post

Sukan SEA 2013 : Pasukan Harimau Muda menang menentang Laos

Pasukan bolasepak remaja negara mempunyai misi yang berat pada kejohanan Sukan SEA 2013 apabila sasarannya adalah mendapatkan pingat emas. Selepas perlawanan yang agak mengecewakan pada perlawanan menentang Brunei tempohari, para penyokong agak gusar pada perlawanan kedua iaitu menentang Laos. Ini kerana pada perlawanan sebelum ini, skuad Laos berjaya mengikat pasukan Singapura dengan keputusan 1-1. Pasti ia bukan mudah untuk mencapai kemenangan namun ia perlu dicapai juga.
sea-games Continue reading

Please follow and like us:
error0

Lagi pemain Harimau Muda mendapat perhatian kelab FC Ryukyu

Nampaknya, kelab dari Jepun FC Ryukyu yang telah mendapatkan khidmat 2 pemain Harimau Muda, Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim menambah minat terhadap 2 lagi pemain dari skuad Harimau Muda. Kelab Liga Divisyen Tiga Jepun melalui wakilnya iaitu Naib Presiden FC Ryukyu, Sotaro Shinoda telah mengadakan perbincangan dengan jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee. Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.

fc-ryukyu

Sebelum ini, kelab FC Ryukyu telah mengikat kontrak dengan Wan Zack (dua tahun) dan Nazirul Naim (setahun) pada Mac lalu. Wan Zack Haikal yang mengalami kecederaan serius telahpun pulang ke tanah air untuk menerima rawatan. Selain itu, menurut Hamidin skuad Harimau Muda A dan Harimau Muda B dicadangkan untuk beraksi di luar negara pada tahun depan dengan destinasi pilihan adalah di Australia. Selain itu mereka juga mempunyai pilihan untuk mendedahkan pemain muda negara ke Sao Paolo, Brazil dan Slovakia.

Sumber :- HMetro

Berita ini adalah sesuatu yang positif. Walaupun FC Ryukyu berada dalam divisyen 3 tapi pengurusan dan liga tersebut lebih kompetitif. Semoga pemain yang mendapat peluang tersebut dapat mempergunakan segala pengalaman yang dikutip untuk dibawa kembali dalam skuad kebangsaan. Ini merupakan permulaan dan tidak mustahil satu hari nanti akan ada pemain Malaysia yang bermain di liga yang lebih baik lagi. Bila beraksi dalam liga yang lebih baik pasti akan memberikan impak positif terhadap perkembangan sukan bolasepak negara kita. Tak gitu? Siapa agaknya pemain yang dapat perhatian tu? Adakah Wan Zaharulnizam ? Rozaimi ? Izham Tarmizi ? Irfan Fazail? Thamil Arasu ? Kita tunggu dan lihat ye..

Berkenaan peluang beraksi di luar negara pula saya berpendapat ia satu perkembangan yang baik. Ini dapat dilihat dimana beberapa pemain dari skuad Harimau Muda yang pernah bermain dalam Liga Slovakia menunjukkan kematangan dalam aksi termasuklah Wan Zack Haikal, Fadhli Sas dan Irfan Fazail. Cuma lebih elok kalau ada pemain negara yang dapat bermain dalam akademi bolasepak Eropah atau Amerika Selatan kerana kualiti kelab mereka lebih tinggi berbanding bermain di Australia. Mungkin akademi di Bayern Munich dapat membantu kerana kita pernah mempunyai wakil dalam bidang kejurulatihan di akademi kelab tersebut iaitu Lim Teong Kim. Mungkin ia lebih berkesan lagi. Apapun, keputusan menyertai Liga di luar adalah satu keputusan bijak.

Sekian..

p/s :- Esok dan Sabtu akan berlangsung perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2013. Ada sesiapa pembaca yang dah beli tiket nak tengok perlawanan tu ke?

