post

Malaysian Tigress layak kategori A

SKUAD hoki wanita negara mendapat perkhabaran gem­­bira menjelang Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia pada Ogos depan apabila Majlis Olimpik Malaysia (MOM) membuat ‘pusingan U’ dengan menyenaraikan semula mereka dalam kategori A.

Timbalan Presiden MOM, Datuk Seri Abdul Azim Ahmad Zabidi menjelaskan, Malaysian Tigress layak ‘diterbangkan’ untuk kate­gori A selepas penilaian semula dibuat badan induk tersebut yang terdahulu menyenaraikan mereka bagi kategori B, Jumaat lalu.

Perubahan status itu disebabkan semakan semula pencapaian skuad negara yang menghuni ranking No. 22 dunia, sewaktu meraih tempat keempat Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2018 di Bandar Donghae, Korea Selatan, Mei lalu.

“Terdapat sedikit kekeliruan mengenai kategori skuad hoki wani­ta ke Sukan Asia 2018. Sebelum ini mereka diletakkan dalam kategori B kerana (dikatakan) menang de­ngan pasukan simpanan Jepun pada ACT 2018 baru-baru ini.

“Kami semak semula dan mendapati enam pemain utama membarisi skuad Jepun yang tewas 2-3 kepada Malaysia pada perlawanan itu. Berdasarkan itu, kami me­ngubah semula (status) mereka ke kategori A.

“Jepun memecahkan kelompok pemain utama kepada dua pasukan. Separuh menyertai ACT 2018 dan bakinya bermain pada Kejohanan Jemputan Tiga Negara di Australia,” katanya.

Azim yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia 2018 berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi perjumpaan bersama Persatuan Mendaki Malaysia di Wisma MOM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur semalam.

Berita gembira itu ternyata menaikkan semangat Malaysian Tigress apabila bergaya mem­belasah Kazakhstan 8-1 pada aksi ketiga Siri Hoki Terbuka Dunia di Stadium Hoki Sengkang, Si­ngapura malam tadi, sekali gus merekodkan kemenangan bersih setakat ini.

Skuad negara akan meneruskan perlawanan keempat kejohanan peringkat kelayakan awal Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menentang Thailand hari ini.

Sumber :-Kosmo

Please follow and like us:
error0
post

Malaysian Tigress bermatian sebelum tumpaskan Thailand di Akhir

Pasukan hoki wanita negara menepati ramalan untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA. Walaupun berada di rangking ke 22 berbanding lawan, Thailand di ranking ke 31 namun ia bukan satu tugas mudah untuk menumbangkan pasukan pelawat.
Suku masa pertama, kedua dan ketiga menyaksikan barisan pemain negara buntu untuk mendapatkan gol walaupun mempunyai banyak peluang di hadapan gol.

Tekanan yang kuat semakin dirasakan namun akhirnya pemain sensasi, HJanis Nadiah Onn berjaya menjaringkan gol padang pada suku masa keempat. Selang seminit kemudian Nuraini Rashid menjarakkan kedua bagi memberikan genggaman emas kepada pasukan negara.
Tahniah kepada pasukan hoki negara namun perlu memperbaiki banyak aspek dalam permainan terutama ketika percubaan untuk mendapatkan pukulan sudut penalti serta kaedah terbaik untuk mendapat gol dalam pukulan sudut penalti. Banyak sekali set-piece yang dilakukan oleh skuad Malaysian Tigress yang tidak menjadi pada kali ini.

Please follow and like us:
error0
post

Pasukan Hoki Wanita Negara Dibelasah pasukan tuan rumah

Impian pasukan hoki negara melakar kejutan untuk layak Ke Piala Dunia 2018 semakin tipis selepas tumpas pada perlawanan ketiga kumpulan.
Selepas tumbang ke atas pasukan Australia dan Sepanyol, pasukan negara hanya mampu membiarkan pasukan tuan rumah, Belgium membolosi gawang sebanyak 9 gol.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysian Tigress menempu laluan sukar apabila bertemu jaguh, New Zealanda pada 27 Jun nanti untuk layak ke suku akhir kejohanan ini.
Belgium memperoleh gol pertama hasil jaringan padang Anne Sophie Weyns yang menolak kencang bola seawal minit ke-2 perlawanan.

Pasukan itu terus agresif menyerang pasukan negara dan hasilnya mereka berjaya menemui gol kedua menerusi pukulan sudut penalti yang disudahkan Aline Fobe pada minit ke-7 sekaligus mendahului Malaysia 2-0.

