post

Harimau Malaya seri : Adakah Ong Kim Swee gagal ?

Perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Filipina yang berlangsung di stadium Cebu, Filipina memberikan keputusan yang tidak digemari oleh penyokong bolasepak tempatan.
Bukan hanya keputusan seri yang menjadi perbualan, malahan prestasi permainan juga menjadi bualan hangat. Perlawanan yang dikuasai oleh pihak lawan itu juga menunjukkan tahap permainan pasukan negara yang masih tidak meningkat. Menambahkan lagi kemarahan penyokong apabila sepakan penalti tidak dapat disempurnakan oleh penyerang , Safee Sali.
safee sali
image free hosting

Safee Sali mengalami kejatuhan prestasi
Secara jujurnya, saya tidak mampu menilai prestasi pemain pada perlawanan tersebut kerana tidak dapat melihat perlawanan tersebut. Namun berdasarkan pemerhatian didapati kekuatan skuad Filipina yang dulunya pasukan belasahan semakin meningkat tatkala skuad Harimau Malaya masih statik dan mungkin telah menurun. Malahan, pasukan negara juga hanya mampu seri tanpa jaringan ketika perlawanan persahabatan di tempat sendiri sedangkan pemain Filipina sendiri pernah menyatakan dalam media betapa terujanya mereka melihat sokongan penyokong tempatan di Malaysia tempohari.
Apa agaknya yang masih kurang dalam skuad bolasepak negara? Adakah jurulatih sementara Harimau Malaya tidak mempunyai cukup masa untuk memilih pemain terbaik? Atau tidak mampu mendapatkan kombinasi pemain yang baik dalam skuad negara? Jika itu penyebabnya, mungkin Ong Kim Swee perlu segera mencari kombinasi terbaik bermula dari sekarang. Kalau dilihatkan ada beberapa pemain yang sekarang ni berada dalam prestasi terbaik seperti S Chanturu, Joseph Kalang, Wan Zaharulnizam dan beberapa nama lagi yang boleh diketengahkan. Mungkin pemain yang tidak berada dalam prestasi terbaik tidak sepatutnya berada dalam senarai ini.

Mengenai ketumpulan barisan penyerang negara, mungkin Ong Kim Swee boleh mengintai pemain-pemain dari Liga Perdana dan jangan hanya menumpukan pada pasukan yang berada di Liga Super. Ini kerana kebanyakan pasukan di Liga Super banyak mengharapkan penyerang import untuk mengalas tugas sebagai pencetak gol. Mungkin ada terselit penyerang berbisa di Liga Perdana malahan mungkin juga dari Liga FAM. Ataupun juga pemain yang beraksi di liga luar yang kurang diambil perhatian.

Berbalik kepada persoalan diatas, saya merasakan bahawa Ong Kim Swee masih belum gagal? Ini kerana beliau baharu 3 kali menggalas tugas sebagai jurulatih. Pasti ia bukan kayu pengukur yang sempurna untuk menilai prestasi. Jika ingin melihat kejayaan atau kegagalan beliau sebagai pengurus, perlu dilihat pada kejohanan-kejohanan yang disertai.

Apapun ini sekadar pandangan dari insan kerdil yang menyokong perkembangan bolasepak negara. Apa pula pendapat anda.

Please follow and like us:
error0

Keputusan perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 – Malaysia vs Yemen

Hari ini merupakan perlawanan penentu bagi melihat samada pasukan Malaysia mampu layak ke Piala Asia AFC 2015 nanti. Walaupun untuk layak secara automatik telah tertutup namun masih ada ihsan tempat ketiga terbaik untuk layak ke Piala ASia 2015.
Namun perlawanan pada malam ini bukan satu perjuangan yang mudah. Pasukan barisan pemain yang dipilih oleh Datuk Ong Kim Swee pasti perlu bermain berhabis-habisan untuk sekurang-kurangnya menutup kritikan dari peminat bolasepak tempatan.
Sudah pasti Datuk Ong Kim Swee memerlukan strategi terbaik bagi memastikan skuad Harimau Malaya terus mengaum di bumi Arab itu.
Perlawanan pada malam ini berlangsung di Emiriah Arab Bersatu pada jam 10.00 malam.

Siaran langsung perlawanan kelayakan Piala Asia AFC 2015

yaman vs malaysia

Perlawanan kelayakan Piala Asia AFC 2015 antara skuad Harimau Malaya menentang Yaman akan disiarkan secara langsung oleh ASTRO Arena 801 pada jam 9.30 malam.

Keputusan perlawanan bolasepak kelayakan Piala Asia 2015

Keputusan Penuh

Yaman vs Malaysia 1-2 (0-1)
Kesebelasan Utama Malaysia : Khairul Fahmi, Zubir, Taj, Aidil, Mahali, Safiq (Fadhli Sas), Nazrin, Hafiz, Amri, Bobby (Fakri), Safee (Badrul)
Kesebelasan Utama Yaman : Saoud, Sarori, Boqshan, Sadam, Al-Hifi, Al-Sasi, Al-Khyat, Najib, Nateq, Fuad, Motazz

Minit 10′ Amiridzwan Taj dibuang padang. Yaman mendapat penalti tetapi diselamatkan oleh Khairul Fahmi

Gol
16′ Amri Yahyah (Malaysia)
59′ Ala’a Al Sasi (Yemen)
77′ Fakri Saarani

*** Tahniah kepada skuad negara bimbingan Ong Kim Swee. Walaupun tidak layak ke Piala Asia tetapi kemenangan ini sedikit sebanyak mampu menaikkan ranking FIFA skuad kebangsaan.

