukan di ranking no-1 hoki dunia itu?
Selain itu, terdapat 2 lagi perlawanan penentuan tempat 3-4 dan tempat ke5-6 yang telah pun tamat. Pasukan Kanada berjaya mendapat tempat ke 5 setelah menumpaskan Afrika Selatan dengan keputusan 2-0.
Bagi perlawanan tempat ke 3/4 pula , pasukan Korea Selatan berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-2.

Keputusan perlawanan akhir hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014

Keputusan Penuh
Kanada vs Afrika Selatan2-0
Korea Selatan vs China 3-2

Keputusan Semasa
Malaysia vs Australia 8-3 (3-1)
6′ Chris Cirello (AUS)
11′ Eddie Ockenden (AUS)
17′ Chris Cirello (AUS)
Shahril (MAS)
40′ Rashid Baharom (MAS)
42′ Chris Cirello (AUS)
46′ Budgeon (AUS)
53′ Chris Cirello (AUS)
65′ Matt Ghodes (AUS)
67′ Fitri Saari (MAS)

** Nampaknya skuad negara terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua setelah tumpas sekali lagi pada pasukan Australia . Apapun tahniah diucapkan kerana rata-rata pemain adalah barisan pemain muda yang menjadi tunjang untuk skuad hoki negara di masa hadapan.

Please follow and like us:
error0

Keputusan Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 19 Mac 2014

Hari ini berlangsung lagi perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah terutama yang membabitkan skuad hoki negara. Pasukan hoki negara yang menduduki tangga ketiga carta akan berhadapan dengan pasukan China.
Walaupun pasukan China bukanlah kuasa besar dalam hoki dunia namun peningkatan mereka mendadak. Apatah lagi dengan keputusan menumbangkan Afrika Selatan dan hampir-hampir seri dengan pasukan Korea Selatan.
Pasti cabaran pada malam ini tidak boleh dipandang enteng oleh anak buah K Dharmaraj. Menambah duka apabila penyerang sensasi negara, Faizal Saari tidak dapat beraksi pada malam ini akibat hukuman penggantungan 1 perlawanan.
Walaubagaimanapun pasti mata penuh ingin dicari bagi memberi saingan dan mencerahkan peluang untuk ke perlawanan akhir. Hanya kemenangan sahaja yang dicari sebelum mengakhiri saingan kumpulan dengan menentang pasukan gergasi, Australia.
Selain perlawanan antara pasukan Malaysia menentang China, terdapat satu lagi perlawanan antara Kanada menentang Afrika Selatan.

Siaran langsung perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 19.3.2014

Siaran langsung perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 19 Mac 2014 disiarkan secara langsung oleh ASTRO Arena 801.

Keputusan perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 19.3.2014

Kanada vs Afrika Selatan2-3 (1-2)
12′ Scott Tupper (Kanada)
28′ Timothy Drummond (Afrika)
33′ lungile (Afrika)
45′ (Kanada)
68′ Julian Hykes (Afrika)

Malaysia vs China 7-3 (5-0)
5′ Marhan (MAS)
9′ Azlan Misron (MAS)
23′ Izad Hakimi (MAS)
26′ Tengku Ahmad Tajudin (MAS)
30′ Shahril Saabah (MAS)
E Liugang (CHINA)
Fitri Saari (MAS)
Du Talake (CHINA)
Firhan (MAS)
Du Talake (CHINA)

**Tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya menumbangkan China dengan keputusan yang agak baik.

Please follow and like us:
error0

Piala Sultan Azlan Shah 2014 : Malaysia tumpaskan Afrika Selatan

Pasukan hoki negara bermula cemerlang dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014 yang berlangsung pada malam tadi. Perlawanan pembukaan memberikan keceriaan kepada penyokong hoki negara apabila skuad negara berjaya menang tipis ke atas Afrika Selatan dengan keputusan 3-2.
Welcome2
Malaysia memulakan aksi apabila pemain remaja negara, Shahril Saabah berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 10. Tersentak dengan gol pembukaan, pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan melalui pukulan sudut penalit yang kedua pada minit ke 16 melalui Jethro Eustice.

