post

Keputusan perlawanan Hoki Piala Asia 2013 – Malaysia lwn Pakistan

Perlawanan hoki Piala Asia memasuki hari kedua. Perlawanan yang berlangsung di Sultan Azlan Shah ini akan menyaksikan skuad hoki negara mengalas tugas untuk menentang musuh tradisi, Pakistan. Perlawanan ini pastinya menjadi tugas berat memandangkan skuad Pakistan merupakan kuasa besar dalam hoki negara dan menduduki ranking ke 8 dunia manakala Malaysia berada di ranking ke 13.

| RANKING HOKI TERKINI |

Pasti kemenangan dicari bagi mencari 3 mata penuh. Walaupun sukar namun tidak mustahil dengan barisan pemain yang ada. Pasukan negara berjaya membelasah pasukan Taipei dengan keputusan 10-2 pada perlawanan lalu manakala pasukan Pakistan membenam skuad Jepun dengan keputusan 7-0. Kedua-dua pasukan berada dalam keadaan yang baik dan perlawanan pada hari ini pasti ingin dimenangi oleh kedua-dua pasukan bagi menduduki tangga teratas carta kumpulan A.
Kemenangan pasti memberi laluan mudah untuk ke perlawanan separuh akhir nanti manakala kekalahan mungkin memberi kesan buruk kepada skuad negara. Ini kerana skuad Jepun pasti ingin memberikan sepenuh tenaga melawan skuad kendalian Paul Revington pada 27 Ogos nanti.

Perlawanan hoki Piala Asia 2013 antara Malaysia menentang Pakistan akan berlangsung pada jam 8.00 malam ini. Bagi yang tidak dapat menyaksikan siaran di stadium hoki, terdapat siaran langsung di kaca tv.

Hoki Piala Asia 2013 - Malaysia vs Pakistan
Continue reading

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan perlawanan hoki Liga Hoki Dunia – Malaysia vs Pakistan

Assalamaualaikum dan salam sejahtera semua

Hari ini berlangsung perlawanan Liga Hoki Dunia yang berlangsung di Stadium Padang Hoki Taman Daya Johor Bahru. Kejohanan ini amat penting bagi pasukan hoki kebangsaan kerana ia memberikan tiket untuk layak ke kejohanan hoki Piala Dunia 2014.

Perlawanan pertama skuad kendalian Paul Revington menemukan antara Malaysia menentang Pakistan. Pasti ia akan memberikan saingan menarik memandangkan pasukan Pakistan juga merupakan pasukan yang handal. Apapun diharap bermain di gelanggang sendiri memberikan kelebihan buat skuad Malaysia.


Gambar Hiasan

Keputusan perlawanan hoki Liga Hoki Dunia 2013 – Malaysia vs Pakistan

Continue reading

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 14 Mac 2013

Assalamaulaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan Piala Sultan Azlan Shah masuk perlawanan ke 4. Perlawanan pertama antara Korea menentang Australia berkesudahan dengan keputusan seri 3-3. Satu keputusan yang mengejutkan ditambah pula Korea Selatan berjaya mendahului Australia pada satu masa dengan 3-1 sebelum Australia berjaya menyamakan kedudukan.Pada perlawanan kedua pula, pasukan New Zealand menumbangkan pasukan India dengan keputusan 2-0. Menampakkan kebangkitan mendadak oleh pasukan New Zealand yang sebelum ini bermula hambar.
Yang pastinya, perlawanan antara pasukan hoki Malaysia menentang Pakistan pasti dinantikan oleh peminat hoki tempatan. Kemenangan akan memberikan keselesaan kepada pasukan negara untuk ke akhir sekaligus berpeluang untuk menjuarai kejohanan pada tahun ini. Perlawanan antara pasukan hoki Malaysia menentang Pakistan berlangsung pada jam 8.00 malam dan disiarkan oleh ASTRO Arena 801

Keputusan perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 14 Mac 2013
Continue reading

Please follow and like us:
error0