Please follow and like us:
error0
post

Mampukah skuad Harimau Malaya benam Yemen

Perlawanan pertama bagi Datuk Ong Kim Swee sebagai jurulatih sementara skuad bolasepak senior kebangsaan telahpun selesai pada hari Sabtu lalu. Berdasarkan keputusan seri tanpa jaringan dengan pasukan Filipina memberi impak negatif. Walaubagaimanapun secara amnya ada tanda-tanda positif.
Secara jujurnya, saya tidak dapat memberi pendapat yang lengkap tentang prestasi skuad negara kerana tidak dapat menyaksikan secara langsung perlawanan tempohari. Walaubagaimanapun melihat sedikit sedutan, didapati skuad negara kurang bernasib baik apabila 3 peluang terbuka dihampakan kerana terkena tiang manakala satu gol dibatalkan oleh pengadil.


Highlight perlawanan Malaysia vs Filipina

Tetapi berdasarkan beberapa komen yang dibaca didapati nampaknya banyak yang perlu diperbaiki oleh jurulatih negara terhadap barisan skuad Harimau Malaya. Ketumpulan barisan serangan negara menjadi topik yang dibicarakan oleh penyokong. Tapi kita juga perlu ingat bahawa skuad Filipina tidak setanding pasukan Asia Barat jadi perlawanan ini tidak boleh dijadikan penanda aras bagi skuad Harimau Malaya.
Skuad negara pernah menumbangkan Yemen pada perlawanan terdahulu namun bertandang ke negara lawan pasti menjanjikan suasana berbeza. Tanpa sokongan padu dari penyokong mungkin memberi kesan namun ia bukan menjadi alasan skuad negara untuk berputih mata. Mereka mesti mensasarkan untuk kemenangan bagi menghidupkan sisa peluang untuk ke kejohanan Piala Asia 2015. Walaupun tipis, tapi tidak mustahil ia boleh berlaku.

amri-yahyah
Amri Yahyah, penyerang skuad negara yang terlepas peluang terbaik menjaringkan gol apabila bola terkena palang dan terus keluar

Apapun diharap skuad Harimau Malaya tidak cepat mengalah dengan kritikan sebaliknya terus mendapatkan motivasi untuk menang dalam perlawanan 5 Mac ini.

 

Apa pula pandangan anda tentanga perlawanan Malaysia menentang Filipina tempohari? Adakah Malaysia mampu untuk bersaing berdasarkan prestasi dalam perlawanan tersebut?

p/s :- Kepada penyokong, rasanya tak perlulah membuat kacau dengan mercun dan suar. Mungkin ada ketidakpuasan hati terhadap pengurusan tapi bukan itu caranya..

Please follow and like us:
error0
post

Datuk Ong Kim Swee Dilantik Ketua Jurulatih Sementara

Rasanya semua sedia maklum bahawa ketua jurulatih Harimau Muda A iaitu Datuk Ong Kim Swee akan menjadi ketua jurulatih sementara skuad bolasepak senior Malaysia. Hari ini, secara rasminya beliau akan memegang tugas sebagai pengendali sementara skuad Harimau Malaya. Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal mengumumkan bahawa jurulatih kelahiran Melaka itu bakal membimbing skuad bolasepak ngara sehingga perlawanan terakhir kumpulan D di pusingan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen di Dubai , UAE pada awal bulan depan.
kim swee
Pelantikan Ong Kim Swee dibuat memandangkan faktor kesuntukan masa mencari jurulatih baharu lebih-lebih lagi selepas percubaan untuk mendapatkan bekas pengendali pasukan kebangsaan Jepun dari Perancis, Philippe Troussier menemui jalan buntu.

Menurutnya juga telah terdapat 42 senarai pendek calon untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya. Walaubagaimanapaun FAM tidak menetapkan tempoh terakhir untuk mencari ketua jurulatih baharu memandangkan tiada perlawanan penting selepas pertemuan dengan Yemen pada masa terdekat nanti. Malahan perlawanan persahabatan terdekat pun hanya menentang Filipina pada 1 Mac dan selepas itu Singapura pada bulan Ogos nanti. Jadi, mungkin seeloknya tahun ini keperluan tidak terdesak untuk mencari ketua jurulatih baharu.