Apapun, anak buah Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berpeluang menyamakan kedudukan apabila dihadiahkan pukulan sudut penalti selang seminit kemudian namun gagal dimanfaatkan.

Gill Boon menambah derita pasukan negara apabila menjaringkan gol ketiga Belgium menerusi satu gol padang pada ke-22 untuk menjadikan pasukannya semakin selesa mendahului Malaysian Tigress dengan jaringan 3-0.

Dua minit sebelum separuh masa pertama berakhir, Belgium dihadiahkan penalti stroke tetapi ianya gagal disempurnakan Stephanie Vanden Borre dengan tolakan lemah menjadikan kedudukan 3-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua, tiga gol daripada penalti stroke pada minit ke-33 dan minit ke-44 oleh Stephanie Vanden Borre serta Gill Boon pada minit ke-37 menjadikan kedudukan Belgium semakin selesa mendahului Malaysia dengan 6-0.

Belum cukup dengan kedudukan itu, Anouk Raes menambah gol ketujuh untuk Belgium menerusi gol padang kencang pada minit ke-48 menjadikan kedudukan 7-0. Kemudiannya, giliran Emma Puvrez pula menyumbat gol kelapan pada minit ke-53 untuk kedudukan 8-0.

Gol kemenangan Belgium yang juga gol kesembilan pasukan itu dilengkapkan oleh Anouk Rees pada minit ke-58 untuk tiga mata penuh menjadi milik pasukan tuan rumah.

Sumber :- MHC.org.my

Please follow and like us:
error0
post

Pasukan hoki wanita negara masih tercari-cari kemenangan

Ketika pasukan hoki lelaki negara telahpun layak ke Piala Dunia 2018 selepas ke separuh akhir Hoki Liga Dunia, barisan pemain hoki wanita pula masih mencari kemenangan pertama.
Barisan skuad hoki wanita yang dibimbing oleh Muhammad Dharma Raj Abdullah ini tewas pada perlawanan kedua, kali ini kepada pasukan Sepanyol di Stadium Fallon, Brussels, Belgium.

Pasukan wanita negara berjaya menjaringkan gol awal pada minit ketiga apabila ketua pasukan, Siti Noor Amarina menyempurnakan pukulan sudut penalti.
Walaupun dapat mempertahankan kedudukan pada suku pertama namun gawang Malaysia bolos apabila Carola Salvatella menyamakan kedudukan melalui gerakan padang.

Pemain Malaysia melakukan kesilapan apabila Sepanyol dihadiahkan pukulan penalti stroke pada minti ke 31 yang disempurnakan oleh Lola Riera.
Lola menambah gol kedua peribadi serta gol ketiga Sepanyol pada minit ke 36 yang menyaksikan pasukan Sepanyol mendahului 3-1 hingga perlawanan tamat.
Skuad negara akan meneruskan perlawanan ketiga bagi saingan peringkat kumpulan menentang tuan rumah Belgium (24 Jun 2017, Sabtu jam 10 malam waktu Malaysia).

Please follow and like us:
error0
post

Pasukan Hoki Wanita Negara Tumpas di perlawanan akhir

Pasukan hoki wanita Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Ireland selepas tumpas 0-3 dalam Perlawanan Akhir Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua yang berlangsung di Stadium Tun Razak semalam. Pasukan bergelar Malaysia Tigress ini ingin membalas dendam kekalahan tipis ketika peringkat kumpulan apabila tumpas 1-2 namun gagal.

Kegagalan Nuraini Rashid menyempurnakan pukulan penalti stroke juga menyebabkan pasukan negara tidak dapat bersaing dengan pasukan Ireland. Pasuakn Ireland berjaya mejaringkan gol pertama melalui pemain penyerang berbisa Anna O’Flanagan dimana beliau mengumpul 12 gol (11 gol padang dan satu gol pukulan sudut penalti).

Gol kedua Ireland disumbat oleh Kathryn Mullan pada minit ke 10 dan Zue Wilson pada minit ke 34. Pasukan Ireland mendominasi perlawanan namun pasukan Malaysia berjaya mengawal apabila pasukan Ireland hanya berjaya mendapat 3 pukulan sudut penalti pada perlawanan ini.

Walaupun hanya bergelar naib juara, namun pasukan hoki wanita negara mendapat tiket untuk melangkah ke pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia pada Jun nanti untuk merebut tiket ke Piala Dunia 2018.

