post

Piala Sultan Azlan Shah tanpa gergasi Eropah

Kejohanan hoki tertua di Malaysia, Piala Sultan Azlan Shah yang akan berlangsung pad a23 hingga 30 Mac ini akan hilang serinya apabila pasukan utama seperti Britain, Belgium, New Zealand serta gergasi Australia tidak akan beraksi dalam kejohanan tersebut.
Ini kerana pasukan ini terbabit dalam Liga Professional edisi pertama yang akan berlangsung bermula Januari hingga Jun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan, Datuk Abd Rahim Mohd Ariff, berkata negara yang sudah mengesahkan penyertaan ialah India, Kanada, Afrika Selatan, Korea Selatan dan Jepun selain tuan rumah, Malaysia.

Jika dilihat ranking pasukan lain, nampaknya pencabar kita adalah India, namun kita tidak boleh mengetepikan Jepun sebagai juara hoki dalam Sukan Asia (tahun lalu).

“Bagaimanapun, peluang untuk Malaysia ke perlawanan akhir amatlah cerah,” katanya.

Beliau berkata, kejohanan edisi kali ini adalah pentas pasukan negara menebus kehampaan ketika tumpas kepada Jepun dalam perlawanan akhir Sukan Asia di Jakarta-Palembang, tahun lalu.

“Rakyat Malaysia pasti mahu melihat semula perlawanan ulangan antara Malaysia dan Jepun kerana kita agak terkilan dengan cara kekalahan pasukan Speedy Tigers di tangan Jepun, dan kita harap ia mampu ditebus,” katanya.

Sumber :-HMetro

Please follow and like us:
error0
post

Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 : Malaysia tumpas kepada New Zealand

Kejohanan hoki berprestij tempatan, Piala Sultan Azlan Shah tahun 2015 bermula pada hari ini. Perlawanan pertama yang membabitkan pasukan Malaysia menentang pasukan New Zealand yang berlangsung di Stadium Hoki Ipoh, Perak ini berlangsung pada jam 8.00 malam.
Pasukan hoki negara yang dibimbing oleh Tai Beng Hai ini bermula dengan langkah kiri apabila tumpas ke atas pasukan di tangga ke 7 dunia manakala skuad negara berada di ranking ke 12 dunia.

Pasukan Malaysia tumpas dengan keputusan 2-4 pada pasukan New Zealand. Jaringan pasukan New Zealand dilakukan oleh Haig pada minit ke 3, Child minit ke 5, Haywood minit ke 55 dan Neal pada minit ke 58. Pasukan Malaysia pula mendapatkan gol melalui Ramadan pada minit ke 21 dan Shahrun Nabil pada minit ke 52.

hoki-malaysia-vs-nz
Secara keseluruhannya pasukan Malaysia bermain baik pada suku ke 3 dan ke 4. Selepas bermula dengan perlahan, pasukan New Zealand berjaya mendapatkan 2 gol pantas pada awal permainan. Pasukan Malaysia hanya mula memberikan tentang pada suku ke 3 apabila berjaya mendapatkan gol dan berjaya menyamakan kedudukan pada suku ke 4.
Namun kelekaan benteng pertahanan dihukum oleh pasukan New Zealand untuk mendapatkan 2 gol sekaligus mendapatkan 3 mata penuh bagi perlawanan pertama.

Selepas ini, pastinya perlawanan yang lebih mencabar kerana perlu bertemu gergasi hoki, Australia. Semoga kelemahan yang dilakukan hari ini dapat diperbaiki oleh jurulatih dan para pemain terutama di barisan serangan yang tumpul dan tidak bernasib baik. Banyak peluang yang tidak dapat diterjemahkan sebagai gol akibat terkena palang dan gopoh membuat keputusan.

Keputusan Penuh Hoki Piala Sultan Azlan Shah 5.4.2015

MAS vs NZ 2-4

India vs Korea 2-2

Australia vs Canada 7-0

Please follow and like us:
error0

Keputusan Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 19 Mac 2014

Hari ini berlangsung lagi perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah terutama yang membabitkan skuad hoki negara. Pasukan hoki negara yang menduduki tangga ketiga carta akan berhadapan dengan pasukan China.
Walaupun pasukan China bukanlah kuasa besar dalam hoki dunia namun peningkatan mereka mendadak. Apatah lagi dengan keputusan menumbangkan Afrika Selatan dan hampir-hampir seri dengan pasukan Korea Selatan.
Pasti cabaran pada malam ini tidak boleh dipandang enteng oleh anak buah K Dharmaraj. Menambah duka apabila penyerang sensasi negara, Faizal Saari tidak dapat beraksi pada malam ini akibat hukuman penggantungan 1 perlawanan.
Walaubagaimanapun pasti mata penuh ingin dicari bagi memberi saingan dan mencerahkan peluang untuk ke perlawanan akhir. Hanya kemenangan sahaja yang dicari sebelum mengakhiri saingan kumpulan dengan menentang pasukan gergasi, Australia.
Selain perlawanan antara pasukan Malaysia menentang China, terdapat satu lagi perlawanan antara Kanada menentang Afrika Selatan.