Please follow and like us:
error0

Harimau Muda akan beraksi di Kejohanan Sukan Universiti Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Pasukan Harimau Muda akan mempunyai saingan kompetitif pada bulan depan di Kejohanan Sukan Universiti Dunia di Kazan, Russia dari 6 hingga 17 Julai ini. Pasukan bawah 23 tahun ini telah memanggil tujuh pemain dari Liga Malaysia untuk menyertai Harimau Muda bagi menggantikan beberapa pemain Harimau Muda yang mengalami kecederaan.


photo storage

K Reuben, antara pemain yang dipanggil
Antara pemain yang bakal dipanggil ialah K Reuben (ATM), Zubir Azmi (Terengganu), K. Prabakaran (Sime Darby), S.Sivanesan (Negeri Sembilan) dan Junior Eldstal (Sarawak ) yang akan melapor diri pada 21 Jun manakala Nik Shahrul Azim (Kelantan) dan Nazri Ahmad (JOhor Darul Takzim) akan menyertai mereka selepas perlawanan akhir Piala FA 2013.
Sementara itu penyertaan pemain yang berkelana di FC Ryukyu di Jepun akan dipertimbangkan jika diberi pelepasan.

Kehadiran pemain ini pasti akan memperkuatkan skuad Harimau Muda sebelum kejohanan Sukan SEA pada akhir tahun ini.

– Sumber : FOXSportsmy

Sebenarnya saya ada beberapa persoalan. Adakah kesemua pemain Harimau Muda dan yang dipanggil merupakan pelajar Universiti ? Jika benar mungkin takde masalah tapi kalau tidak adakah ia memberi kesan kepada penyertaan pasukan kita? Agak pelik pula bila mendengar penyertaan dalam kejohanan ini.

Sekian

p/s :- Dapat info dari rakan twitter yang terdapat bantahan dari pemain Liga IPT…

Please follow and like us:
error0

Pemain dari Liga Super China sertai latihan dengan pasukan Harimau Muda A

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Satu berita baik untuk skuad Harimau Muda A dan juga skuad bolasepak tempatan. Pemain warganegara Malaysia yang bermain di Liga Super China, <strong>Tam Sheang Tsung yang berusia 18 tahun dikatakan akan menyertai latihan bersama pasukan Harimau Muda A. Pemain kelahiran dan dibesarkan di Jepun ini memliki passport Malaysia. Ini kerana bapa dan ibu beliau adalah warganegara Malaysia yang merupakan seorang usahawan restoran di negara Jepun.
tam-sheang-tsung
Continue reading

Please follow and like us:
error0

Jadual padat Harimau Muda bagi tahun 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pasukan bolasepak bawah 23 tahun negara akan menghadapi misi yang berat pada tahun hadapan iaitu untuk mempertahankan kemenangan Sukan SEA yang dimenangi pada tahun lepas. Nampaknya perancangan telah diatur dimana pasukan kendalian jurulatih Ong Kim Swee ini akan mengadakan latihan di Slovakia selama 5 bulan pada tahun hadapan. Selain itu, mereka akan mengadakan perlawanan persahabatan bermula pada 23 Januari hingga 6 Februari 2013 di Gold Coast, Australia sebelum berlepas ke Slovakia pada 15 Mac tahun hadapan.
harimau muda
image hosting

Continue reading

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan bolasepak Liga Singapura 24 Oktober 2012 – Harimau Muda vs Geylang United

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan Liga Singapura untuk anak buah Ong Kim Swee bersambung kembali. Selepas berjaya memenangi Piala Newspaper, pastinya pasukan Harimau Muda ingin menunjukkan taring mereka di negara jiran ini. Perlawanan malam ini menemukan Harimau Muda menentang Geylang United. Tiada siaran langsung atau live streaming.
Walaupun tiada siaran langsung namun maklumat terkini keputusan perlawanan tetap dikemaskini.
irfanfazail
photo hosting

