post

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Sultan Azlan Shah 2015 – Malaysia tempat tercorot

Hari ini berakhirnya kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015. Pasukan Malaysia menentang pasukan Kanada bagi menentukan klasifikasi tempat ke 5-6.
Pasukan hoki negara pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Kanada berjaya menumpaskan pasukan tersebut dengan keputusan 4-1.

Pada perlawanan terakhir ini, momentum tersebut tidak dapat diteruskan. Pasukan Malaysia hanya seri 4-4 dan perlawana tersebut terpaksa ditentukan dengan penalti dimana skuad Kanada berjaya dengan keputusan 1-3.
Gol perlawanan penuh pasukan negara dijaringkan oleh Mohd Razie Rahim pada minit ke 2, Faizal Saari pada minit ke 19 dan 37 serta Firhan Ashaari pada minit ke 22. Pasukan Kanada pula berjaya menyumpat gol melalui Gabriel Ho pada minit ke 16,26 dan minit 33 manakala Sarmento pada minit ke 49.

mas-canada

Nampaknya skuad negara menghadapi kejohanan ini dengan berada di tangga ke bawah. Ini sedikit mencalar reputasi pasukan yang mensasarkan juara pada kejohanan kali ini.
Sememangnya banyak perkara yang berlaku mencacatkan persembahan pasukan negara seperti isu Faizal Saari, jurulatih, tampuk kepimpinan dan sebagainya. Bagi menghadapi kejohanan Hoki Dunia, pasukan negara perlu mengambil pengalaman dalam kejohanan ini.
Pada pendapat saya terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian bagi kejohanan hoki dunia nanti.

1) Pertukaran posisi beberapa pemain yang tidak menjadi. Antara yang menjadi perhatian saya ialah Sukri Mutalib yang diletakkan di bahagian tengah pada kejohanan kali ini. Agak terumbang ambing prestasi beliau dalam kejohanan kali ini.

Sukri Mutalib

Sukri Mutalib

2) Bahagian tengah kurang kreatif. Nampak kurang menjadi di bahagian tengah, dimana Faiz Helmi Jali banyak ditugaskan untuk menyerang dan bertahan.

3) Mungkin beberapa pemain yang lebih berpengalaman dipanggil semula. Sudah pasti Fitri Saari, Izad Sumantri dan beberapa pemain lain boleh dipanggil semula terutama dibahagian tengah yang kurang menjadi.

4) Kurangkan melakukan kesalahan yang memberikan kad. Dalam kejohanan kali ini pemain Malaysia banyak mendapat kad terutamanya kad hijau. Ianya akan menyebabkan pemain kekurangan seorang pemain sekaligus menyukarkan organisasi pasukan.

5) Barisan pertahanan yang sering gagal mengawal penyerang sehingga menyebabkan penjaga gol terpaksa menyelamatkan percubaan bahaya.

6) Kurangnya mendapat pukulan sudut penalti. Ia juga memberi petanda kurangnya serangan ke kawasan D lawan.

Ini mungkin beberapa perkara yang diperhatikan dalam kejohanan hoki bagi skuad Malaysia.
Semoga kejohanan ini memberi pengajaran berguna bagi skuad hoki Malaysia untuk mencapai sasaran layak ke Sukan Olimpik 2016.

Keputusan Akhir Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015

Malaysia vs Kanada 4-4 (Penalti 1-3)

Korea Selatan vs India 2-2 (Penalti 1-4)

Australia vs New Zealand 2-2 (Penalti  1-3 )

** Pasukan New Zealand menjuarai kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2015 dengan menumpaskan Australia.

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 – Malaysia melawan Canada

Hari ini berlangsung perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015. Pasukan hoki Malaysia yang mensasarkan untuk ke peringkat akhir nampaknya terpaksa berputih mata apabila tumpas 3 perlawanan dan hanya menang 1 sahaja.
Perlawanan ini tidak memberi impak besar kerana pasukan Malaysia akan tetap beraksi untuk keputusan tempat ke 5-6 selepas pasukan India mengejutkan pasukan Australia pada perlawanan pertama pada hari ini. Walaubagaimanapun, sudah pasti perlawanan pada malam ini memerlukan kemenangan bagi memperbaiki momentum pasukan negara.

Ulasan Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 Malaysia menentang Canada

Suku Masa Pertama
Pada suku pertama, pasukan Malaysia berjaya mendahului Kanada dengan keputusan 2-0. Pasukan Malaysia mendahului pada minit ke 5 apabila Haziq Samsul menyambung hantaran dari Firhan Ashaari. Selang seminit, Nabil berjaya melakukan pukulan padu ke pintu gol yang telah terbias oleh pemain Kanada yang seterusnya menghasilkan gol.

