post

Skuad Hoki Lelaki Negara Layak Ke Piala Dunia secara merit selepas kalahkan India

Pasukah hoki lelaki Malaysia berjaya mencapai sasaran layak ke Piala Dunia 2018 selepas berjaya menumpaskan pasukan jagoan Asia, India pada perlawanan suku akhir Liga Hoki Separuh Akhir di Pusat Tenis dan Hoki Lee Valley di London.
India yang berada di ranking ke 6 memulakan perlawanan dengan perlahan dan pakar pukulan sudut penalti, Razie Rahim memanfaatkan peluang pada minit ke 19.
Sekali lagi gol terhasil melalui pukulan sudut penalti seminit kemudian kali ini melalui biasan penyerang veteran, Tengku Ahmad Tajuddin.

Ketinggalan 0-2 menyentap semangat pasukan India seterusnya serangan bertali arus dimulakan. Hasilnya, Ramandeep Singh berjaya menjaringkan gol pada minit ke 24.
Sekali lagi Ramandeep menjadi penjaring untuk pasukan India dua minit kemudian.

Bersambung pada separuh kedua menyaksikan India mula mengasak serta menguasai perlawanan namun sekali lagi Razie Rahim membunuh pasukan India melalui jaringan pukulan sudut penalti pada minit ke 48.

razie rahim

Pemain negara meraikan gol jaringan Razie Rahim

Pasukan India terus mengasak untuk menyamakan kedudukan namun buntu menghasilkan gol walaupun terdapat beberapa peluang terhidang.

Sah kali ini pasukan hoki lelaki negara akan ke Piala Dunia 2018. Perlawanan selepas ini menyaksikan pasukan negara terpaksa bertarung menentang kembali jaguh , Argentina. Diharap pasukan negara dapat memberikan saingan yang lebih mantap berbanding ketika perlawanan pembukaan menentang lawan sama tempohari.
Elakkan memberikan pukulan sudut penalti pada pasukan Argentina.

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Perlawanan Separuh AKhir Liga Hoki Dunia : Malaysia tumbang di tangan Argentina

Nampaknya skuad hoki lelaki negara memulakan aksi dengan langkah kiri ketika aksi di Kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2017 di London, England. Perlawanan pertama menentang pasukan no 1 dunia, Argentina memang bukan satu tugas mudah.
Pasukan Malaysia yang menghuni tangga ke 14 dunia memerlukan keajaiban untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata bagi memberikan peluang untuk layak ke Piala Dunia.

Dalam aksi yang telah selesai sebentar tadi menyaksikan pasukan Malaysia beraksi baik apabila mampu bersaing dengan Argentina. Gol awal dijaringkan oleh pasukan Argentina melalui pukulan sudut penalti yang disempurnakan Gonzalo Peillat pada minit ke 4.
Hanya 3 minit selepas itu, Malaysia berjaya mendapatkan gol padang melalui penyerang Shahril Saabah. Namun sekali lagi pukulan sudut penalti menghantui Malaysia apabila Gonzalo Peillat menyempurnakan untuk gol pada minit ke 11.
Pasukan Malaysia yang mendapat sudut penalti pada minit ke 18 berjaya mendapatkan gol melalui Tengku Ahamad Tajuddin.

Namun Gonzalo Peillat sekali lagi membolosi gol Malaysia melalui pukulan sudut penalti pada minit ke 40 dan 47 sebelum Facundo Galloni menjaringkan gol padang pada minit ke 49. Walaupun barisan pemain Malaysia cuba melakukan serangan namun gol tidak dapat dihasilkan untuk tempoh 20 minit selepas itu.

gonzalo-peillat

Gonzalo Peillat, pakar pukulan sudut penalti yang menjaringkan empat gol menentang pasukan Malaysia

Walaupun tumpas namun pasukan Malaysia tetap memberikan tentangan. Mungkin pemain perlu mengelakkan memberikan terlalu banyak pukulan sudut penalti kepada pemain lawan serta memberikan tumpuan untuk menghalang asakan pemain lawan.

Selepas ini diharap prestasi pasukan memuncak untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu kemenangan bagi melayakkan diri ke Piala Dunia. Elakkan kesilapan mudah kerana pasukan lawan akan menghukum pasukan negara.

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan Kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia – Malaysia tumpas kepada Great Britain

Pasukan hoki negara nampaknya menempuh jalan sukar untuk layak ke sukan Olimpik 2016. Pasukan hoki Malaysia yang berada di Kumpulan B tumpas kepada Great Britain dengan keputusan 1-3.
Keputusan ini menyukarkan lagi peluang apatah lagi kemungkinan besar bertemu gergasi hoki, Australia amat besar. Dalam perlawanan ini, Malaysia yang mengharapkan agar dapat melakukan kejutan tumpas walaupun mendahului pada minit ke 14 melalui Haziq Shamsul.
Walaupun cuba bertahan namun pasukan Britain berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 31 melalui pukulan sudut penalti yang berjaya ditampan oleh David Condon.

Gol pertama Britain itu menjadi semanga dan melalui satu lagi pukulan sudut penalti, Great Britain mendahului pada minit ke 49 melalui Ashley Jackson. Pasukan lawan terus menambah gol selang seminit melalui Sam Ward. Selepas itu, pasukan Britain menguasai perlawanan dimana pasukan Malaysia tidak mampu langsung untuk menyerang.
Dalam pusingan selepas ini, pasukan hoki negara menanti samada pasukan India atau Australia yang akan ditemui. Agak sukar nampaknya untuk skuad hoki negara mencapai misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 nanti.
Semoga mereka cuba berjuang berhabis-habisan pada perlawanan selepas ini.

Please follow and like us:
error0
post

Pasukan Hoki Malaysia menumbangkan Pakistan untuk perlawanan klasifikasi 5-6

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Walaupun pasukan hoki negara tidak berjaya mencapai misi untuk layak ke peringkat separuh akhir kejohanan liga hoki dunia 2013 bagi melayakkan pasukan ke pusingan akhir hoki Piala DUnia 2014 namun masih ada baki perlawanan perlu diharungi. Pada hari ini skuad bimbingan Paul Revington menentang seteru utama, Pakistan bagi memastikan maruah selepas kalah dengan Jerman tempoh hari tidak terus tercalar. Continue reading

Please follow and like us:
error0