Gambar hiasan
Berikut merupakan keputusan perlawanan bolasepak Liga Singapura 24.10.2012 – Harimau Muda vs Geylang United

Keputusan penuh Harimau Muda vs Geylang United
3-1(1-0)

Harimau Muda minit 16 (Irfan Fazail)
Harimau Muda minit 57 (Gary Robbart)
Harimau Muda minit 82 (Mahali Jazuli)
Geylang United minit 90

Sumber:- Twitter ESPNSTarMy
Kredit Gambar:- Footballopod
Tahniah kepada pasukan muda yang mengalami masalah berganda pada perlawanan ini..
Sekian

Please follow and like us:
error0

Pasukan Malaysia B21 ke Vietnam tanpa pemain tonggak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Esok bakal berlangsung kejohanan bolasepak Piala Newspaper di Vietnam yang melibatkan pasukan Malaysia bawah 21. Pasukan kendalian Ong Kim Swee akan ke Vietnam tanpa beberapa pemain utama seperti Izham Tarmizi, Fadhli Shas, Zubir Azmi, Fadhli Shas dan Gary Robbat yan bakal beraksi untuk skuad Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan dengan Oktober pada 16 Oktober ini. Ini ditambah dengan kecederaan pemain utama seperti Fandi Othman, Wan Zaharulnizam dan Irfan Fazail.

Kejohanan yang bakal menjadi persiapan skuad muda negara ini meletakkan Malaysia dalam kumpulan B bersama dengan pasukan Laos dan Sydney FC manakala Kumpulan A melibatkan Vietnam, Singapura dan Thailand.
Perlawanan akan bermula pada Sabtu ini dimana pasukan Malaysia akan bertemu Laos sebelum bertemu Sydney FC pada 17 Oktober. 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir pada 19 Oktober manakala pemenang akan ditentukan pada 21 Oktober ini.
Berikut merupakan senarai pemain yang akan ke Vietnam

Mohd Farhan Abu Bakar, Farhan Muhd Ariff, D. Saarvindran, Irfan Fazail, A. Thamil Arasu, Shahrul Mohd Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Fandi Othman, Syahruk Azwari Ibrahim, Mohd Raphi Azizan Mariappen, Syazwan Tajudin, Ahmad Hazwan Bakri, Izham Tarmizi, Firdaus Muhamad, Mohd Nashriq Yahya, Mohd Azeif Nasrulhaq Badrul Hisham, Adam Nor Azlin, Syazuan Hazani, Muhd Nurridzuan Abu Hassan, D. Kenny Palraj.

Sumber :- ESPNSTar
Walaupun tanpa tonggak utama namun itu bukan alasan untuk pasukan Harimau Muda pulang awal. Pemain yang diberi peluang sepatutnya menggunakan untuk membuktikan kemampuan masing-masing. Diharap mereka mampu melakukan kejutan dengan memenangi kejohanan ini..

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan Liga Singapura 7 Oktober 2012- Harimau Muda vs Balestier Khalsa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Mungkin ramai tak ingat, tapi sebelum ini terdapat perlawanan antara Harimau Muda menentang Balestier Khalsa yang telah ditangguhkan pada 27 September yang lalu akibat dari hujan lebat. Penangguhan itu diadakan semula pada hari ini 7 Oktober 2012 dan pastinya kemenangan ingin dicari memandangkan ketika perlawanan ditangguhkan pasukan kendalian Ong Kim Swee telah mendahului dengan keputusan 1-0.
Tiada siaran langsung dimana-mana kaca televisyen Malaysia namun maklumat terkini akan dimaklumkan di entri ini.

Berikut merupakan keputusan perlawanan Liga Singapura 7.10.2012 – Harimau Muda vs Balestier Khalsa

Keputusan Penuh Harimau Muda vs Balestier Khalsa 2-0 (0-0)
Harimau Muda minit 57 (Hazwan Bakri)
Harimau Muda minit 89 (Saarvindran)

Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sekian

Please follow and like us:
error0