Perlawanan separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1. Bersambung pada separuh masa ketiga, seorang lagi pemain remaja negara Rashid Baharom berjaya menjaringkan gol pada minit ke 42 sebelum disamakan kedudukan oleh Eustice pada minit ke 57. Faizal Saari yang mensia-siakan 10 pukulan sudut penalti, akhirnya berjaya menebus kehampaan selepas menjaringkan gol padang pada minit ke 64 sekaligus menjadikan gol kemenangan skuad negara.
Tahniah kepada skuad negara yang berjaya memulakan dengan langkah kanan. Satu lagi perlawanan pula adalah diantara gergasi hoki, Australia yang membenam cabaran skuad China dengan keputusan 7-0.

Diharap kemenangan ini membuka semangat kepada skuad hoki yang rata-rata dibarisi pemain remaja negara untuk mencapai keputusan terbaik. Sudah pasti juara perlu diimpikan walaupun pasti bukan sesuatu yang mudah.

Please follow and like us:
error0
post

Malaysia mampu meraih kedudukan 10 terbaik dunia – Paul Revington

Paul Revingtonho
Berbeza sekali nada antara ketua jurulatih skuad hoki negara dengan jurulatih sukan berpasukan lain dimana beliau yakin dengan kemampuan pasukannya. Ini berikutan kenyataannya bahawa skuad kendaliannya mampu meraih kedudukan 10 terbaik dunia pada pusingan akhir Kejohanan Piala Dunia yang bakal berlangsung di Belanda pada 31 Mei 2014.
Sasaran antara kedudukan 10 terbaik dunia merupakan cabaran yang diletakkan oleh Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Beliau optimis dengan peluang untuk meraih keputusan terbaik walaupun di Piala Dunia nanti mereka terpaksa bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik dunia dari semua benua seperti Sepanyol, Belanda, Jerman, Argentina dan Pakistan.

Pasukan hoki negara yang menggabungkan antara pasukan senior negara dan sebilangan besar tonggak remaja yang mendapat tempat ke empat pada penampilan Piala Dunia Remaja di India, Disember tahun lalu. Beliau juga berpendapat bahawa Malaysia mampu menjadi kuasa sukan hoki dunia dalam masa beberapa tahun akan datang berdasarkan kemampuan pemain-pemain yang kini setaraf dengan beberapa pemain bertaraf dunia.
Mengikut jadual yang dikeluarkan oleh MHC, pasukan hoki senior negara mempunyai jadual yang padat untuk ditempuh pada musim ini. Pemain-pemain skuad hoki negara yang dikendalikan oleh Paul Revington ini perlu bermain di kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (13-22 Mac), Cabaran Juara-juara Satu (25 April-4 Mei), Piala Dunia (31 Mei-15 Jun), Sukan Komenwel (23 Julai-4 Ogos) serta terakhir Sukan Asia pada September depan.

SINARHARIAN
Sememangnya sasaran itu tidak mustahil untuk dicapai seandainya pemain-pemain yang dipilih dapat memberi komitmen yang tiggi. Dan tidak mustahil juga kalau pasukan hoki negara mampu untuk meloloskan diri dalam kelompok 10 pasukan terbaik dunia sekiranya mampu mencapai keputusan positif dalam kejohanan yang disertai. Berdasarkan ranking FIH (Konfederasi Hoki Dunia) pada 10 Januari 2013, Malaysia berada di ranking ke 13 dengan mata 1069 manakala ranking ke 10 dihuni oleh India dengan 1435 mata. Walaupun nampak macam jauh, tapi tidak mustahil untuk skuad hoki negara mencapai sasaran tersebut.
Semoga sasaran ini mampu digapai dan kita harapkan sebelum tahun 2015 skuad hoki negara telah berada dalam ranking tersebut.

Sekian

p/s :- Kan ke best kalau sukan lain pun mempunyai prestasi seperti hoki negara ni kan..

