post

Skuad Hoki wanita Negara Gagal Bawa Pulang Mata Menentang New Zealand

Skuad hoki wanita negara gagal dalam misi untuk mendapatkan satu kemenangan bagi melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.
Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, skuad negara tewas tipis 0-1 kepada jaguh hoki dunia, New Zealand.

Pasukan negara dibolosi pada minit ke 4 melalui jaringan padang pada minit ke 4 oleh Olivia Merry. Walaupun dijangka akan dibolosi dengan lebih banyak gol namun barisan pemain hoki wanita negara kekal berdisplin dan sekali sekala cuba melancarkan serangan.
Malahan pasukan New Zealand mendapat kira-kira 10 pukulan sudut penalti yang berjaya dipatahkan oleh barisan skuad hoki Malaysia.

olivia merry

Olivia Merry, pemain New Zealand yang menjadi pemusnah pertemuan Malaysia menentang New Zealand

Walaupun misi melakukan kejutan sudah terkubur namun pasukan negara tidak patut kecewa dan perlu memperbaiki dari semasa ke semasa. Perlawanan menentang New Zealand perlu menjadi pembuka bahawa skuad hoki mampu bersaing cuma perlu mencari ramuan terbaik untuk mengawal perlawanan seterusnya mendapatkan gol.

Please follow and like us:
error0
post

Pasukan Hoki Wanita Negara Tersungkur di tangan Ireland

Harapan pasukan hoki wanita negara sedikit mengalami kesukaran apabila tumpas di tangan pasukan di tangga ke 16 dunia, Ireland. Pasukan wanita negara yang bermula garang pada aksi pertama bertemu dengan pasukan yang lebih handal pada malam tadi.

Pasukan bimbingan K Dharmaraj bermula dengan sedikit goyah apabila pemain Ireland berjaya mendapatkan gol seawal minit ke 5 melalui Chloe Watkins . Selepas itu pasukan negara mula mengimbangi pasukan pelawat sehingga memperolehi 5 pukulan sudut penalti namun gagal menumpaskan penjaga gol Ireland yang berjaya menyelamatkan percubaan pasukan negara.

hoki-ireland-kalahkan-malaysia

Ketiadaan ketua pasukan negara , Siti Nur Amarina kerana membantah  telah memberi peluang kepada pasukan Ireland mendapatkan gol kedua melalui Anna O’Flanagan pada minit ke 52. Ketika seakan pasukan Ireland mengendurkan serangan, pasukan negara berjaya mendapatkan gol yang cantik melalui pemain muda negara, Hanis Onn pada minit ke 54. Walaupun cuba mengasak dan mendapatkan 2 pukulan sudut penalti pada 3 minit terakhir namun gol yang dinanti tidak tiba. Seandainya berjaya menjaringkan gol penyamaan, kedua-dua pasukan akan berhadapan dengan penalty shootout mengikut format terkini.

Ligakampung.com tetap mengucapkan syabas kepada srikandi Malaysia. Walaupun tampak sukar tapi pasukan negara menunjukkan aksi baik serta memberi saingan hebat kepada pasukan Ireland. Mungkin pasukan negara perlu memperbaiki dari segi pukulan sudut penalty yang disia-siakan. Ia juga berlaku pada perlawanan menentang Hong Kong tempohari dimana lebih dari 10 pukulan sudut penalty diperolehi.

Walaupun sedikit sukar namun peluang untuk pasukan negara mencuri slot ke Piala Dunia 2018 masih terbuka. Selepas ini, pasti tiada masalah untuk pasukan negara menumbangkan pasukan Kazakhstan pada esok hari.

Semoga pasukan ini dapat meningkat lagi. Semoga berjaya.

Cuma pelik pula kenapa jersi pasukan negara warna ‘Oren’ dan bukan kuning ye? Lagi satu ada banyak juga keputusan pengadil yang tidak tepat. Kenapa juga rujukan video tidak digunakan dalam kejohanan sepenting ini? Mungkin ada yang boleh memberikan jawapan kepada kami.

 

 

Please follow and like us:
error0