Suku Masa Kedua
Suku kedua agak perlahan bagi pasukan Malaysia. Tiada jaringan tambahan dilakukan pada suku masa kedua ini.

Suku Masa Ketiga
Tengku Ahmad Tajudding berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke 38. Pasukan Kanada berjaya merapatkan jurang pada minit ke 40 melalui Mathew Sarmento. Haziq menjaringkan gol keempat pasukan Malaysia pada minit ke 43.

Suku Masa Keempat
Tiada jaringan tambahan pada suku keempat. Pasukan Malaysia menumpaskan Kanada dengan keputusan 4-1.

Keputusan perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 11.4.2015

Australia vs India 2-4

Korea Selatan vs New Zealand 3-3

** New Zealand ke akhir menentang Australia..

Malaysia vs Canada 4-1

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 : Malaysia tumpaskan India

Hari ini berlangsung perlawanan ketiga kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2015 dimana pasukan Malaysia menentang pasukan India. Antara seteru utama pasukan hoki kebangsaan di peringkat Asia. Kedua-dua pasukan menginginkan kemenangan selepas tumpas 2 perlawanan terdahulu.
Perlawanan pada hari ini berlangsung lewat akibat masalah cuaca di Ipoh dan bermula pada jam 9.00 malam. Perlawanan hoki antara Malaysia dan India sering berkesudahan tipis. Perlawanan pada malam ini cukup sengit antara kedua-dua pasukan. Pasukan negara berjaya menumbangkan pasukan India dengan keputusan 3-2.

Gol pertama pasukan Malaysia dijaringkan oleh penyerang sensasi, Faizal Saari melalui pukulan sudut penalti pada minit ke 17. Keputusan itu tidak bertahan lama apabila pakar sudut penalti India merapatkan jurang dengan jaringan pada minit ke 19. Pemain muda negara, Haziq Shamsul berjaya mendapatkan gol kedua negara melalui gol padang hasil usaha keras penyerang negara Firhan Ashaari pada minit ke 35.
Sekali lagi gol melalui pukulan sudut penalti dihasilkan oleh Rupinder Singh pada minit ke 51. Ketika perlawanan hampir ke penghujung, Shahrun Nabil berjaya menyudahkan peluang terhidang pada minit ke 59 untuk memberikan 3 mata kepada skuad hoki negara.

Hockey-India-vs-Malaysia-e1413616127413

Permainan yang cukup baik pada hari ini cuma terdapat beberapa kesilapan hantaran yang memberikan tekanan kepada penjaga gol dan pertahanan. Mungkin pasukan negara perlu memperbaiki mutu permainan untuk perlawanan akan datang.

Tahniah kepada pemain dan jurulatih skuad hoki negara mendapat kemenangan pertama dalam kejohanan kali ini.

Keputusan Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 8.4.2015

Malaysia vs India 3-2

Korea Selatan vs Australia2-5

Canada vs New Zealand 0-5

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 : Malaysia tumpas di tangan Australia

Perlawanan kedua bagi kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015. Pasukan hoki negara menghadapi tugas getir apabila bertemu gergasi hoki, Australia. Perlawanan pertama pada hari semalam yang menyaksikan pasukan Australia membelasah Canada 7-0 menghadirkan kegusaran apatah lagi pasukan bimbingan Tan Beng Hai tumpas pada perlawanan pertama di tangan New Zealand dengan keputusan 2-4.
Walaupun pasukan negara masih jauh level dari pasukan Australia namun perlawanan hari ini cukup membanggakan. Pasukan negara tumpas tipis dengan keputusan 2-3 menentang jagoan yang menduduki rangking pertama dunia itu.
malaysia-vs-australia

Jaringan skuad hoki Australia dijaringkan oleh Dwyer pada minit ke 43, 53 dan Wotherspoon pada minit ke 58. Pasukan Malaysia berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke 56 melalui jaringan penyerang muda negara Firhan Ashaari dan Tengku Ahmad Tajuddin pada minit ke 59. Walaupun kalah namun permainan pasukan negara cukup bersemangat dan hebat. Hanya sedikit kesilapan mengakibatkan kegagalan untuk pasukan negara memungut mata.
Apapun masih ada lagi perlawanan untuk ditamatkan walaupun sasaran untuk ke perlawanan akhir sedikit tipis.

Keputusan Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 6.4.2015

Malaysia vs Australia 2-3

New Zealanda vs India 2-1

Korea vs Canada3-1

Please follow and like us:
error0