post

Hafizh Syahrin bakal catat sejarah pelumba pertama Malaysia ke MotoGP

Mampukah pelumba Malaysia beraksi di kejohanan terbesar bagi perlumbaan Motosikal GP? Persoalan ini mungkin bakal terjawab dalam sedikit masa lagi.
Pelumba Moto2, Hafizh Syahrin Abdullah dijangka mencipta sejarah tersendiri menyertai kejohanan MotoGP pada musim ini.

Ini berikutan team Monster Yamaha Tech 3 bakal memberikan peluang kepada pelumba kelahiran Selangor itu pada sessi ujian di Litar Antarabangsa Chang di Thailand yang akan bermula esok.
Menurut website motorsports.com, team dari Perancis itu sedang mencari pengganti pelumba asal mereka iaitu Jonas Folger dari Jerman yang menarik diri dari pasukan ata alasan kesihatan.
Ketika ini pasukan terbabit telah menguji pelumba COlombia, Yonny Hernandez tetapi tertarik dengan Hafizh yang berupaya bersama satu lagi pemandu pasukan itu, Johann Zarco.

Pengurus Tech 3, Herve Poncharal berminat untuk memberikan peluang kepada Hafizh yang telah mempunyai pengalaman selama 4 tahun menyertai kejohanan Moto2 dan berjaya mendapatkan 3 kali podium.
Hafizh dalam kenyataannya akan berusaha sebaik mungkin dalam ujian 4 hari itu bagi membuktikan kemampuan beliau untuk menunggang jentera MotoGP sekaligus mampu mencipta sejarah gemilang buat diri dan juga Malaysia amnya.
Tahniah Hafizh, Semoga anda berjaya.

Please follow and like us:
error0
post

Hafizh berjaya mendaki podium di GP Jepun

Selepas mencatat kejayaan menaiki podium di GP San Marino sekali lagi pelumba yang beraksi Moto2, Hafizh Syahrin berjaya menaiki podium.
Pelumba berusia 23 tahun yang mewakili Petronas Raceline Malaysia ini berjaya menduduki tempat ketiga dalam litar yang basah ini. Menariknya apabila beliau yang ketinggalan di tempat kelapan pada pusingan pertama berjaya mendaki tangga untuk seterusnya menamatkan perlumbaan dengan masa 32:12:035s.

| Facebook Hafizh Syahrin |

Hafizh Syahrin, (kiri )meraikan kejayaan menaiki podium

Perlumbaan itu dimenangi oleh pelumba Sepanyol, Alex Marques dengan catatan masa 32:08:901 manakala rakan senegara Xavi Vierge di tempat kedua dengan keputusan 32:10:366. Hafizh kini berada di tangga kesepuluh keseluruhan selepas memungut 82 mata.
Selepas ini beliau dan rakan-rakan pelumba lain akan beraksi di Moto GP Australia pada minggu hadapan di Phillip Island manakala perlumbaan yang dinantikan iaitu Moto GP Malaysia di Litar Sepang akan diadakan pada 27-29 Oktober ini sebelum kejohanan penamat di Valencia, Sepanyol pada 10-12 November 2017.

Selamat berjaya Hafizh dan rakan-rakan. Semoga akan ada lagi penamat podium oleh Hafizh dan rakan-rakan yang akan menaikkan nama negara yang mempunyai pelumba setanding di peringkat dunia.

Please follow and like us:
error0