post

Beregu Lelaki dan Beregu Campuran Raih Kejuaraan Sulung 2019 selaku pemain Professional

Walaupun bergelar pemain professional , nampaknya pasangan beregu lelaki dan beregu campuran negara berjaya mengatasi tekanan dengan menjuarai Kejohanan Masters Thailand sebentar tadi.
Beregu campuan negara yang melalui gandingan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang turun selaku pilihan pertama tidak menghadapi masalah besar untuk menumpaskan pasangan tuan rumah Tinn Isriyanet/Chasinee Korepap dengan keputusan 21-16,21-10.
Dalam perlawanan yang berlangsung selama 47 minit itu, pasangan no 1 negara itu tidak menghadapi banyak masalah walaupun tekanan dari penyokong tuan rumah dirasai.
Ini merupakan satu pencapaian baik biarpun Thailand Masters tidak disertai pemain-pemain terbaik dunia. Sekurang-kurangnya ia memberikan kekuatan moral kepada bekas pemenang pingat perak Olimpik 2016 yang sedang memburu tempat ke Olimpik 2020, Jepun nanti.

Bagi pasangan beregu lelaki yang agak goyah persembahan pada tahun 2018, sudah pasti kemenangan pertama mereka di arena antarabangsa boleh menjadi pemangkin untuk meneruskan kemaraan selepas ini.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung kita-kira 32 minit, Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang diletakkan sebagai beregu pilihan tidak menghadapi banyak masalah menumpaskan pasangan dari Taiwan Lu Ching Yao/Yang Po Han dengan keputusan 21-13,21-17.

Bagi kategoi lain tiada wakil Malaysia yang layak ke peringkat akhir. Apapun ia merupakan satu pencapaian baik bagi pasangan beregu yang mengambil keputusan untuk keluar dari kepompong BAM. Mungkin mereka mampu untuk berdikari dan semoga akan ada lagi kemenangan buat mereka dan atlet badminton negara.

Menariknya dalam kejohanan kali ini, pasangan ini bekerjasama menjadi pemerhati dalam acara masing-masing. Macam ketika pasangan beregu campuran beraksi, beregu lelaki akan melihat dan melakukan analisa dan begitu sebaliknya. Satu kerjasama yang cukup baik bagi pemain professional.

Keputusan Penuh Badminton Masters Thailand 2019

Kredit Gambar : Twitter Kota Goh

Please follow and like us:
error0
post

Goh V Shem dan Tan Wee Kiong sah keluar BAM

Selepas berteka teki sekian lama, akhirnya pasangan beregu lelaki no 1 negara Goh V Shem bersama pasangannya Tan Wee Kiong sah keluar dari Persatuan Badminton Negara (BAM).
Pasangan yang membawa pulang pingat perak Olimpik 2016 itu mengesahkan yang mereka akan bergerak secara bebas.
BAM dalam satu kenyataan menyatakan bahawa keputusan ini berkuatkuasa 5 Januari ini dimana badan induk badminton negara itu meluluskan permohonan mereka.

[ Goh V Shem/Tan Wee Kiong pasangan no 1 dunia ]

Pasangan beregu negara itu yang telah 17 tahun dalam badan induk badminton Malaysia itu kini bergelut dalam prestasi untuk bangkit ke tahap terbaik.
Pasangan ini juga telah mendapat amaran dari BAM ekoran prestasi buruk sejak dua ahun lalu. Sebelum ini gandingan beregu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying juga telah meninggalkan BAM pada bulan lalu.
Walaupun bergelar professional, mereka masih berimpian untuk layak ke Sukan Olimpik 2020. Menurut V Shem, mereka tetap akan berusaha untuk beraksi baik dalam kejohanan yang disertai dengan dimulakan dalam kejohanan di Thailand, Malaysia dan Indonesia Masters pada bulan ini.

Sudah pasti mereka mempunyai sebab tersendiri untuk keluar dari BAM. Mungkin sudah tiba masanya untuk mereka berdikari dan membuktikan kemampuan mereka tanpa dibantu oleh pihak BAM.
Jika sebelum ini mungkin penajaan bukanlah masalah besar tapi kini mereka perlu mencarinya sendiri. Semoga mereka mampu berjaya setelah mengambil keputusan ini.

Please follow and like us:
error0
post

Goh V Shem/Tan Wee Kiong juarai Super Series Terbuka Denmark

Pemenang pingat Perak Olimpik, Goh V Shem/Tan Wee Kiong berjaya memenangai kejohanan Super Series pertama apabila berjaya memenangai Terbuka Denmark di Odense.
Pasangan beregu no 1 negara itu berhempas pulas untuk menumbangkan pasangan dari Thailand Bodin Isara/Nipitphon Phuangphuapet dengan keputusan 14-21, 22-20, 21-19 dalam aksi 61 minit.

Kemenangan ini pasti memberikan motivasi terbaik selepasa pasangan ini memeneangi GP Terbuka US pada tahun lepas dan Kejohanan Syed Modi pada Januari lalu.
Selain itu, pasangan Goh Sze Fei/Nur Izzuddin Rumsani berjaya memenangi beregu di Kejohanan Siri Antarabangsa Swiss selepas menumpaskan rakan senegara Aaron Chia-Wong Wai Jun dengan keputusan 21-18, 21-12.

Tahniah kepada pasangan beregu negara ini. Pasti ranking mereka akan terus melonjak selepas ini.

Please follow and like us:
error0
post

V Shem/Wee Kiong Juara Kejohanan Antarabangsa Syed Modi

Pasangan beregu utama negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang kemarau gelaran antarabangsa mengakhiri penantian apabila menjuarai Kejohanan Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India.
Pasangan negara itu menumpaskan beregu tuan rumah, Jerry Pranaav Chopra/Akshay Dewalkar dengan keputusan 14-21, 24-22, 21-8. Perlawanan yang berlangsung selama 61 minit ini merupakan gelaran antarabangsa kedua mereka di kejohanan yang dinaungi Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Pasangan beregu utama yang pernah memenangi pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2014 ini pernah menjuarai Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat pada Jun tahun lepas.Kejayaan di Lucknow membolehkan V Shem/Wee Kiong mendapat hadiah wang tunai US$9,400 (RM40,420) manakala gandingan India yang dibimbing bekas jurulatih negara, Tan Kim Her memperoleh US$4560 (19,608
-BERNAMA

Semoga pasangan negara ini mencari kejuaraan lagi bagi mencerahkan peluang untuk layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio nanti. Sudah pasti cabaran dari beregu lain juga amat kuat. Semoga mereka mampu berjaya lebih lagi.

Please follow and like us:
error0