Berikut merupakan anugerah dalam Kejohanan Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua

Juara : Ireland

Naib Juara : Malaysia

Penjaga Gol Terbaik : Ayeisha McFerran(Ireland)

Pemain Terbaik : Anna O’Flanagan (Ireland)

Pemain Muda Terbaik : Hanis Nadiah Onn (Malaysia)

hanis-nadiah

Penjaring Terbanyak : Anna O’ Flanagan

Tahniah kepada pasukan negara. Berdasarkan kejohanan kali ini, pasukan negara mempunyai potensi dimana terdapat pemain yang mempunyai kemampuan untuk bersaing seperti Hanis Nadiah Onn, Linda Said dan ramai lagi. Semoga barisan pemain ini mampu dikekalkan serta dibekalkan ilmu untuk maju dan mengharumkan nama negara.

Please follow and like us:
error0
post

Pasukan Hoki Wanita Malaysia Layak Ke Perlawanan Akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia Wanita (WWHL) 2017

Pasukan hoki wanita Malaysia berjaya melangkah ke perlawanan akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia Wanita (WWHL) 2017 selepas berjaya menumbangkan pasukan no 15 dunia Itali. Kemenangan ini juga memastikan skuad yang digelar Malaysia Tigress itu tiket secara automatic ke Separuh Akhir WWHL 2017 di Belgium atau Afrika Selatan pada Jun depan. Ia juga merupakan peringkat kelayakan terakhir untuk layak ke pentas Piala Dunia Hoki Wanita 2018 di London nanti.

Pasukan hoki negara yang menghuni ranking ke 21 dunia ketinggalan pada minit ke 10 melalui jaringan padang pemain Itali, Maria Garraffo. Pemain negara tidak mudah mengalah dan jaringan melalui pukukan sudut penalti dihasilkan oleh Fazilla Sylverster Silin pda minit ke 13. Pemain Itali sekali lagi mendahului melalui Agata Wybieralska pada minit ke 18. Penyerang muda negara, Hanis Nadiah berjaya membolos gawang lawan pada minit ke 26 untuk mengikat kedudukan kedua-dua pasukan.

Sehingga tamat 60 minit perlawanan kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan 2-2 dan perlawanan terpaksa ditentukan melalui penalti ‘shootout’. Penjaga gol Farah Ayuni berjaya menyelamatkan lima pukulan penalti Itali manakala Fatin Shafika Sukri pula berjaya menjaringkan gol untuk memastikan kemenangan pasukan negara.

Pasukan negara berjaya memenangi perlawnana selepas menang melalui penalti ‘shootout’ dengan keputusan 2-1 sekaligus akan bertemu sekali lagi pasukan Ireland. Jika sebelum ini dalam peringkat kumpulan pasukan negara tumpas 1-2 namun mungkin kali ini pasukan negara mampu mengubah keputusannya.

hoki-wanita-malaysia-lwn-itali

Ligakampung mengucapkan syabas dan tahniah kepada skuad hoki wanita negara. Sekarang ni strategi untuk ke perlawanan Separuh Akhir WWHL 2017 perlu dirangka seawal mungkin. Ini penting untuk memastikan barisan pemain hoki wanita mampu mencatat sejarah ke Piala Dunia 2018 nanti

 

Please follow and like us:
error0
post

Pasukan Hoki Wanita Negara Tersungkur di tangan Ireland

Harapan pasukan hoki wanita negara sedikit mengalami kesukaran apabila tumpas di tangan pasukan di tangga ke 16 dunia, Ireland. Pasukan wanita negara yang bermula garang pada aksi pertama bertemu dengan pasukan yang lebih handal pada malam tadi.

Pasukan bimbingan K Dharmaraj bermula dengan sedikit goyah apabila pemain Ireland berjaya mendapatkan gol seawal minit ke 5 melalui Chloe Watkins . Selepas itu pasukan negara mula mengimbangi pasukan pelawat sehingga memperolehi 5 pukulan sudut penalti namun gagal menumpaskan penjaga gol Ireland yang berjaya menyelamatkan percubaan pasukan negara.

hoki-ireland-kalahkan-malaysia

Ketiadaan ketua pasukan negara , Siti Nur Amarina kerana membantah  telah memberi peluang kepada pasukan Ireland mendapatkan gol kedua melalui Anna O’Flanagan pada minit ke 52. Ketika seakan pasukan Ireland mengendurkan serangan, pasukan negara berjaya mendapatkan gol yang cantik melalui pemain muda negara, Hanis Onn pada minit ke 54. Walaupun cuba mengasak dan mendapatkan 2 pukulan sudut penalti pada 3 minit terakhir namun gol yang dinanti tidak tiba. Seandainya berjaya menjaringkan gol penyamaan, kedua-dua pasukan akan berhadapan dengan penalty shootout mengikut format terkini.

