post

Pasukan Hoki Wanita Negara Dibelasah pasukan tuan rumah

Impian pasukan hoki negara melakar kejutan untuk layak Ke Piala Dunia 2018 semakin tipis selepas tumpas pada perlawanan ketiga kumpulan.
Selepas tumbang ke atas pasukan Australia dan Sepanyol, pasukan negara hanya mampu membiarkan pasukan tuan rumah, Belgium membolosi gawang sebanyak 9 gol.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysian Tigress menempu laluan sukar apabila bertemu jaguh, New Zealanda pada 27 Jun nanti untuk layak ke suku akhir kejohanan ini.
Belgium memperoleh gol pertama hasil jaringan padang Anne Sophie Weyns yang menolak kencang bola seawal minit ke-2 perlawanan.

Pasukan itu terus agresif menyerang pasukan negara dan hasilnya mereka berjaya menemui gol kedua menerusi pukulan sudut penalti yang disudahkan Aline Fobe pada minit ke-7 sekaligus mendahului Malaysia 2-0.

Apapun, anak buah Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berpeluang menyamakan kedudukan apabila dihadiahkan pukulan sudut penalti selang seminit kemudian namun gagal dimanfaatkan.

Gill Boon menambah derita pasukan negara apabila menjaringkan gol ketiga Belgium menerusi satu gol padang pada ke-22 untuk menjadikan pasukannya semakin selesa mendahului Malaysian Tigress dengan jaringan 3-0.

Dua minit sebelum separuh masa pertama berakhir, Belgium dihadiahkan penalti stroke tetapi ianya gagal disempurnakan Stephanie Vanden Borre dengan tolakan lemah menjadikan kedudukan 3-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua, tiga gol daripada penalti stroke pada minit ke-33 dan minit ke-44 oleh Stephanie Vanden Borre serta Gill Boon pada minit ke-37 menjadikan kedudukan Belgium semakin selesa mendahului Malaysia dengan 6-0.

Belum cukup dengan kedudukan itu, Anouk Raes menambah gol ketujuh untuk Belgium menerusi gol padang kencang pada minit ke-48 menjadikan kedudukan 7-0. Kemudiannya, giliran Emma Puvrez pula menyumbat gol kelapan pada minit ke-53 untuk kedudukan 8-0.

Gol kemenangan Belgium yang juga gol kesembilan pasukan itu dilengkapkan oleh Anouk Rees pada minit ke-58 untuk tiga mata penuh menjadi milik pasukan tuan rumah.

Sumber :- MHC.org.my

Please follow and like us:
error0