Siaran langsung perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 19.3.2014

Siaran langsung perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 19 Mac 2014 disiarkan secara langsung oleh ASTRO Arena 801.

Keputusan perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 19.3.2014

Kanada vs Afrika Selatan2-3 (1-2)
12′ Scott Tupper (Kanada)
28′ Timothy Drummond (Afrika)
33′ lungile (Afrika)
45′ (Kanada)
68′ Julian Hykes (Afrika)

Malaysia vs China 7-3 (5-0)
5′ Marhan (MAS)
9′ Azlan Misron (MAS)
23′ Izad Hakimi (MAS)
26′ Tengku Ahmad Tajudin (MAS)
30′ Shahril Saabah (MAS)
E Liugang (CHINA)
Fitri Saari (MAS)
Du Talake (CHINA)
Firhan (MAS)
Du Talake (CHINA)

**Tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya menumbangkan China dengan keputusan yang agak baik.

Please follow and like us:
error0

Keputusan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 17 Mac 2014

Hari ini berlangsung perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah dimana 3 perlawanan telahpun berlangsung.
Perlawanan pertama yang berlangsung pada pukul 4.00 petang di Stadium Hoki Sultan Azlan menemukan antara pasukan Australia menentang Afrika Selatan.
Pasukan gergasi hoki, Australia tidak menghadapi masalah untuk membenam Afrika Selatan dengan jaringan 7-0. Ini membuktikan betapa jauhnya standard antara pasukan ini dengan pasukan lain apabila mereka menang ketiga-tiga perlawanan dengan jaringan yang besar.

Perlawanan kedua pula berlangsung pada pukul 6.00 petang menemukan pasukan Asia iaitu China dan Korea Selatan. Sedikit kejutan apabila pasukan China mampu memberikan tentangan sengit kepada jaguh Asia, Korea Selatan. Walaubagaimanapun, skuad Korea Selatan berjaya menewaskan China dengan keputusan 3-2.
Perlawanan terakhir hari ini yang telah berlangsung pada jam 8.00 malam tadi menemukan skuad hoki kebangsaan menentang Kanada. Pasukan kebangsaan nampaknya berjaya menumpaskan pasukan Kanada dengan keputusan 3-1 sekaligus berada di tangga ketiga carta dengan mata yang sama dengan Korea. Pada perlawanan antara Malaysia menentang Kanada, penyerang sensasi negara Faizal Saari menghadiahkan 2 gol manakala Kazamiru Nasrudin menambah gol untuk skuad negara.
Tahniah kepada skuad hoki negara yang berjaya mencatatkan kemenangan. Diharap 2 perlawanan lagi pasukan negara perlu bermain sehabis baik kerana mereka pasti lebih teruji dengan pasukan China dan Australia selepas ini.

Keputusan Penuh Hoki Piala Sultan Azlan Shah 17.3.2014

Australia vs Afrika Selatan 7-0 (3-0)
30′ Trent Mitton (AUS)
34′ Jamie Dywer (AUS)
35′ Nicholas Budgeon (AUS)
46′ Jamie Dywer (AUS)
52′ Chris Ciriello (AUS)
55′ Daniel Beale (AUS)
62′ Mark Knowles

Korea vs China 3-2 (1-1)
19′ Kim Syeong Kyu (KOR)
32′ Zhang Xihian (CHN)

Malaysia vs Kanada 3-1 (1-1)
sultan azlan
how to print screen on pc

4′ Faizal Saari (MAS)
15′ Adam Froese (CAN)
46′ Faizal Saari (MAS)
67′ Kazamirul Nasruddin (MAS)

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 16 Mac 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Hari ini berlangsung perlawanan untuk penentuan bagi menentukan pasukan yang akan ke akhir bagi kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2013. Perlawanan antara Korea menentang Pakistan berkesudahan dengan kedua-dua gergasi Asia ini terikat dengan keputusan 2-2. Perlawanan kedua pula menemukan gergasi hoki dunia yang kini menghuni tempat kedua iaitu Australia menentang jiran, New Zealand. Perlawanan yang telah tamat beberapa ketika menyaksikan pasukan Australia mengalahkan New Zealand dengan keputusan 3-2. Keputusan ini sekaligus mengesahkan peluang Malaysia untuk bertemu dengan pasukan Australia diperlawanan akhir pada esok hari walau apa keputusan perlawanan antara Malaysia dan India.
Walaubagaimanapun pasukan Malaysia perlu bermain berhabis-habisan menentang India dan jangan menganggap ianya sekadar pelengkap sebelum pertemuan esok. Mereka perlu juga mempamerkan aksi terbaik untuk mendapatkan suntikan moral pada perlawanan akhir esok.
Seperti biasa, perlawanan disiarkan secara langsung oleh ASTRO Arena 801
Continue reading

Please follow and like us:
error0