Ligakampung.com tetap mengucapkan syabas kepada srikandi Malaysia. Walaupun tampak sukar tapi pasukan negara menunjukkan aksi baik serta memberi saingan hebat kepada pasukan Ireland. Mungkin pasukan negara perlu memperbaiki dari segi pukulan sudut penalty yang disia-siakan. Ia juga berlaku pada perlawanan menentang Hong Kong tempohari dimana lebih dari 10 pukulan sudut penalty diperolehi.

Walaupun sedikit sukar namun peluang untuk pasukan negara mencuri slot ke Piala Dunia 2018 masih terbuka. Selepas ini, pasti tiada masalah untuk pasukan negara menumbangkan pasukan Kazakhstan pada esok hari.

Semoga pasukan ini dapat meningkat lagi. Semoga berjaya.

Cuma pelik pula kenapa jersi pasukan negara warna ‘Oren’ dan bukan kuning ye? Lagi satu ada banyak juga keputusan pengadil yang tidak tepat. Kenapa juga rujukan video tidak digunakan dalam kejohanan sepenting ini? Mungkin ada yang boleh memberikan jawapan kepada kami.

 

 

Please follow and like us:
error0
post

Skuad Hoki Wanita Sasar Empat Terbaik Asia

KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) telah merangka pelan untuk skuad wanita pada 2016 untuk memecah dominan dalam empat pasukan terbaik Asia.

Timbalan Presidennya Prof Dr S. Shamala menyifatkan 2016 sebagai tahun yang penting untuk melakukan persediaan dan pendedahan kepada pasukan negara bagi menghadapi beberapa kejohanan utama pada 2017 dan 2018.

“Saya sangat gembira dengan pencapaian 2015, kita mempertahankan pingat emas Sukan SEA untuk kali keenam dan mempamerkan permainan cemerlang pada Liga Hoki Wanita Dunia Pusingan 2 sebelum tewas 0-1 kepada Poland pada separuh akhir dan terlepas peluang ke Olimpik.

“Sekarang kita ada Terry Walsh (pengarah teknikal) dan Muhammad Dharmaraj Abdullah (jurulatih). Dharmaraj memiliki rekod yang baik bersama pasukan remaja lelaki dan saya fikir beliau lakukan banyak perkara kreatif bagi memotivasikan pemain, jadi ia menjadi satu rangsangan apabila beliau menjadi jurulatih kami,” katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu beliau yakin pasukan wanita negara kelak mampu dibawa ketahap lebih tinggi dan berusaha menembusi penguasaan empat pasukan terbaik Asia yang didominasi India, Korea Selatan, China dan Jepun.

Sebagai rekod Malaysia kini berada di tempat ke-20 senarai Persekutuan Hoki Antarabangsa dengan 550 mata, sementara China pada kedudukan kelima (1,678 mata) diikuti Korea Selatan di tempat kesembilan (1,534 mata), Jepun di tempat ke-10(1,260 mata) dan India di tempat ke-13 (1,084 mata).

Antara program yang akan disertai pasukan wanita ialah Liga Hoki Australia untuk julung kalinya dan pengenalan semula Liga Hoki Remaja Wanita Kebangsaan (NWJHL).

hoki-wanita

Menurut Shamala yang juga Pengarah Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), keutamaan tahun depan ialah penganjuran NWJHL yang dijadualkan pada Februari atau Mac.

“Kami akan memanggil pasukan untuk pendaftaran tidak lama lagi, persediaan berjalan lancar. Kita ada liga wanita beberapa tahun lalu, pada 2000 kita ada tiga siri.

“Amat baik dapat perkenalkan semula liga untuk pertandingan jangka panjangbagi pasukan-pasukan tempatan. Tanpa liga yang baik, sukar untuk membangunkan pasukan,” jelasnya.

Shamala menambah tempoh liga tersebut bergantung kepada bilangan pasukan yang menyertai liga tersebut dan ia biasanya berlangsung dalam tempoh lima minggu.

Bagaimanapun beliau memberitahu tumpuan utama tahun depan ialah persediaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.

Selain itu beliau menambah pasukan negara akan menjadi tuan rumah Pusingan 2HWL 2017 dan peluang itu perlu dimanfaatkan untuk melangkah ke Pusingan 3. –Bernama

Please follow and like us:
error0