Please follow and like us:
error0

Keputusan Perlawanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 – Malaysia lwn England

Walaupun telah layak ke suku akhir kejohanan hoki Piala Dunia Remaja 2013 setelah mencatatkan 2 kemenangan berturut-turut namun itu bukan petanda skuad hoki remaja perlu berpuas hati. Perlawanan terakhir peringkat kumpulan perlu diselesaikan dengan keputusan yang cemerlang.
2013_Men's_Hockey_Junior_World_Cup_Logo
Perlawanan ketiga adalah menentang skuad Eropah iaitu England. Perlawanan ini pastinya ingin dimenangi bagi mendapatkan tambahan moral bagi pemain. Walaubagaimanapun, jurulatih K Dharmaraj pasti mempunyai perancangan tersendiri pada perlawanan malam ini. Mungkin beberapa pemain yang mempunyai risiko kecederaan akan direhatkan untuk perlawanan pada malam ini. Diharap mampu mencapai kemenangan sekaligus menjadi juara kumpulan.
Continue reading

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan perlawanan hoki Junior Piala Dunia – Malaysia vs Afrika Selatan

Pasukan hoki remaja telahpun memulakan perjuangan di New Delhi India untuk perlawanan hoki junior Piala Dunia 2013. Selepas menumbangkan pasukan New Zealand dengan keputusan 3-2 pada hari ini pasukan negara akan menentang skuad Afrika Selatan.
Bukan satu tugas yang mudah kerana berdasarkan ranking, kekuatan skuad bimbingan K Dharmaraj hampir setara namun pasti pengalaman pemain-pemain junior yang beraksi dengan skuad senior dapat dipergunakan.
2013_Men's_Hockey_Junior_World_Cup_Logo
Perlawanan berlangsung pada jam 8.40 malam waktu Malaysia. Perlawanan disiarkan secara langsung di rangkaian tv ASTRO Arena 801 . Bagi yang ingin menonton di internet boleh tengok disini Youtube
Continue reading

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan Hoki Piala Sultan Johor 26 September 2013

Hari ini berlangsung perlawanan keempat bagi pasukan-pasukan yang bertanding dalam kejohanan hoki Piala Sultan Johor 2013. Kejohanan yang melibatkan pasukan remaja dari negara yang agak ternama dalam sukan hoki ini yang berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya, Johor.
Untuk hari ini 3 perlawanan dilangsungkan iaitu Argentina menentang England pada jam 4.05 petang, India menentang Korea pada jam 6.05 petang dan pasukan Malaysia menentang Pakistan pada jam 8.05 malam. Pasti perlawanan antara Malaysia menentang Pakistan ditunggu oleh penyokong hoki tempatan. Jika skuad negara berjaya menumbangkan Pakistan maka peluang untuk menjuarai kejohanan ini cerah. Jika sebaliknya, perlawanan akhir menentang India akan menjadi penentu samada skuad remaja negara mampu atau tidak merealisasikan sasaran untuk menjuarai kejohanan ini.

Ketika entri ini ditaip 2 perlawanan telah diketahui keputusan dimana pasukan Argentina berjaya menumbangkan pasukan England dengan keputusan 3 tanpa balas. Bagi perlawanan India menentang Korea Selatan pula, pasukan India membelasah pasukan Korea Selatan dengan keputusan 6-1. Mampukah pasukan hoki remaja Malaysia untuk menumbangkan skuad hoki remaja Pakistan sekaligus bertemu India di perlawanan akhir nanti? Kita saksikan keputusannya.
Continue reading

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan perlawanan hoki Piala Sultan Johor 23 September 2013

Hari ini berlangsung perlawanan kedua bagi kejohanan Piala Sultan Johor 2013. Selepas mencapai kemenangan pertama semalam, skuad hoki remaja perlu bermain menentang skuad remaja Korea Selatan.
Bukan satu tugas mudah tapi cabaran untuk menjuarai kejohanan ini perlu direalisasikan di Stadium Taman Daya, Johor Bahru pada jam 8 malam ini.

greenshot free download

Hari ini 3 perlawanan berlangsung iaitu Pakistan menentang England pada jam 4.05 petang, India menentang Argentina pada jam 6.05 petang dan Malaysia menentang Korea Selatan pada jam 8.05 malam.

Siaran langsung perlawanan hoki Piala Sultan Johor 23.9.2013

Perlawanan hoki Piala Sultan Johor 2013 disiarkan secara langsung di Astro Supersport3 816. Siaran langsung perlawanan hoki Piala Sultan Johor 23.9.2013 bagi perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan disiarkan oleh ASTRO Arena 801.
Continue reading

Please follow and like us:
error0