post

Skuad Bola Sepak Malaysia seri denga Singapura : Permulaan baik atau sebaliknya?

Semua sedia maklum, skuad bola sepak Malaysia baharu selesai dalam perlawanan persahabatan menentang skuad jiran pada hari Jumaat lalu. Kesudahan perlawanan antara pasukan bimbingan Ong Kim Swee di Stadium Jalan Besar itu menyaksikan skuad Ong Kim Swee terikat tanpa jaringan di tempat lawan.
Berdasarkan keputusan, nampak seakan positif kerana bermain di gelanggang keramat lawan tanpa kekalahan boleh dianggap satu kejayaan namun berdasarkan persembahan tempohari ianya bukanlah satu persembahan yang boleh dibanggakan.

Dalam perlawanan tempohari, nampak terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh skuad Harimau Malaysia. Secara jujurnya, pasukan negara bernasib baik kerana pasukan Singapura gagal akibat nasib yang tidak menyebelahi mereka. Apa taknya, ada sekurang-kurangnya 2 percubaan terbaik mereka di gagalkan oleh tiang gol.
Ada juga berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, Khairul Azhan yang bermain baik pada malam itu. Barisan serangan negara juga amat tumpul dan hanya 1-2 peluang sahaja untuk mencuba menguji barisan pertahanan pasukan Singapura.

Walaubagaimanapun, keputusan itu bukanlah GAGAL sebaliknya ia menampakkan kelemahan seawal sebelum pasukan negara menyertai kejohanan Piala AFF 2016 pada November nanti. Pada waktu singkat ini, post-mortem perlu dilakukan oleh barisan kejurulatihan pasukan negara. Pemain-pemain yang tidak layak bolehlah diSINGKIRKAN manakala pemain-pemain berpotensi masih boleh dicuba.
Cari pemain yang benar-benar bermain untuk negara. Pemain perlulah bersikap matang. Amri Yahyah selaku ketua pasukan perlu memperbaiki sikap beliau di padang. Beliau perlu menjadi contoh kepada barisan adik-adik yang berada dalam skuad. Terdapat beberapa situasi menunjukkan ketidakmatangan beliau yang membolehkan beliau menerima kad dan mungkin boleh berhadapan dengan situasi di buang padang.

Barisan tengah skuad negara juga terlalu longgar selepas persaraan pemain seperti Safiq Rahim dan Amirulhadi. Secara peribadi, Ligakampung.com menyukai permainan Shakir Saari namun mungkin prestasi beliau sudah menurun disebabkan sudah lama tidak beraksi dengan kelab yang disertai. Selain itu, nampak kelemahan ‘first touch’ oleh para pemain dimana banyak penguasaan bola terlepas ke pihak lawan akibat kegagalan menahan bola dengan sempurna.
Mungkin strategi yang lebih baik perlu difikirkan oleh Ong Kim Swee bagi berhadapan dengan perlawanan dengan Afghanistan selepas ini. Ini kerana pemain selepas ini pasti akan menjadi kesebelasan utama di Piala AFF nanti.

Please follow and like us:
error0
post

5 muka baharu dipanggil untuk aksi Harimau Malaysia

Jurulatih skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee telah memanggil 5 muka baharu bagi persiapan untuk dua perlawanan persahabatan antarabangsa bulan depan.
Pemain Kedah, Mohd Syazwan Zainon dan Mohd Rizal Mohd Ghazali, Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri(Perak), Muhammad Hadin Azman(Felda) dan Ahmad Khuzaimi Pee(Melaka) telah dipanggil untuk menyertai kem yang bermula 27 September ini.

2 perlawanan persahabatan antarabangsa adalah menentang Singapura dan Afghanistan. Kemasukan 5 pemain ini juga menggantikan 4 pemain yang digugurkan iaitu Brendan Gan dan Wan Zack Haikal dari Kelantan, Mohammad Amer Saidin (JDT II) serta Khair Muhammad Jefri Jones(Melaka).
20 pemain yang menyertai kem latihan ketika menentang Indonesia pada 6 September lepas dikekalkan termasuk pemain Perak, Nazirul Naim yang mengalami kecederaan ketika sesi latihan.