 

Ong Kim Swee pula menyatakan bahawa beliau yakin untuk mengendalikan pasukan Harimau Malaya dan Harimau Muda dalam satu-satu masa memandangkan beliau mempunyai khidmat staf sokongan untuk skuad kebangsaan. Beliau juga yakin pembantu jurulatih skuad Harimau Muda yang baharu, Rusdi Suparman mampu membimbing skuad Harimau Muda dalam Liga Perdana Kebangsaan (NPL), Queensland di Australia bermula awal depan. Berbeza dengan ketua jurulatih sebelum ini, Ong Kim Swee mensasarkan untuk menaikkan kembali ranking skuad Harimau Malaya yang kini berada dalam kedudukan ke 154 dunia selain mencatatkan kemenangan ke atas Yemen bagi menghidupkan kembali sisa peluang untuk ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia. Walaupun tipis namun kemenangan setidak-tidaknya dapat memperbaiki ranking skuad Harimau Malaya yang semakin merudum ketika ini.
BERNAMA

Saya yakin dengan iltizam yang disasarkan oleh Datuk Ong Kim Swee. Walaupun terpaksa buat 2 kerja dalam satu masa tapi tidak mustahil untuk dilakukan. Lagipun pada tahun ini tiada kejohanan penting yang memerlukan perhatian khusus dari ketua jurulatih. Walaubagaimanapun, diharap pihak FAM perlu juga mencari ketua jurulatih untuk skuad Harimau Malaya. Jurulatih tersebut perlu mempunyai kelayakan dan kredibiliti yang baik selain mempunyai matlamat jelas. Jangan berlaku lagi kes seperti kes Philip Troussier ni. Belum apa-apa dah banyak ‘demand’ yang tak masuk akal.

Sekian

Please follow and like us:
error0
post

Keputusan perlawanan bolasepak kelayakan Piala Asia 2015 Kumpulan D – Malaysia vs Bahrain

Agak lama skuad kebangsaan Malaysia tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif dan hari ini berlangsung perlawanan untuk kelayakan Piala Asia 2015.Selepas impian untuk ke Piala Dunia 2014 telah berkubur pasti skuad negara ingin menempah tiket ke perlawanan Piala Asia 2015. Untuk perlawanan hari ini, skuad kendalian K Rajagopal akan bermain di Stadium Shah Alam menentang skuad Bahrain. Pastinya skuad Harimau Malaya menginginkan kemenangan kedua selepas menumbangkan Yemen pada bulan Mac lalu. Namun ia bukan mudah kerana pemain terbaik ketika itu, Wan Zack tiada dalam perlawanan malam ini.
Continue reading

Please follow and like us:
error0
post

Pestabola Merdeka 2013 : Pasukan Harimau Muda menumbangkan skuad Singapura

Hari ini bermulanya Pestabola Merdeka 2013, kejohanan bolasepak tertua di Asia. Walaupun kejohanan kali ini hanya diwakili oleh pasukan bawah 23 dari Asia Tenggara namun ia perlu dianggap serius oleh pihak berkaitan.
Perlawanan pertama skuad Harimau Muda kendalian jurulatih Ong Kim Swee menemukan skuad negara dengan pasukan jiran, Singapura di Stadium Darul Makmur.

Keputusan Pestabola Merdeka 2013 : Malaysia lwn Singapura

Skuad bolasepak muda negara yang bermain dalam keadaan becak berjaya menumbangkan pasukan lawan melalui gol penyerang, A.Thamil Arasu pada minit ke 46. Selain dari skuad Harimau Muda sediada, skuad Ong Kim Swee juga diperkuatkan pemain bawah 23 yang diambil dari pemain Liga Malaysia.
BERNAMA
Continue reading

Please follow and like us:
error0
post

Patutkah skuad Harimau Malaya bersaing dengan kelab ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Minggu ini isu bolasepak negara menjadi topik utama sukan di akhbar dan media sosial. Ini berikutan siri kekalahan skuad Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan menentang kelab. Ianya menjadi tumpuan peminat bolasepak tempatan yang memberikan reaksi dan kebanyakannya berpendapat bahawa skuad bolasepak kebangsaan tidak sepatutnya mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab secara melampau.
Mengikut rekod pada tahun ini, skuad bimbingan jurulatih K Rajagopal hanya mampu mencatatkan dua kemenangan, satu seri dan sembilan kekalahan dalam siri perlawanan persahabatan. Ini sedikit sebanyak memberikan kesan buruk kepada persepsi luar serta skuad negara lain. Ditambah lagi dengan perlawanan persahabatan yang tidak memberi kesan pada ranking, pastinya perlawanan ini dipandang sepi oleh peminat tempatan.
Continue reading

Please follow and like us:
error0
post

Skuad pemain kebangsaan untuk perlawanan persahabatan ke Australia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Pasukan bolasepak kebangsaan akan beraksi pada 3 – 15 Jun 2013 ini bagi mengadakan perlawanan persahabatan dan dijadualkan menentang Canberra All Stars, Sydney United dan Sydney Olimpik. Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal telah menyenaraikan 26 pemain untuk menjalani latihan bermula 29 Mei ini. Tidak banyak perubahan berbanding senarai pemain sebelum ini. Cuma terdapat beberapa pemain baru yang dipanggil.

Berikut merupakan senarai 26 pemain yang dipanggil menjalani latihan.

Continue reading

Please follow and like us:
error0