Kumpulan pertama 12 pemain yang disenaraikan perlu melapor diri di Wisma FAM pada 27 September manakala baki 13 pemain dari Kedah, PDRM, Selangor dan T- Team yang terlibat dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia serta pemain JDT yang beraksi di separuh akhir pertama Piala AFC, akan berbuat demikian pada 2 Oktober.
Sementara itu, Kim Swee berkata, perlawanan antarabangsa ‘A’ menentang Singapura pada 7 Okt di Stadium Nasional Singapura dan Afghanistan pada 11 Okt di Stadium Shah Alam, adalah medan penilaian terakhir terhadap pemain sebelum disenaraikan untuk fasa latihan terakhir Piala AFF Suzuki, November ini.

“Pada masa sama, kita juga perlu mendapatkan keputusan positif kerana ia penting dalam menentukan kedudukan ranking pada kemas kini seterusnya pada 20 Oktober,” katanya.

Malaysia menghuni tangga ke-158 dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 15 Sept lepas, naik sembilan anak tangga daripada kedudukan 167 pada Julai lepas.

Ranking September itu menyaksikan skuad Harimau Malaysia berada setanding dengan beberapa negara lain seperti Grenada (156), Barbados (157), Kuwait (159) dan Aruba di tangga ke-160.

Dalam kalangan negara Asean pula, skuad bola sepak negara berada di belakang Filipina (125), Thailand (135), Vietnam (141), Myanmar (153) dan Singapura (155).
Bagaimanapun, kedudukan Malaysia dijangka merosot bulan depan susulan kekalahan 3-1 kepada Indonesia, yang menduduki ranking ke-181, dalam perlawanan persahabatan pada 6 September lepas. – Bernama

Secara peribadi, Ligakampung.com bersetuju dengan kemasukan 5 pemain ini bagi menguji kemampuan mereka beraksi di peringkat antarabangsa. Mungkin ini merupakan peluang bagi mereka untuk membuktikan kemampuan mereka beraksi di peringkat tertinggi.
Dan boleh juga menjadi ‘backup’ bagi pemain lain. Lagipun berdasarkan pemain yang digugurkan itu, kebanyakan dari mereka mempunyai sejarah kecederaan. Mungkin ia juga satu strategi yang baik dari Datuk Ong Kim Swee.

Please follow and like us:
error0
post

Logo Baharu Harimau Malaysia

Logo Baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah diperkenalkan sempena perlawanan amal Hari Malaysia 2016 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.
Logo tersebut dicipta oleh Muhammad Amzar Mohamed, 22 tahun yang mendapat undian tertinggi bagi peraduan yang dianjurkan oleh FAM.

Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam, Selangor. Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Affandi Hamzah logo itu akan digunakan dalam penghasilan produk atau barangan yang akan dikeluarkan khusus berkaitan dengan pasukan kebangsaan.
Beliau berharap penjenamaan semula akan memberi kebaikan pada pasukan kebangsaan.

harimau-malaysia-logo

Lagu rasmi Harimau Malaysia ‘Laungkanlah’ juga akan diperdengarkan kepada umum dan akan dimainkan secara ekslusif di stesen radio ERA fm selama sebulan.
Ligakampung.com merasakan logo baharu Harimau Malaysia ini cukup hebat dan nampak kekuatannya. Diharap pemain yang mewakili Harimau Malaysia juga mempunyai semangat laksana logo tersebut. Transformasi logo juga mungkin akan menimbulkan geran kepada pemain lawan.

Semoga Maju Pasukan Bola Sepak Malaysia terutama menjelang aksi di kejohanan Piala AFF 2016 nanti.

Please follow and like us:
error0